lempeng
Fun Poster
- Messages
- 895
- Joined
- Dec 16, 2005
- Messages
- 895
- Reaction score
- 145
- Points
- 23
Gangguan Radio di Teksi (Saitama, Jepun)
Cerita ni adalah tentang gangguan mistik yang sering terjadi pada pemandu-pemandu teksi dari Syarikat Teito Taxi, terutamanya yang beroperasi di sekitar kawasan Saitama, Jepun. Syarikat teksi ini menggunakan sistem komunikasi radio dua hala untuk berhubung antara teksi dan pusat kawalan.
Masa tahun 2004, para pemandu teksi yang beroperasi di kawasan Saitama tu mula melaporkan kepada pusat kawalan mengenai bunyi-bunyi pelik yang mereka dengar melalui walkie-talkie radio teksi mereka.
Bunyi itu bukanlah statik atau bunyi teknikal, tetapi...
- Bunyi ketawa kanak-kanak yang sangat gembira, seolah-olah bermain.
- Bunyi wanita menjerit dengan nada yang amat sakit.
- Kadang-kadang, bunyi muzik tradisional Jepun (Shamishen) yang dimainkan dengan rentak perlahan dan menyeramkan.
Namun, gangguan itu semakin teruk dan spesifik. Beberapa pemandu teksi melaporkan mendengar suara mereka sendiri melalui radio, tetapi suara itu kedengaran sangat perlahan dan sayu, seolah-olah datang dari tempat yang sangat jauh.
Puncak Gangguan: Suara 'Hantu'
Pada satu tengah malam 12 Disember 2004, Seorang pemandu teksi yang berada berdekatan dengan Kawasan Perumahan Omiya di Saitama pada waktu itu membuat laporan paling menyeramkan.
Menurutnya, tiba-tiba radio teksi dia berbunyi, tapi kali ini bukan bunyi-bunyi umum seperti komunikasi antara para pemandu dan pusat kawalan, tapi ada suara dari radio itu yang memanggil nama pemandu teksi itu sendiri!
Radio: "Toshiro-san... Saya tak boleh jumpa awak... Awak di mana? Saya keseorangan..."
Pemandu itu jadi panik. Radio itu menggunakan suara seorang wanita yang kedengaran seperti sedang menangis. Toshiro-san cuba menjawab, tapi komunikasi sehala—hanya dia yang boleh dengar.
Apa yang paling creepy ialah, check punya check, Syarikat Teito Taxi mengesahkan bahawa:
- Tiada rekod mana-mana teksi lain menggunakan frekuensi itu (untuk mengelak prank).
- Pusat kawalan tidak menghantar sebarang mesej voice over yang menyeramkan.
- Apabila jurutera dipanggil, mereka mengukur isyarat dan mendapati isyarat itu terlalu kuat dan terlalu jelas untuk menjadi sekadar gangguan atmosfera.
Cerita-cerita dalam koleksi ini adalah adaptasi peribadi yang dikumpul dari internet, media sosial dan sebagainya. Ia diolah semula dalam gaya penulisan/naratif aku sendiri.
Kalau rasa cerita ni "macam familiar je" sebab pernah tengok kat tempat lain — mungkin sebab ada yang suka salin, tapi tak pernah faham jiwa.
Dalam dunia konten, idea ibarat nyawa — Tapi bila kau salin tanpa rasa, yang tinggal cuma kulit.
-lempeng-