BTC USD 85,614.6 Gold USD 4,164.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS Friendly Harimau Muda 2017

Safawi pemain paling menyerlah tahun lepas utk B22 bawah Bernthard...
dia punya pass cun, gerakan dia byk hasilkan gol utk skuad B22...
nie bukan sbb current performance tp sbb track record dia baik tahun lepas dan awal tahun nie...
tim tu biasalah, pantang tengok ubi baik sume nak cantas...
Safawi hanya bermain satu game lepas raya, vs Terengganu, takkan injured kot..
Amirulhadi setiap match main, xde injured pun..
last game, performance drop giler aku tengok..
tenggelam dgn aksi Faiz Nasir...
sedangkan tahun lepas JDT vs T-Team, Safawi pemain paling menyerlah, tu sebab owner tim tu cepat2 pasang pukat...

ish... injured tu tuan... kalo tak... mesti majikan dia dh lepaskan :">
 
baru citer pasal pawi ni
kan die dah tunjukan taring die sabtu lalu
hahahaha
 
MERISIK PERSIAPAN PASUKAN UTAMA ASIA TENGGARA

Ekoran daripada pelbagai kontroversi yang melanda pasukan bawah 22 negara bimbingan Ong Kim Swee. Mari kita melihat persiapan pasukan tetangga menjelang aksi kelayakan B22 Piala Asia 2018 dan Sukan SEA 2017.

THAILAND

Thailand merehatkan liganya selama 3 minggu sebagai persiapan skuad B22 Thailand bimbingan Woorawoot Srimaka untuk kejohanan kelayakan B22 Piala Asia 2018 dan skuad senior Thailand bimbingan Milovan Rajevac yang baru sahaja memenangi King's Cup 2017. Selepas kejohanan kelayakan Piala Asia B22 berakhir, Liga Thai akan kembali bersambung dengan dua perlawanan sebelum berhenti rehat selama 4 minggu untuk beri laluan kepada persiapan Sukan Sea 2018 dan kelayakan Piala Dunia 2018.

Jadual liga yang sebegini telah mengundang kritikan pedas jurulatih-jurulatih pasukan yang bertanding dalam Liga Thai kerana merosakkan momentum pasukan serta menyebabkan jadual liga menjadi padat apabila setiap pasukan akan menempuh 7 perlawanan dalam 3 minggu selepas liga bersambung. Sebagai perbandingan, Liga Thailand mempunyai 18 pasukan berbanding Liga Malaysia, 12 pasukan. Setiap pasukan juga bertanding dalam Piala FA dan Piala Liga Thai yang masih berjalan seiring dengan Liga Thai. Berbeza di Liga Malaysia, Piala FA sudah lama berakhir, hanya Piala Malaysia yang sedang berjalan seiring dengan Liga Malaysia.

INDONESIA

Indonesia antara pasukan paling serius mempersiapkan pasukan untuk Sukan SEA 2018 dengan perlantikan Luis Milla sebagai jurulatih. Luis Milla merupakan bekas pemain Barcelona dan Real Madrid dan pernah membawa skuad B21 Sepanyol menjadi juara Eropah.

Pasukan B22 Indonesia menjalani latihan pusat selama 11 hari di Bali, sebelum berkampung selama satu minggu di Bangkok untuk latihan akhir sebelum bertemu Malaysia.

Sama seperti Malaysia, Liga Indonesia diteruskan setelah berhenti rehat panjang sempena bulan Ramadhan dan cuti Hari Raya Aidilfitri. Tiada alasan untuk semua pasukan dalam Liga 1 Indonesia untuk tidak melepaskan pemain muda mereka walaupun liga masih berjalan.

SINGAPURA

Pasukan Singapura B22 majoriti dibarisi oleh Young Lions yang sedang menghuni tangga tercorot S-League. Ini menyebabkan mereka tidak menghadapi masalah untuk mengumpul pemain untuk menghadapi Kelayakan Piala Asia 2018 B22 dan Sukan SEA 2018.

VIETNAM

Vietnam mengadakan latihan pusat selama seminggu di Hanoi dan seminggu lagi latihan terakhir di Ho Chi Minh untuk mempersiapkan pasukan untuk kejohanan kelayakan Piala Asia 2018 B22.

Selepas itu, Vietnam bakal mengadakan kem latihan 10 hari dan tiga perlawanan persahabatan di Korea Selatan dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Korea Selatan sebagai langkah memburu pingat emas dalam acara bola sepak.

MALAYSIA

Skuad OKS telah menjalani latihan pusat selama 10 hari bermula hujung Mei 2017 sebelum berangkat ke China selama seminggu untuk 3 perlawanan persahabatan.

OKS sekali lagi memanggil pemain untuk latihan pusat pada 6 Julai, 10 hari sebelum kejohanan kelayakan Piala Asia B22 2018. Tetapi pemain hanya dapat dikumpulkan pada 12 Julai, sehari sebelum perlawanan persahabatan menentang Myanmar. Nasib OKS menjadi malang apabila beberapa pemain utama tidak mendapat pelepasan majikan untuk ke Bangkok.

Pemilihan pemain yang turut melibatkan pemain liga terbawah, Liga FAM serta sskuad Piala Presiden memperlihatkan betapa kritikalnya untuk seorang jurulatih mencari pemain muda dalam liga utama negara. Jika dibandingkan dengan Thailand, Indonesia, Vietnam yang hanya diwakili oleh pemain daripada liga utama mereka sahaja.
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register