hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,486
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,486
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Gaduh kerana berang ditegur merokok di restoran
SHAH ALAM – Berang ditegur merokok menyebabkan seorang lelaki bergaduh dengan pasangan suami isteri di sebuah restoran di Seksyen 13 di sini, baru-baru ini.
Katanya, mangsa hamil lapan bulan dan bimbang dengan kesihatannya kemudian meminta pekerja restoran menegur perbuatan lelaki itu, namun tidak diendahkan.
Selepas tiga kali ditegur suami mangsa, suspek bangun dan menghampiri pasangan berkenaan.
“Suspek kemudian didakwa menghembus asap rokok ke arah mangsa sebelum berlakunya pertengkaran,” katanya hari ini.
“Insiden itu bertukar menjadi aksi tolak-menolak sebelum suspek beredar meninggalkan restoran yang dipenuhi pelanggan,” katanya.
Tambah beliau, siasatan di lokasi mendapati terdapat rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang merakam kejadian berkenaan. – KOSMO! ONLINE
Sumber : Kosmo Online