BTC USD 63,741.7 Gold USD 4,341.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gadis diperdaya beli iPad kayu

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
du_08.1.jpg

BENTUK iPad kayu palsu yang dijual pada harga cuma RM538.29.

SPARTANBURG, Amerika Syarikat (AS) – Seorang gadis, Ashley McDowell menyangka telah membuat pembelian paling bersejarah di dunia apabila dia berjaya membeli sebuah komputer tablet iPad2 pada harga AS$180 (RM538.29), lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang berusia 22 tahun membeli komputer tersebut daripada dua orang lelaki di tempat meletak kereta restoran makanan segera McDonald’s di sini.

Gadis itu diyakinkan oleh kedua-dua lelaki tersebut bahawa mereka membeli komputer berkenaan dalam jumlah yang banyak pada harga yang amat rendah.

Kedua-dua lelaki itu menunjukkan iPad yang baharu bagi meyakinkan Ashley.

Pada mulanya, kedua-dua lelaki itu menawarkan harga AS$300 (RM897) tetapi gadis tersebut menyatakan dia hanya mempunyai wang sebanyak AS$180.

Kedua-dua lelaki tersebut kemudian bersetuju menjual iPad pada harga itu.

Mereka kemudian membawa kotak penghantar surat Fed-Ex ke kereta Ashley.

Gadis itu kemudian membayar wang tersebut tanpa memeriksa kandungan kotak berkenaan.

Setiba di rumah, Ashley membuka kotak tersebut dan mendapati dia sebenarnya membeli sekeping kayu yang mengandungi logo Apple di bahagian belakang.

Bahagian depan kayu itu diukir supaya ia kelihatan seperti iPad.

Syerif Spartanburg, Leftenan Tony Ivey berkata, kejadian itu berlaku pada malam Isnin lalu. – Agensi
 
aku baca tajuk pun dah tergelak. Pe pehal niat gadis tu nak cipta sejarah beli ipad2 paling murah bertukar menjadi gadis pertama beli ipad2 kayu..hoho

 
apa2 pun sejarah tetap sejarah...
mmg gdis tu dah cipta sejarah dgn membeli ipad2 kayu paling mahal di dunia
 
yang jual tu b.o.d.o.h tapi yang beli ni lagi lah..
buat ape lah dilukis logo apple pada kayu ingat orang tak cam ker??.. tapi ade yang jugak terkene.. :)):))
 
saya ada seorang kawan, mungkin nasibnya bakal jadi begini
 
pembeli dgn penjual dua2 kayu
 
kat US pun ada ini kes ka... ekeke sure asian yang tipu tuu
 
mcm kes yg biase kite dgr kt RNR highway utara selatan..tp biase nye dieorg jual HP.. ha3
 
Back
Top
Log in Register