BTC USD 83,126.9 Gold USD 4,179.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Game ping pong

kayu, kl ikut popular
1.butterfly
2.stiga

kalau nak main suka2, beli bet dah siap getah pun xpa ...

kalau nak main serius, elok beli kayu yg mahal sikit , lepas tuh setup guna getah butterfly sriver depan belakang ...

bila dah tahu corak permainan macam mana , baru leh setup kayu & getah lain ... contoh , kalu main banyak chop , elok cari kayu defensive letak getah slow tp melekat (tacky) ...

kalau ikutkan apa yg otai2 pingpong bgtau , getah sriver nih mmg digunakan secara meluas baik beginner, novis , expert , pro ...
 
Kalau baru nak belajar aku suggest hampa pegang "handshake"
sebab handshake boleh bedal macam-macam, tambah pemain kidal.
beli bat kosong double happiness/butterfly lepas tu guna getah
yang tebal 2.0mm utk forehand dan getah nipis utk backhand.
selalunya pemain pingpong ni 80% lemah b/hand. pegang handshake
ni boleh defend kalau terperangkap.

utk "penhold" pulak, tak banyak teknik dan selalunya depa ni jenis
attacking player, pantang bola bump sikit, atas meja pun depa boleh
topspin. Depa ni boleh kata 95% lemah backhand sebab tu depa suka
buka banyak ruang utk forehand, kerana mudah utk attack.
pemegang penhold ni mempunyai taraf spin yang hebat dari shakehand.
 
mula2 main ping pong (main kat sekolah , matrik ,u , tempat kerja) , saya pegang penhold sbb rasa selesa ... tp cara xbetul pun sbb xpernah dapat tunjuk ajar ...

bila bermain di luar (tempat org main ping pong) , ada brader2 tgk saya main yg ntah apa2 cadang saya bertukar kepada handshake ... kiranya mula dr 0 la ...

alasan , sbb saya xdak basic ... jika saya mmg dah tahu (bukan mahir) guna penhold , saya hanya perlu training untuk mahir ...

ada sorang brader tuh cakap , cuba amik masa 3 bulan untuk selesa pegang handshake ... tp kekok gak ,kembali kepada penhold & belajar jd penholder yg pandai main ...

sekarang , saya handshaker ... boleh la ...
 
Last edited:
jom kita bwat tournament nak?...aku boleh la main ping pong skit2...
umah aku ada meja ping pong,klu nk dtg weekend pun boleh..sama2 menuntut ilmu..
 
area mana bro? kalau dah ada meja ping pong kat rumah , biasanya pandai main ... kawan nih , harapkan main tempat kerja ... kalau rajin , pergi main kat luar sambil2 menuntut ilmu ...
 
jom kita bwat tournament nak?...aku boleh la main ping pong skit2...
umah aku ada meja ping pong,klu nk dtg weekend pun boleh..sama2 menuntut ilmu..

area mana bro?
 
Astro Arena

12803280_1134143839958851_2103229153434319582_n.jpg
 
WTTC: Skuad Lelaki, Wanita Negara Ditunjukkan Jalan Keluar

SHAH ALAM, 3 Mac - Skuad lelaki dan wanita negara menamatkan cabaran pada Kejohanan Ping Pong Berpasukan Dunia (WTTC) 2016, selepas masing-masing tewas 0-3 kepada Taiwan dan Poland pada Khamis

Pada perlawanan penentuan tempat ke-13 hingga 24 kategori wanita yang berlangsung di Stadium Malawati di sini, pemenang pingat gangsa Sukan SEA Singapura 2015, Ho Ying menceriakan penyokong tuan rumah apabila memenangi set pertama 11-9 menentang Katarzyna Grzybowska, namun tewas set berikutnya 4-11, 4-11 dan 6-11

Dalam perseorangan kedua, pemenang pingat perak Sukan SEA, Ng Sock Khim gagal memberi saingan apabila tumpas 9-11, 3-11 dan 6-11 kepada Klaudia Kusinska, diikuti kekalahan Amanda Wong Ee Ling's 2-11, 7-11 dan 5-11 menentang Natalia Bajor

Pasukan lelaki pula ditunjukkan jalan keluar di peringkat yang sama apabila Muhammad Ashraf Haiqal kalah 6-11, 9-11 dan 12-14 kepada Chiang Hung-Chieh, manakala Leong Chee Feng tewas 5-11, 6-11, 11-7 dan 2-11 menentang Yang Tzu-Yi

Pemain paling senior dalam skuad negara, Muhd Sakirin Ibrahim juga gagal memberi mata kepada Malaysia apabila tumpas kepada pemain ketiga Taiwan, Liao Cheng-Ting 5-11, 2-11 dan 8-11

Kekalahan itu menyaksikan pasukan lelaki dan wanita menduduki ranking antara 21 hingga 24 pada kejohanan berkenaan

Jurulatih kebangsaan Beh Lee Wei, bagaimanapun memuji semangat juang yang ditampilkan pemain negara berdepan jaguh dunia, terutama skuad lelaki

"Saya menjangkakan pasukan wanita akan menampilkan prestasi yang baik, tetapi sebaliknya skuad lelaki bermain lebih baik. Pemain lelaki mampu memberi tentangan kepada pemain terkemuka dunia namun kurang pengalaman dan pendedahan," kata anggota pasukan negara yang memenangi pingat perak pada Sukan Komanwel 2014 di Glasgow

Pasukan wanita yang berada di ranking ke-43 dunia, tumpas 0-3 dalam kesemua lima perlawanan peringkat Kumpulan A kepada China, Taiwan, Romania, Hungary dan Sepanyol, manakala skuad lelaki, ranking ke-56 dunia, kalah 0-3 kepada Jerman, Sweden, Perancis dan England serta 1-3 kepada Denmark dalam Kumpulan B

Pasukan wanita dan lelaki negara, masing-masing beraksi dalam Divisyen Dua dan Tiga, diberi peluang bersaing dalam Divisyen Satu, yang juga dikenali sebagai Divisyen Kejuaraan, berikutan Malaysia menjadi tuan rumah kejohanan itu

Pencapaian terbaik pasukan wanita negara adalah pada WTTC 2000 ketika Malaysia menjadi tuan rumah apabila menduduki tempat ke-16, manakala skuad lelaki di kedudukan ke-18 pada edisi 1973

Sejumlah 99 negara, terdiri daripada 81 pasukan wanita dan 91 lelaki, memburu gelaran dunia dan ranking dalam empat divisyen berbeza, iaitu Divisyen Kejuaraan, Dua, Tiga dan Empat pada kejohanan selama seminggu itu yang dihos oleh Persatuan Ping Pong Malaysia (TTAM)
 
Svitolina Terima Tentangan Sengit Sebelum Ke Suku Akhir

KUALA LUMPUR, 3 Mac - Pilihan kedua, Elina Svitolina dari Ukraine mengesahkan tiket ke suku akhir selepas menerima tentangan sengit pemain Jepun, Risa Ozaki di Terbuka BMW Malaysia, hari ini

Svitolina yang juga pemain nombor 19 dunia, menewaskan Ozaki yang mara daripada pusingan kelayakan 6-1, 3-6, 6-0 dalam perlawanan yang berlarutan hampir dua jam di Kelab Golf & Country Kuala Lumpur

"Belakang badan saya masih sakit kerana cedera sewaktu Terbuka Australia lalu. Sebab itu saya masih berhati-hati tetapi selepas menerima rawatan sewaktu perlawanan tadi, saya bermain dengan lebih baik

"Risa juga bermain dengan baik sehingga memaksa saya bertungkus lumus," kata Svitolina

Di suku akhir esok, Svitolina akan menentang pemain Slovakia, Kristina Kucova yang menyingkirkan bekas juara, Hsieh Su-Wei semalam

Pemain Britain, Naomi Broady pula akan berdepan pemain nombor 31 dunia, Sabine Lisicki dari Jerman yang juga pilihan ketiga, selepas menang 6-4, 6-3 ke atas pemain dari pusingan kelayakan Yang Zhaoxuan dari China

"Hari ini cuaca agak lembap dan saya cuba menyimpan tenaga. Ketika bercakap dengan jurulatih saya pada kedudukan 5-4 di set pertama, dia memberitahu saya Yang kelihatan letih akibat suhu panas dan saya mengambil kelebihan daripada situ

"Pada set kedua, saya berjaya mendahului 3-0 dengan pantas tapi saya sedar dia akan bangkit melawan," kata Broadly yang juga pemain nombor 96 dunia

Dalam satu lagi perlawanan, pemain daripada pusingan kelayakan, Zhu Lin dari China mara ke suku akhir pertamanya dalam siri Jelajah WTA selepas mengejutkan Zarina Diyas dari Kazakhstan 7-5, 6-2

Zhu Lin, 22, yang kini menduduki ranking ke-190 dunia akan berdepan rakan senegara yang juga pemain nombor 99 dunia, Wang Qiang di suku akhir esok

"Ia adalah perlawanan yang sukar dan saya gembira memenanginya. Dia berada dalam kelompok 100 pemain terbaik dunia dan saya pernah tewas kepadanya. Saya tidak percaya mampu mara sejauh ini," katanya


Berikut adalah keputusan perlawanan Terbuka BMW Malaysia 2016:

Perseorangan wanita pusingan kedua

Naomi Broady (GBR) mn Yang Zhaoxuan (CHN) 6-4 6-3
Zhu Lin (CHN) mn Zarina Diyas (KAZ) 7-5 6-2
Cagla Buyukakcay (TUR) mn Chang Kai-Chen (TPE) 7-5 6-3
Elina Svitolina (UKR) mn Risa Ozaki (JPN) 6-1 3-6 6-0


Beregu wanita suku akhir

Varatchaya Wongteanchai (THA)/Yang Zhaoxuan (CHN) mn Eri Hozumi (JPN)/Miyu Kato (JPN) 6-2 6-1
 
Back
Top
Log in Register