BTC USD 82,917.4 Gold USD 4,104.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS Friendly Harimau Muda 2017

Harimau Muda lepas geram

BAGAIKAN harimau yang kelaparan.Itu perumpamaan paling tepat bagi menggambarkan prestasi skuad Harimau Muda kendalian Ong Kim Swee yang tampil garang untuk membelasah Central South Mariner 4-1 pada perlawanan persahabatan terakhir mereka di bumi Australia semalam.

Tewas pada aksi kedua kepada pasukan yang sama di Sydney pada 14 Disember lalu nyata tidak mematahkan semangat skuad remaja negara itu, malah mereka tampil dengan rentak yang lebih bertenaga dan terancang.

Dua gol daripada Ahmad Hazwan Bakri dan satu gol masing-masingnya dijaringkan oleh Ahmad Fakri Saarani dan A. Thamil Arasu sudah cukup untuk membuktikan betapa mereka inginkan kemenangan sebelum kembali ke tanah air hari ini.

Kehadiran Mohd. Muslim Ahmad yang baru pulih daripada kecederaan betis turut memberikan impak kepada benteng pertahanan negara dalam mengekang asakan pasukan tuan rumah.

Bagi Kim Swee, dia merupakan individu paling gembira dengan kemenangan tersebut kerana ia dicapai dengan gaya yang sungguh memberangsangkan.

Menurutnya, semua pemain beraksi cemerlang dan mereka betul-betul mempergunakan kelebihan yang ada pada diri masing-masing.

“Saya amat berpuas hati dengan prestasi semua pemain. Barisan serangan pada hari ini (semalam) amat berjaya terutama Hazwan yang telah menjaringkan dua gol. Fakri dan Thamil juga tidak mengecewakan saya.

“Sebenarnya kami memiliki banyak peluang untuk menambah jaringan ketika menentang Central South Mariner pada babak kedua perlawanan namun nasib tidak menyebelahi kami.

“Saya sangat gembira dengan prestasi yang dipamerkan oleh skuad ini. Ini menunjukkan satu keputusan sangat positif yang dilihat sebagai persiapan terbaik untuk menghadapi Liga Singapura dan kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bawah 22 tahun pada tahun hadapan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di Sydney semalam.

Selain dua kejohanan penting itu, Kim Swee juga menegaskan beliau mahu membina satu pasukan yang lebih mantap untuk jangka masa panjang dalam menghadapi saingan temasya Sukan SEA 2013 Myanmar kelak.

“Sudah tentu kami kini sedang berusaha untuk meningkatkan tahap prestasi pemain muda ini untuk terus membina satu pasukan yang lebih kuat bagi menghadapi kejohanan-kejohanan akan datang.

“Dengan pendedahan perlawanan bermutu tinggi seperti ini, saya amat mengharapkan pemain dapat memanfaatkan segala pengalaman dan peluang untuk terus tampil dengan aksi terbaik dalam aksi kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia menentang Bahrain pada tahun depan.

“Paling mustahak, mereka harus mengekalkan konsistensi dalam corak dan rentak permainan masing-masing,” katanya.
 
Info Skuad Olimpik Malaysia(Football Team)

PERLAWANAN TERAKHIR SEBAGAI PERSIAPAN KELAYAKAN PIALA ASIA U22

Pertemuan menentang Syria 14 Mac nanti bakal dijadikan persediaan awal pasukan Harimau Muda bagi menghadapi kelayakan Piala Asia bawah 22 tahun.

Menurut penolong jurulatih , Hassan Sazali, daripada 24 pemain yang dipanggil menjalani latihan, 20 daripadanya merupakan pemain berumur 22 tahun dan ke bawah.

Hanya 4 pemain sahaja yang tidak dapat beraksi di kelayakan Piala Asia bawah 22 tahun nanti iaitu Khairul Fahmi Che Mat, Shakir Ali, Fakri Saarani dan Affizie Faisal

-shari bibir-
 
Rozaimi doakan kejayaan rakan

HANYA doa mampu diungkapkan peledak muda negara, Rozaimi Abdul Rahman bagi mengiringi perjuangan Harimau Muda menjelang aksi Kejohanan Bola Sepak Jemputan Piala SCTV menentang skuad Bawah 22 Tahun (B-22) Indonesia di Gelora Bung Karno, Jakarta malam esok.

Biarpun tetap disenaraikan pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee ke Jakarta, Rozaimi, 20, berkemungkinan besar terpaksa melupakan hasrat beraksi buat kali pertama di stadium keramat itu gara-gara ibu jari kakinya didapati bengkak selepas membantu Selangor menewaskan Pahang 4-1 dalam kempen Piala Malaysia, Selasa lalu.

Sebelum ini, Rozaimi juga tiada dalam senarai skuad Kim Swee ketika mempertahankan emas temasya Sukan SEA di stadium yang sama tahun lalu.

Justeru, katanya, dia berharap rakan-rakan sepasukannya mampu mengulangi kejayaan malam esok biarpun ia sekadar satu kejohanan jemputan.

"Sudah tentu saya kecewa (tidak dapat beraksi), tetapi inilah asam garam pemain bola sepak.

"Jadi, saya harap rakan-rakan sepasukan mampu memberikan yang terbaik biarpun terpaksa beraksi di depan ribuan penyokong Indonesia," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Kosmo!

Dengan ketiadaan Rozaimi, jentera penyudah Harimau Muda dijangka digalas oleh Thamil Arasu dan Ahmad Hazwan Bakri malam esok.

Selain Rozaimi, tiga lagi pemain iaitu Fandi Othman, Azrif Nasrulhaq Badrul dan Ashri Chuchu juga dilaporkan mengalami kecederaan sementara lima lagi pemain iaitu Mahalli Jasulli, Mohd. Fadli Shas, Wan Zack Haikal Wan Noor, Gary Steven Robbat dan Zubir Azmi juga diketepikan Kim Swee kali ini kerana dipanggil memperkuatkan skuad kebangsaan dalam aksi persahabatan menentang Vietnam di Stadium Shah Alam, Selasa minggu depan.

Ia merupakan aksi tunggal Harimau Muda dalam kejohanan Piala SCTV itu nanti, sementara satu lagi aksi kejohanan membabitkan pertemuan antara skuad kebangsaan Indonesia dan Korea Utara juga berlangsung di stadium yang sama sehari kemudian.

Dalam pada itu, Rozaimi mengakui prestasinya masih di bawah tahap sebenar ketika ini berbanding semasa meledak 10 gol bersama Harimau Muda dalam aksi kelayakan Piala AFC B-22 di Myanmar, Jun lalu.

"Saya masih belum berpuas hati, bagi saya masih banyak yang perlu diperbaiki (biarpun berjaya menamatkan kemarau gol bersama Selangor tempoh hari). Saya pun tidak tahu mengapa (gagal mencetak gol buat Selangor sebelum ini), namun saya gembira kerana ia mengembalikan semula keyakinan saya.

"Jadi, saya harap dapat segera pulih daripada kecederaan dan mahu mendapat semula sentuhan penyudah seperti mana di Myanmar tempoh hari. Sebagai penyerang, tugas saya ialah untuk menjaringkan gol dan itulah yang akan saya lakukan," katanya optimis.
 
Indonesia pasti berbeza kali ini

JURULATIH skuad Bawah 22 Tahun negara (B-22), Ong Kim Swee percaya Indonesia mungkin menurunkan pasukan berbeza pada perlawanan jemputan Piala SCTV di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta esok.

Sebelum ini, Kim Swee yang mengendalikan skuad pilihan Malaysia dibarisi pemain Harimau Muda A, pemain senior dan import, mudah menewaskan skuad B-22 Indonesia 6-0 dalam aksi persahabatan, Julai lalu.

Namun beliau tetap waspada kerana Indonesia yang dibimbing Aji Santoso akan mempertaruhkan pemain berbeza ketika skuad negara pula dihimpit masalah ketiadaan lapan tonggak utama yang mewakili pasukan kebangsaan dan mengalami kecederaan.

“Bagi saya ini pasukan eksperimen sebagai persiapan Sukan Sea di Myanmar tahun depan. Saya tidak dapat menggunakan beberapa pemain utama dan terpaksa memanggil beberapa pemain luar. Saya akan menguji pemain-pemain ini dan ini penting kerana saya memerlukan lebih banyak pilihan.

“Saya tidak tahu Indonesia akan menurunkan pasukan sama atau tidak sebab kita tahu mereka mempunyai masalah antara IPL dan ISL,” katanya ketika dihubungi Arena Metro di Jakarta semalam.

Skuad muda negara mula menjalani latihan di Gelora Bung Karno semalam, stadium yang menyaksikan anak buah Kim Swee merangkul pingat emas Sukan Sea tahun lalu selepas mengecewakan pasukan tuan rumah di final.

Selain Mohd Fadhli Shas, Wan Zack Haikal Wan Noor, Gary Steven Robbart dan Zubir Azmi kerana mengikuti latihan Harimau Malaya, Kim Swee mungkin terpaksa menyisihkan Rozaimi Abd Rahman, Fandi Othman, Azrif Nasrulhaq Badrul dan Ashri Chuchu yang mengalami kecederaan.

“Rozaimi mengalami kecederaan hasmtring dan tidak berlatih hari ini, situasi kini 50-50 untuk dia beraksi. Saya akan memikirkan siapa penggantinya selepas ini,” katanya ketika ditanya mengenai keadaan penyerang itu
 
Info Dari MALAYSIA FOOTBALL TEAM

Skuad Garuda Muda yakin dapat merampas Pingat Emas sukan Sea dari Harimau Muda. Perlawanan esok Garuda Muda akan membuktikan segalanya yang mereka dah bersedia untuk Sukan Sea 2013. kata Pengurus Garuda Muda. * sumber Nadi Arena
 
581595_482243018459995_1538338280_n.jpg
 
Back
Top
Log in Register