BTC USD 60,726.8 Gold USD 4,341.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gajah mati dirempuh lori

cyber99

Fun Poster
Messages
827
Joined
Mar 5, 2011
Messages
827
Reaction score
97
Points
30
WhatsApp_Image_2019-07-29_at_5.38.59_AM_1564356702.jpg

Seekor gajah mati akibat dirempuh sebuah lori membawa muatan bijih besi di Kilometer 44 Jalan Kuala Berang ke arah Aring, malam tadi. - Ihsan PDRM

HULU TERENGGANU: Seekor gajah mati akibat dirempuh sebuah lori membawa muatan bijih besi di Kilometer 44 Jalan Kuala Berang ke arah Aring, malam tadi.

Dalam kejadian jam 10.23 malam, gajah bersaiz sederhana itu mati akibat tersepit di bahagian bawah kepala lori berkenaan.

Pemandu lori itu, Emyhaizi Ahmad, 32, mendakwa insiden berlaku terlalu pantas apabila sekumpulan gajah tiba-tiba melintas jalan ketika melalui lokasi terbabit.


“Saya masih terkejut dengan kejadian itu kerana haiwan yang dilanggar bukan ternakan biasa seperti lembu atau kambing tetapi seekor gajah liar.

“Proses membawa gajah itu keluar daripada tersepit juga mengalami kesulitan dan mengambil masa,” katanya yang berasal dari Kampung Langkap, Setiu, ketika dihubungi.

Sementara itu, Ketua Polis Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud, berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika lori berkenaan dalam perjalanan dari arah Gua Musang menghala ke Pelabuhan Kemaman.

“Setiba di lokasi kejadian, sekumpulan gajah liar melintas dari bahu jalan sebelah kiri dari arah Gua Musang untuk ke kanan jalan arah ke Pelabuhan Kemaman.

“Akibat jarak terlalu dekat, pemandu itu dipercayai tidak sempat mengelak kumpulan haiwan liar berkenaan, sekali gus terlanggar seekor gajah.

“Kejadian menyebabkan gajah itu terperosok di bahagian tayar belakang bawah kepala lori itu dan mati,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Susulan itu, beliau berkata, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Terengganu turut hadir di lokasi kejadian untuk memberikan bantuan.

“Kerja mengalih bangkai gajah itu dijalankan pihak PERHILITAN Terengganu dengan bantuan sebuah lori,” katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/07/590145/gajah-mati-dirempuh-lori
 
kalau gajah pn mati kena langgar lori, apatah lagi org dalam kereta..
 
hiway aring-kenyir ni. selalu jumpa tompok tahi gajah tepi jalan.
 
ada kala benda nak jadi ada pasal.. barang kawan tu bawa xda sapa check.. barang dari gua musang..
 
gajah pon arwah...mau mengamuk pasni geng gajah
 
kesian gajah ni..tp mujurlah yg langgarnye sebuah lori..klu sebuah kereta atau sebuah motosikal..tatau la mn satu yg arwah
 
Jalan Kuala Berang Aring wajib ditutup untuk mengelakkan lebih ramai hidupan liar yang tidak berdosa mati dilanggar manusia.

nak lalu kot mana pas ni
 
Back
Top
Log in Register