BTC USD 63,070.2 Gold USD 4,302.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gambar MB disimbah cat

roBUST

Legendary Member
gem
Messages
12,406
Joined
Oct 13, 2008
Messages
12,406
Reaction score
136
Points
123
Oleh NORSHARUDDIN SAPIAN
[email protected]

SITIAWAN 16 Sept. – Perbuatan pihak tertentu menyimbah cat merah ke atas gambar Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir di sebuah papan iklan di Seri Manjung, dekat sini dianggap tidak bertamadun serta kurang siuman.

Setiausaha UMNO Bahagian Lumut, Azri Jaafar berkata, perbuatan berkenaan tidak boleh diterima sama sekali kerana mencabar maruah Menteri Besar yang juga Ketua UMNO Bahagian Lumut dan juga semua ahli parti.

Menurutnya, selain menyimbah cat merah, pihak yang tidak bertanggungjawab itu turut merosakkan kain rentang ucapan Selamat Berbuka Puasa dan Selamat Hari Raya oleh Dr. Zambry di Bangunan UMNO di sini.

‘‘Sebagai ahli UMNO, kami begitu kesal dengan tindakan pengecut berkenaan yang cuba melakukan sabotaj terhadap kain rentang serta papan iklan yang tertera gambar Menteri Besar.

‘‘Bagi UMNO Bahagian Lumut, kami mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan pihak tidak bertamadun dan mengamalkan undang-undang rimba itu,’’ katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Sitiawan di sini.

Seramai 20 ahli Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Lumut turut mengiringi Azri ketika laporan polis itu dibuat kira-kira pukul 11.30 pagi ini.

Azri berkata, UMNO Lumut meminta pihak polis menjalankan siasatan berhubung kejadian itu dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak terbabit.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati, poster berukuran enam meter lebar dan lapan meter panjang yang disimbah cat itu mengandungi ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri oleh Menteri Besar.

Cat berwarna merah yang diisi dalam sebuah beg plastik itu kemudian dipercayai dibaling ke arah gambar Menteri Besar yang diletakkan di persimpangan hadapan stadium mini Majlis Perbandaran Manjung (MPM).

Menurut Azri, beliau telah dimaklumkan oleh orang ramai berhubung kejadian itu kira-kira pukul 7.30 pagi.

‘‘Kejadian sabotaj berkenaan bukannya pertama kali berlaku di sini, malah telah beberapa kali di sekitar daerah ini. Bagaimanapun, kami hanya mendiamkan diri sahaja dan tidak mengambil sebarang tindakan.

‘‘Namun, kejadian yang terbaru ini benar-benar mencabar kesabaran dan maruah ahli dan merayu kepada pihak polis supaya mengambil tindakan sewajarnya dengan segera,’’ katanya.
 
sape yg ada gambarnye meh tepek sini...:-?
balik kg lalu manjung nie...bleh nampak ke tak lg...:-?
 
Tak de keje betul diorang nih.. Habis gambar mb kesayangan aku nih.. dah tak nampak comel..:mad::mad:
 
nape x simbah terus kat haraamjadah tu lg puas ati :))
 
Back
Top
Log in Register