BTC USD 62,082.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gaji minimum: Kadar munasabah RM1,500

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
SHAH ALAM – Gaji minumum RM900 seperti dicadangkan kerajaan sudah tidak relevan lagi memandangkan kos sara hidup di negara ini semakin meningkat, malah gaji minimum yang munasabah sekarang adalah RM1,500.

Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengangkutan Semenanjung Malaysia, Datuk Zainal Rampak berkata, gaji minimum yang munasabah sekarang adalah RM1,500.

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), katanya, memohon gaji minimum sebanyak RM1,200 sejak 90-an lagi.

Menurutnya, jumlah itu diturunkan kepada RM900 atas desakan majikan yang mengatakan jumlah itu tinggi, tetapi gaji minimum tetap tidak menjadi kenyataan pada waktu itu.

“Saya selalu tekankan produktiviti pekerja Malaysia adalah tinggi, setanding Jepun dan Korea. Apa lagi peningkatan produktiviti dituntut pihak majikan?

“Pekerja Malaysia terpaksa kerja lebih masa untuk mendapatkan pendapatan lebih, malah ada membuat dua pekerjaan,” katanya.

Katanya, majikan sepatutnya memperuntukkan sebahagian bajet tahunan mereka untuk melatih pekerja dalam bidang masing-masing demi mempertingkatkan kecekapan pengeluaran.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/nasional/gaji-minimum-kadar-munasabah-rm1-500-1.30299
 
Gaji 1500 kena keja lagi keras la...
 
wak sedang menganggur
sape mau ambil wak bekerja
 
Tak kira gomen atau swasta....
Gaji minimum mmg dah patut cecah RM1500 skrg.....
Patut dah takde gaji ratus ratus nie...
 
mampu ke majikan nak bayar..takut ade yang gulung tikar, bukak tikar kat negara lain pulak...
 
mampu ke majikan nak bayar..takut ade yang gulung tikar, bukak tikar kat negara lain pulak...

smpi gulung tikar ke?..skunk ni semua benda naik harga..dari barang smpi la servis..sales pun mesti naik..xkan majikan smpi gulung tikar..
 
pada pendapat aku la,
gaji ditinggi baik untuk pekerja,
tapi produktiviti masih sama,
buruk untuk majikan,
kesannya pekerja dikurangkan,
buruk pada pekerja
bahaya gak tu.
bukan win win situation,
lagi2 yang berduyun-duyun yang bakal grad ni nak cari kerja.
makin tinggi la pengangguran.
 
kalau swasta senang jer jawapan mya.. "adakah dia boleh mendatangkan profit pada syarikat?"
 
Back
Top
Log in Register