BTC USD 61,411.7 Gold USD 4,345.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Galaxy langgar paten iPad

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
lu_06.1.jpg

GAMBAR fail menunjukkan Apple iPad (kiri) dan Samsung Galaxy Tab. - AFP

CALIFORNIA 14 Okt. - Seorang hakim Amerika Syarikat (AS) berkata, komputer tablet Galaxy keluaran Samsung melanggar hak cipta paten iPad milik Apple, namun turut berkata, Apple mungkin berdepan masalah membuktikan kesahihan patennya.

Hakim Daerah AS, Lucy Koh berkata demikian hari ini semasa perbicaraan kes permintaan Apple yang mahu menyekat beberapa produk Galaxy daripada dijual di AS.

Apple dan Samsung terlibat dengan lebih 20 kes perbalahan perundangan di 10 buah negara di mana kedua-dua buah syarikat teknologi itu bersaing hebat dalam pasaran telefon pintar dan tablet.

Semalam, mahkamah di Australia mengeluarkan larangan sementara menjual tablet komputer terbaru Samsung di negara itu.

Apple menyaman Samsung di AS awal April lalu dengan mendakwa Galaxy keluaran syarikat Korea Selatan yang terdiri daripada telefon bimbit dan tablet itu meniru bulat-bulat iPhone dan iPad.

Apple memfailkan permintaan pada Julai lalu bagi menyekat beberapa produk Samsung daripada dipasarkan di AS termasuk telefon pintar Galaxy S 4G dan tablet Galaxy Tab 10.1.

Pembekal barangan mobil, Verizon Wireless dan T-Mobile AS menentang permintaan Apple itu kerana menyatakan sekatan terhadap produk Galaxy itu akan mengurangkan jualan musim cuti ini.

Apple perlu membuktikan Samsung melanggar paten mereka dan ia sah di bawah undang-undang.

Ketika perbicaraan yang diadakan di Mahkamah Persekutuan California, Koh menolak permintaan Apple untuk injuksi berdasarkan paten 'utiliti' Apple.

Koh berpendapat paten utiliti itu bersifat tidak muktamad tetapi berkata dia akan mengeluarkan arahan formal yang adil dengan segera. - Reuters
 
X sama pun?..kenapa apple x saman jer apple klon china tu..hehe
 
cuma boleh sekat jualan je
tapi xboleh sekat keinginan org utk memilikinya
mcm mercun gak
sekat & harapkan di Malaysia
tapi lagi byk org seludup mercun
 
apapun konsep tiru dlm hati pengeluar samsung galaxy ttp ada jugak khasnya utiliti apple..idea tcetus pun dari apple jugak..kalau x kenapa samsung baru nk kua produk sebegini..china x payah ckpla..mmg serba boleh meniru..xlarat nk bukak fail saman nanti..cuma tukar nama je lebih..blueberry..samseng..sonia..toshibas..motoroli..mcm2 lagi la...:eek::eek:
 
ala.ilham tu kan luas.xleh nk kate gtu gk.hehe
 
nampak besar pulak ipad ini, macam bawa laptop je. :-?
 
lantak korang la nk saman2....customer bukan kire pn..kalo nk diorang beli je pilih yg mana berkenan di hati
 
Back
Top
Log in Register