BTC USD 86,230.3 Gold USD 4,321.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

G Suite - Integrasi Mail, Chat, Rooms & Meet Setempat

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,585
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,585
Reaction score
7,740
Points
916
Gmail kini dikemaskini dengan antaramuka baru dalam usaha memudahkan pengurusan emel pengguna. Melalui kemas kini baru ini, ia telah mengintegrasikan beberapa ciri utama seperti Mail, Chat, Rooms dan Meet menjadi satu. Ini sekaligus menjadikan lagi pengguna untuk melakukan lebih banyak perkara dalam satu tempat sahaja.

Selain daripada itu, Google juga menambah fungsi baru yang membolehkan pengguna membuat suntingan dokumen secara terus tanpa perlu keluar daripada aplikasi. Dalam pada itu, ia turut menyertakan ruang kerja bersepadu yang membantu pengguna untuk mengakses pelbagai aplikasi pihak ketiga seperti DocuSign, Salesforce dan Trello dengan mudah.

Disamping itu, Google turut memperkenalkan beberapa ciri lain yang seperti tetapan lalai untuk mod jangan ganggu, pemberitahuan status di luar pejabat dan tetapan penting sesuatu perkara untuk mudah diakses. Buat masa ini, kemas kini ini hanya tersedia untuk pelanggan G Suite sahaja.



Sumber asal https://cloud.google.com/blog/products/g-suite/introducing-your-new-home-for-work-in-gsuite
 
G Suite Di Jenamakan Semula Kepada Google Workspace Bersama Pelbagai Ikon Baharu

Google G Suite merupakan rangkaian aplikasi web ditujukan khas untuk pengguna bisnes. Aplikasi-aplikasi web yang terdapat dalam G Suite termasuklah Gmail, Hangouts, Calendaar, Drive, Docs, dan lain-lain. Terkini, G Suite telah dijenamakan semula kepada Google Workspace sekaligus hadir dengan rekaan ikon baharu untuk kesemua perkhidmatan mereka.

Ikon baharu itu kini lebih konsisten dengan warna yang sama dan juga direka rata tanpa persepsi kedalaman atau bayang. Bersama Google Workspace, Google memperkenalkan 3 penekanan baharu iaitu;
  • pengalaman penggunaan yang lebih integrasi antara satu servis ke servis yang lain
  • identiti jenama yang baharu
  • semangat baharu untuk menggunakan servis Google
Walau bagaimanapun, dengan rekaan baharu ikon tersebut, sudah tentu sesetengah pengguna tidak merasakan ia tidak cantik atau unik yang membezakan antara satu servis dengan servis yang lain.

 
Back
Top
Log in Register