BTC USD 83,138.4 Gold USD 4,110.26
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS Friendly Harimau Muda 2017

Malaysia Soccer News

285412_341087755982302_179096567_n.jpg
 
Info Dan Ranking Bola Sepak Malaysia

Media2 indonesia memang memberikan tumpuan extra terhadap perlawanan pada malam nanti. Apa saja melibatkan Malaysia pihak2 indon menganggap perlawanan persahabatan tersebut umpama final world cup. Cuma kadang2 mereka terlalu optimis dan positif bahawa mereka akan menewaskan kita. Nasib page ni telah diblocked untuk negara luar.Kalau x sudah awal2 lagi rakyat mereka membanjiri page ni dengan komen2 yang xmasuk akal.Tapi kita x boleh menafikan.Gelagat2 macam nilah yang memeriahkan bola sepak..Xsabar nak tunggu perlawanan Indonesia u22 vs Malaysia u22
 
Skuad Bola Sepak Malaysia

adakah anda yakin harimau muda bawah 22 tahun mampu tewaskan team Indonesia????..berikan kata-kata semangat kepada Pahlawan Malaysia...Semangat kami tidak akan lupus...kami tetap sokong anda..walaupun jatuh sekalipun...aummmm!!!!!!!..aummmmmmmmmm!!!
 
Info Skuad Olimpik Malaysia(Football Team)

SCTV Cup 2012: Prediksi Indonesia
Vs Malaysia

Pertandingan SCTV Cup Minggu 9
September 2012, akan berhadapan Timnas Indonesia U-22 Vs Timnas
Malaysia U-22. Jika tidak ada perubahan, sedianya pertandingan ini
akan disiarkan secara langsung oleh
SCTV mulai mukul 19.00 WIB. Malam ini Timnas Indonesia U-22
memiliki kesempatan untuk membalas
kekalahan mereka atas Malaysia
Selection beberapa bulan lalu. Ketika itu, Garuda Muda sempat dicukur
Malaysia selection dengan skor telak
6-0(pada saat itu, malaysia menggunakan pemain asing dan garuda muda tidak fullteam). Meski pertandingan tersebut tidak
resmi, namun kekalahan mencolok
tersebut dapat menjadi pelajaran
berharga bagi Garuda Muda. Selama melakukan pemusatan latihan, Timnas U-22 telah melakukan pertandingan uji coba sebanyak 2 kali. Dalam uji coba tersebut Aji Santoso
melakukan pemantapan strategi, guna
memaksimalkan peran disetiap lini. Mengenai formasi, asisten pelatih
Widodo CP kemungkinan akan
menggunakan formasi 4-2-3-1.
Meskipun tidak menutup kemungkinan,
kondisi itu bisa berubah di lapangan. “Untuk formasi, kami akan
menggunakan 4-2-3-1. Namun untuk
kondisi di lapangan bisa saja
berubah” jelas Widodo. Skuad Timnas Indonesia U-22 Aji Saka, Hidayat Betutu, Agus Nova,
Sigit Meiko, Fastabiqul Khoirot, Syaiful
Indra Cahya, Ansori, Hendri Aprilianto,
Achmad Faris, Rasyid Bakri, Syahroni,
Dio Permana, Afril, Kim Kurniawan,
Hendra Bayauw, Kurnia Karman, Nico Malau, Riyanto, Agung Suprianto,
Abdul Rahman, Achmad Resal
Oktavian.
Prediksi hasil akhir
Indonesia menang 55% Malaysia menang 45%
 
Medan timba pengalaman berharga

PENGALAMAN beraksi di gelanggang keramat - Gelora Bung Karno di Jakarta, Indonesia malam ini harus dimanfaatkan sepenuhnya oleh Harimau Muda ketika berdepan skuad bawah 22 tahun (B-22) Indonesia.

Bagi pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee, pengalaman anak-anak buahnya beraksi di hadapan ribuan penyokong fanatik Indonesia nanti mampu menjadi 'bekalan' terbaik buat mereka sebelum beraksi pada Sukan SEA di Myanmar tahun depan.

Menurut Kim Swee, cabaran yang bakal di hadapi Harimau Muda di bumi Myanmar nanti lebih getir jika hendak dibandingkan dengan aksi di Gelora Bung Karno.

Justeru, Kim Swee berharap barisan pemainnya dapat mengambil peluang dengan sebaik mungkin ketika beraksi di hadapan ribuan penyokong Indonesia malam ini.

"Saya mahu mereka (para pemain Harimau Muda) menyesuaikan diri dengan suasana bingit apabila beraksi di Gelora Bung Karno.

"Sekiranya barisan pemain saya tidak boleh mengawal tekanan di Gelora Bung Karno, sudah pasti mereka akan menghadapi masalah lebih besar di Myanmar nanti.

"Saya menjangkakan situasi yang lebih teruk bakal berlaku apabila kami beraksi pada Sukan SEA tahun depan di Myanmar," jelas Kim Swee ketika dihubungi Kosmo! di Jakarta semalam.

Kim Swee berkata, anak- anak buahnya harus bersedia dari segi mental dan fizikal lebih awal sekiranya berhajat mempertahankan pingat emas pada Sukan SEA 2013.

"Selaku juara bertahan (pemenang pingat emas Sukan SEA), saya yakin para pemain akan saya akan diuji dengan pelbagai provokasi.

"Jadi jika mereka gagal melepasi tekanan di Gelora Bung Karno, maka mungkin ia memberikan kesan kepada kami dalam usaha untuk mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Myanmar.

"Saya berharap mereka dapat memanfaatkan peluang yang ada sebelum membawa 'bekalan' pengalaman terbaik ke Myanmar tahun depan," katanya.

Kim Swee menambah, pertemuan menentang skuad B-22 Indonesia dalam kejohanan jemputan - Piala SCTV - malam ini dianggap medan terbaik buatnya bagi menilai prestasi barisan pemain baharu Harimau Muda.

"Saya tidak kisah sama ada kalah atau menang dalam perlawanan tersebut nanti.

"Saya hanya mahu melihat beberapa pemain baharu dapat memberikan aksi terbaik mereka.

"Pada masa yang sama, saya mahu mengenal pasti pemain-pemain yang dapat diketengahkan ke peringkat lebih kompetitif," ujarnya.
 
Back
Top
Log in Register