cek mek molek
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 143,166
Paid Membership
- Joined
- Jun 3, 2013
- Messages
- 143,166
- Reaction score
- 25,934
- Points
- 2,866
Masa saya remaja dahulu, pakcik pernah bawak saya ke Terengganu. Dari Kedah nak ke sana memang melalui jalan Grik-Jeli ni lah. Masa tu memang selalu sangat orang cakap jalan ni banyak gajah termasuk cerita-cerita misteri. So, semasa pakcuk saya mempelawa saya untuk menemaninya ke sana, memang saya teruja sangat. Yelah, dalam hati memang nak sangat tengok gajah liar depan mata.
Masa perjalanan ke arah Terengganu, memang nampaklah signboard "Hidupan Liar" tu. Hati berdebar-debar, tapi sampai ke Terengganu tak jumpa-jumpa gajah. Saya kecewa la jugak.
Masa perjalanan pulang pulak, saya dah tak mampu nak simpan impian dalam hati ni, saya pun cakaplah pada pakcik saya, "Pakcik, mana gajah, takdak pun...oghang habaq banyak gajah jalan ni". Pakcik saya tengok muka saya sambil buat muka cuak. "Hang nak tengok gajah ka? Nanti hang jumpa lah gajah tu."
Lepas je R&R Titiwangsa ni, masa jalan turun tu, hah...ambik kau....memang nampak sekumpulan gajah jalan laju-laju. Ada gajah yang diam tepi bukit, nampak seolah-olah batu besar. Yang lain jalan turun bawah.
Tapi, yang peliknya, gajah tu kecik-kecik. Comel-comel ja. Tak macam gajah National Geographic.
Paling syiru bila ada orang pernah bagitau nampak gajah besar. Treler pun kena lalu bawah kangkang gajah sebab gajah besar sangat.)
)
** syiru - kena tanya orang penang.![]()
bertuah tuan boleh tengok gajah
teringin saya nak tengok gajah ni hehe
kalau balik kg mmg lalu grik-jeli ni, tapi tak pernah ada peluang boleh tengok gajah gajah ni