BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,324.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gabungan baharu Bersatu perlu ‘rakan besar’, kata penganalisis

afwan83

Active+ Member
Messages
3,228
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,228
Reaction score
12
Points
25

Gabungan baharu Bersatu perlu ‘rakan besar’, kata penganalisis​

148f5f83-bersatu-flags-fmt-20525.jpg

Ketika ini Bersatu kekal komponen dalam PN, tetapi tidak sehaluan dengan PAS.

Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarbangsa Malaysia, berkata Bersatu memerlukan lebih daripada sekadar himpunan parti kecil, sekiranya mahu mengukuhkan kedudukannya sebagai kuasa politik boleh dipercayai dan menjadi alternatif bermakna untuk rakyat.

“Untuk benar-benar berjaya, ia memerlukan sekurang-kurangnya satu lagi parti besar dan saya tidak fikir pada masa ini ada yang akan berganding bahu dengan Bersatu,” katanya kepada FMT.

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengumumkan perancangan untuk gabungan politik baharu diumumkan dua minggu lalu, selain menyatakan akan mengintai kerjasama dengan parti seperti Putra pimpinan Ibrahim Ali dan Urimai pimpinan P Ramasamy.

Ketika ini, Bersatu kekal komponen Perikatan Nasional (PN) bersama PAS, Gerakan, dan MIPP. Namun, Bersatu dan PAS kini tidak lagi sehaluan, dengan Muhyiddin menggambarkan gabungan itu kini toksik selepas diketuai PAS.

Syaza berkata, cadangan gabungan baharu Muhyiddin itu juga berdepan cabaran mewujudkan identiti politik tersendiri dalam landskap tersedia berkecamuk.

“Saya percaya satu-satunya naratif yang boleh menjamin kemenangan Bersatu adalah menjadi satu-satunya parti yang setakat ini masih bertahan melawan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) sebagai Pakatan Harapan (PH), manakala PAS – walaupun lantang menuduh BN sebagai rasuah, sudah bekerjasama dengan BN pada peringkat berbeza.

“Jadi, naratif untuk menang mungkin didorong keseriusan mereka melawan BN,” katanya.

Bagaimanapun, Syaza mempertikai sama ada langkah itu cukup mengambil kira gabungan pimpinan Bersatu nanti mempunyai ideologi sama seperti blok berhaluan kanan lain.

Bersatu mungkin sukar mengekalkan pangkalan pengundi Melayu tradisi sekiranya Umno dan PAS terus bekerjasama, namun gabungan Muhyiddin masih mampu menarik golongan Melayu yang tidak berpuas hati dengan gandingan berkenaan.

Katanya, gabungan baharu akan sukar mendapat sokongan pengundi Cina yang lebih cenderung mengundi secara strategik, sebaliknya pengundi India mungkin mampu menerimanya kerana masih belum mempunyai parti yang boleh menjadi sandaran.

Syaza berkata, Muda mungkin rakan kerjasama paling munasabah untuk Muhyiddin memandangkan penglibatannya dalam Ikatan Prihatin Rakyat (IPR) bekas perdana menteri itu. Tetapi, beliau mempertikai sama ada Muda dan parti berhaluan kiri lain seperti Parti Bersama Malaysia (Bersama) pimpinan Rafizi Ramli dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) mampu memberi alasan wajar bergabung tenaga dengan Bersatu serta Putra.

Muhyiddin masih tokoh signifikan

Sementara itu, ahli sains politik Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia, berkata Muhyiddin masih tokoh kebangsaan signifikan, selain mampu membantu gabungan itu membawa perubahan.

Mazlan berkata, PN pada awalnya nampak menarik kepada pengundi disebabkan imej Muhyiddin, berbanding naratif Melayu-Islam PAS.

Parti seperti Muda, Bersama, dan PSM berkemungkinan lebih kuat sebagai parti komponen dalam gabungan lebih besar di bawah Bersatu, katanya. Beliau turut membayangkan gabungan baharu itu memfokuskan terhadap isu asas, tetapi pada masa sama kekal terbuka menjalin kerjasama bersama parti pelbagai bangsa.
 
Dah mula dah politik murahan, petik nama Haziq Sandakan pula.

Sampai bila lah politik Malaysia ni akan berubah dari politik hal2 peribadi kpd politik maslahat umum.
 
Back
Top
Log in Register