kalau
CG Top Poster Club

- Messages
- 48,563
Paid Membership
- Joined
- Mar 4, 2008
- Messages
- 48,563
- Reaction score
- 127
- Points
- 123
PULAU PINANG: Polis merampas ganja bernilai RM900,000 dan menahan lima lelaki dalam serbuan di sebuah gudang kereta di Bagan Dalam, Butterworth, semalam.
Rampasan ganja seberat 227 kiloram itu adalah yang terbesar di Pulau Pinang
tahun ini, kata Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Wira Ayub Yaakob.
Beliau berkata, lima lelaki berusia antara 25 dan 35 tahun itu ditahan dalam dua kereta ketika cuba melarikan diri semasa serbuan oleh polis Narkotik Pulau Pinang, Kedah dan Bukit Aman itu dibuat.
"Hasil pemeriksaan, polis menemui 10 guni mengandungi ganja di tempat belakang dan dalam but kereta yang dinaiki tiga lelaki, manakala dua lagi lelaki dipercayai rakan suspek ditahan dalam sebuah kereta lain" katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata, turut dirampas dalam serbuan itu ialah dua kereta dan wang
tunai RM15,000.
Ayub berkata, ganja itu dipercayai dari negara jiran dan untuk pasaran di
Lembah Klang.
Sementara itu, Ayub berkata Ops Sepadu di seluruh negara bagi menangani
masalah dadah yang bermula 10 Mei lepas di negeri ini berjaya menahan 750 orang yang disyaki terbabit dalam kegiatan itu.
Beliau berkata, antara dadah yang dirampas dalam operasi sepuluh hari itu
ialah heroin, ganja, syabu, ketamine, eramin 5, pil esctasy dan pil WY.-Bernama
kasi trial cepat2, pas tue kasi gantung........