lempeng
Fun Poster
- Messages
- 895
- Joined
- Dec 16, 2005
- Messages
- 895
- Reaction score
- 145
- Points
- 23
*Spearfishing – tangkap ikan guna pistol/senapang harpun dalam air – masa menyelam
*Spearo – Pemburu/Penangkap ikan guna speargun
Dunia bawah laut. Sunyi, gelap, tekanan tinggi, dan tempat yang jarang manusia jejak.Dan bila kau menyelam tempat yang sunyi, tempat yang lama ditinggalkan…
Kadang-kadang, kau bukan pemburu. Kau yang diperhati…. dan "kau tak tahu apa yang kau ganggu bawah sana"
Gangguan Di Bawah LautAku dah lalui beberapa kejadian pelik masa menyelam. Aku memang kaki menyelam dan juga pemburu ikan bawah laut (spearo). Dua puluh tahun dulu, hampir setiap hujung minggu aku dan kawan-kawan belayar ke perairan Malaysia. Jumaat kami belayar dari Singapura, Ahad baru pulang.
Kami tak pergi ke pulau-pulau popular macam Aur, Dayang atau Tioman. Kami selam dan buru di kawasan yang tak ramai orang tahu. Contohnya Tokong Yu (lokasi latihan tentera udara Malaysia), saluran Lima, dan beberapa lokasi yang terdapat bangkai kapal karam yang hanya nakhoda bot pukat tunda yang tahu.
Kejadian Pertama – Wreck Kapal Jepun 'Yongsum Maru'Bangkai kapal peronda Jepun ni terletak 100 meter dari batu kecil bernama Pulau Berherler, kira-kira 40km ke utara Tioman. Bangkai kapal tu masih lengkap dengan dua pod mesingan anti-pesawat (AA) dan kotak peluru. 50 meter ke barat bangkai kapal tu pula, ada bangkai kapal kargo yang hancur — tempat sekumpulan ikan cobia gergasi selalu berkumpul.
Plan aku masa tu, menyelam kat bangkai kapal Jepun dulu, lepas tu perlahan-lahan berenang ke bangkai kargo. Kalau turun terus kat situ, cobia akan terkejut lari.
Kami berenam atas bot. Tiga orang termasuk aku turun kat spot ni, tiga lagi ke lokasi lain.
Kami turun ke dalam air, selam terus sampai ke bangkai kapal Jepun, pergi ke haluan kapal, dan mula lintas terumbu yang tenggelam menuju ke bangkai kargo. Aku paling depan — sebab orang pertama selalunya yang dapat ikan dulu. Masa aku sampai ke atas terumbu, aku nampak kumpulan cobia — lebih kurang 30 ekor. Aku terus tahan nafas — sebab gelembung bunyi kuat bawah air, ikan mudah terkejut takut dan lari.
Kawan-kawan aku pun tahan nafas bila nampak aku angkat senapang — aku tengah sasarkan seekor cobia gemuk.
Masa tu lah aku terdengar nama aku dipanggil.
Bukan suara biasa — suara di bawah air, panggil nama aku dengan jelas. Aku punya telur terus kecut bro. Tapi aku buat dek je, tembak, dan terus tahan tarikan ikan.
Cobia tu tak meronta lama, tembakan tepat aku buat dia terperangkap dan terus senyap. Kawanan cobia lain semua dah cabut lari. Biasanya kami akan tunggu balik kat belakang terumbu sebab ikan akan pusing semula. Tapi kawan-kawan aku bagi isyarat nak naik. Baru 15 minit kot, arus pun tak kuat, oksigen pun masih banyak. Tapi kalau diorang nak naik, aku ikut je — ikan dah dapat.
Kami timbul ke permukaan, lambai kat bot. Tapi aku tengok dua-dua kawan aku muka pucat lesi...
Diorang tanya aku —
“Kau dengar tak ada perempuan panggil nama kau tadi? Dia betul-betul kat sebelah kiri kau — dalam 3 meter je.”
Aku… terdiam. Aku dengar suara tu. Tapi aku ingat aku berhalusinasi sebab bawah air memang sunyi kalau kita tak hembus gelembung. Tapi mereka nampak.
Kami tak tunggu apa lagi dan cepat-cepat tinggalkan tempat tu.
Kejadian Kedua – Wreck ‘Kapal Timor’
Wreck ni bangkai kapal kayu pukat tunda yang tenggelam – bahagian belakang buritan kapal tenggelam di dasar laut, manakala depan/lambung kapal menghala tegak ke atas, dalam 30 meter kedalaman. Di atas rumah stereng (wheelhouse) pulak, ada tiang salib setinggi 16 meter dari permukaan.
Tempat ni memang selalu bikin rasa tak sedap hati.
Air sentiasa keruh — paling-paling masa cuaca baik pun hanya nampak 3-5 meter je.
Tapi kami suka menyelam sini sebab ikan snapper emas suka sembunyi dalam perut kapal.
Air kawasan ni selalunya dalam 28-29°C, tapi peliknya — sekitar rumah stereng dan tiang salib tu — suhu lebih sejuk, dalam 1–2°C rendah dari tempat lain. Pelik betul. Patutnya lebih panas sebab ia lebih hampir dengan permukaan.
Trip tu ada 5 orang. Aku, 2 lagi spearo, dan sepasang kekasih yang ikut buat diving sightseeing. Couple tu nak ikut aku selam, jadi aku biar dua spearo lain masuk dulu, aku jaga bot.
Lepas 45 minit, mereka naik semula dengan hasil buruan. Aku pun tak sabar nak turun. Aku tunggu couple tu buat buddy check. Si lelaki ada 300 selaman log, divemaster. Awek dia pulak diver intermediate, 50 selaman. Patutnya okay lah, diaorang boleh jaga diri sendiri kalau kami pergi asing-asing. Tapi aku tetap tunggu jugak diorang.
Kami mula masuk air. Arus tak kuat, tapi air keruh dan berkeladak buat jarak penglihatan memang teruk – tak nampak apa. Kami selam turun ikut buih. Bila bayangan haluan kapal mula muncul, aku siap senapang, masuk ke dalam perut kapal dari lubang di haluan. Ada satu lagi lubang kat situ yang ada cahaya masuk dan membolehkan aku nampak snapper/jenahak lalu nanti.
Sebab tak nak couple tu ganggu atau blok cahaya tu, aku signal kat diorang — “kau orang jalan-jalan pusing luar je. Jangan kacau bahagian dalam ni.”
Diorang pun pegang tangan, sweet-sweet sangat berenang dengan penuh romantik. Hahaha.
Aku habiskan masa menembak snapper puas-puas. Bila oksigen makin kurang, aku naik.
Masa aku naik ke bot, pasangan tu dah ada kat atas.
Lelaki tu tengah kelam-kabut buka regulator dia.
Aku pun tanyalah — “Apa hal bang?”
Dia cakap — masa diorang dah tinggalkan aku, diorang selam ke bawah dan mula mengelililngi bangkai kapal tu. Lepas tu diorang nampak ada sekor ikan buntal yang besar dan terasa nak ikut ikan tu – ia bawak diorang berenang sampai ke rumah stereng yang ada tiang salib tu.
Dia tiba-tiba tak boleh bernafas. Gauge tong oksigen dia tunjuk tangki dah kosong! Panik, dia signal kat awek dia dan ambil alternate air dari awek dia — pun tak boleh sedut oksigen!
*Alternator
Padahal awek dia masih bernafas macam biasa. Masa tu baru je 10 minit dalam air. Tangki patutnya masih penuh.
Mereka naik ke permukaan dalam keadaan kecemasan. Sampai atas — gauge dia tunjuk masih dalam 170 bar kadar oksigennya. Regulator OK. GF punya tangki pun ada 180 bar lagi. Alternate air yang dikongsi dengan dia pun berfungsi elok.
Sampai hari ni — tiada siapa tahu kenapa dia tak boleh bernafas. Kenapa hanya dia, dan bukan awek dia.
Nota Penting:
Cerita-cerita dalam koleksi ini adalah adaptasi peribadi yang dikumpul dari internet dan diolah semula dalam gaya penulisan aku sendiri.
Kalau rasa cerita ni "macam familiar je" sebab pernah tengok kat tempat lain — mungkin sebab ada yang suka salin, tapi tak pernah faham jiwa.
Dalam dunia konten, idea ibarat nyawa — Tapi bila kau salin tanpa rasa, yang tinggal cuma kulit.
-lempeng-
Last edited: