BTC USD 64,266.9 Gold USD 4,463.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gadis OKU kena rogol

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KUALA PILAH – Seorang gadis orang kurang upaya (OKU), menjadi mangsa pemuas nafsu rakan lelakinya apabila diajak bermalam di rumahnya di Kampung Gunung Pasir, Seri Menanti dekat sini.

Mangsa, 15, yang kudung pergelangan tangan kiri sejak dilahirkan dirogol pada 5 September tahun lalu di rumah suspek berusia 20 tahun.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Azmi Abdul Rahim berkata, adik mangsa menyedari kakaknya keluar bersama suspek kira-kira jam 1.30 pagi pada 5 September lalu selepas suspek menjemputnya di rumah.

“Kemudian kakaknya pulang ke rumah pada 6 September kira-kira jam 8.30 malam selepas dihantar suspek.

“Adik lelakinya yang curiga melihat situasi itu, telah mendesak mangsa menceritakan apa yang berlaku. Mangsa mengaku mereka telah melakukan hubungan seks ketika bermalam di rumah suspek,” katanya.

Mangsa kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Seri Menanti pada 6 September.

“Suspek yang merupakan seorang penganggur melarikan diri sejak sebulan lalu selepas mengetahui mangsa membuat laporan polis.

"Bagaimanapun suspek berjaya ditangkap pada 21 Januari lalu, jam 5 petang di rumahnya, di Kampung Gunung Pasir, dan semasa pemeriksaan suspek gagal menunjukkan kad pengenalannya” katanya.

Atas kesalahan itu, suspek dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Pilah atas kesalahan gagal menunjukkan kad pengenalan semasa pemeriksaan polis mengikut peraturan 25(1) PPPN 1990 pada 28 Januari lalu.

“Pada 29 Januari, suspek dituduh di Mahkamah Seksyen Kuala Pilah atas kesalahan merogol mangsa untuk dua pertuduhan kerana merogol sebanyak dua kali pada masa berlainan di tempat yang sama," katanya.

Bagaimanapun, suspek tidak mengaku bersalah atas kesemua pertuduhan dan diikat jamin sebanyak RM11,000.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/gadis-oku-kena-rogol-1.246443
 
Sadis....mcm2 kesempatan diamik...
 
mangsa mengaku mereka tlh mengadakan hubungan sex:-?
mcm tak kena je ayat ne...
 
macam-macam sekarang ni\

===========================================================
MAKIN MANTAP DENGAN MANTAPBRO
MAKIN MANTAP DAPAT INCOME LEBIH RM1000 SEHARI DGN MANTAPBRO
SATU LEG/LINE DIBANTU UNTUK AHLI TERAWAL
JOM JOIN SEKARANG!!


WEB PERCUMA UNTUK ANDA> http://www.mantapbro2u.com/carigoldbiz
CALL/SMS/WHATSAPP/WECHAT/LINE/VIBER >> 019-9827789
 
mangsa mengaku mereka tlh mengadakan hubungan sex:-?
mcm tak kena je ayat ne...

betul la tu...rela ke paksa ke tak relevan...ia tetap kes rogol sebab mangsa masih di bawah umur..baru 15 tahun tu.
 
Jam 1.30 pg suspek dtg jemput kt umh. Kalau kg aku ni dah kena parang ni sebab ambik anak dara org lewat2 pagi
 
Jam 1.30 pg suspek dtg jemput kt umh. Kalau kg aku ni dah kena parang ni sebab ambik anak dara org lewat2 pagi

Kg asal aku ni bro.. Mmg patut kena parang pun.. Lebih kpd suka sama suka ni.. Tp bila dah bwh umur, mmg caj rogol la..
 
Back
Top
Log in Register