TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,502
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,502
- Reaction score
- 38,197
- Points
- 2,836
SEEKOR gajah jantan berusia 10 tahun mati dilanggar sebuah bas persiaran di Kilometer 60, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, dekat Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Puncak Titiwangsa, Gerik, hari ini
Dalam kemalangan pada 5.30 pagi itu, pemandu serta semua penumpang bas tidak mengalami sebarang kecederaan
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak, Loo Kean Seong berkata, pihaknya mengambil tindakan segera dengan menutup bangkai haiwan itu menggunakan kanvas
Katanya, pihaknya sedang menunggu kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak tiba untuk menjalankan bedah siasat ke atas bangkai haiwan berkenaan
"Anggota PERHILITAN akan menanam bangkai haiwan itu hari ini tapi sebelum itu kita memotong gading gajah itu bagi mengelakkan pihak tidak bertanggungjawab mengambilnya
"Saya tidak boleh maklumkan di mana lokasi bangkai ini ditanam," katanya ketika dihubungi Harian Metro
http://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/08/257158/gajah-mati-dilanggar-bas