BTC USD 83,960.1 Gold USD 4,123.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS Friendly Harimau Muda 2017

Video baru x kaur lg ker..yg menang 4-1 ngan Central South Mariner
 
dpt plak si fakri sumbat gol...terfikir sejenak aku mcm mnalah bntuk jaringan si fakri semalam..haha..
 
klau tuah ada pada harimau muda ...insyaAllah kita boleh dpt tempat ke 2 group.....sama ada

menang 3 baki game

menang 2 seri 1

dgn harapan

syria kalah semua 3 baki game

bahrain kalah 2 game dan menang dgn syria

jepun menang 2 game dan kalah atau seri ngan harimau muda

mari laa kita sama doakan yer utk pasukan harimau muda

pada pendapat aku laa.. oks mgkin dah xnak letak harapan tinggi kt kelayakan olimpik ni. aku dok rasa next target dia pasni utk under 22 AFC & liga S
 
video masih lom dpt lg
kalo x ley la tgk cam na fakri wat gol

yg aku nengok kt nadi arena, si fandi crossed bola kut blh kiri.. fakri hulur kaki jer tolak bola..:)paid
 
Harimau Muda mengaum lagi

Belasah pasukan tangga kedua Liga Australia, Central Coast Mariners 4-1

NGAUMAN sang harimau di jelajah Australia berterusan lagi. Semalam, skuad Olimpik negara menamatkan aksi siri persahabatan antarabangsa terakhir dengan nota ceria menewaskan pasukan tangga kedua Liga Australia, Central Coast Mariners, 4-1.

Walaupun tewas 0-1 dalam pertemuan pertama menentang Mariners sebelum ini, anak buah Ong Kim Swee kembali mempamerkan aksi mantap apabila membelasah pasukan itu menerusi jaringan Ahmad Fakri Saarani, Thamil Arasu dan dua gol daripada penyerang berbakat, Ahmad Hazwan Bakri.

“Sudah tentu saya berpuas hati dengan keputusan ini. Mariners menurunkan enam pemain utama mereka ketika kita tewas 0-1 dalam perlawanan pertama sebelum ini.

“Kita mempamerkan aksi yang cukup baik dan semua pemain mempamerkan disiplin tinggi dan penuh rasa tanggungjawab serta mengikut segala arahan diberi,” kata Kim Swee ketika dihubungi, semalam.

Dalam perlawanan itu, skuad B-22 negara turut menurunkan kesebelasan utama dengan meletakkan Izham Tarmizi (Roslan) sebagai penjaga gol.

Ketika ditanya mengenai prestasi Fakri, Thamil dan Hazwan, pengendali berasal dari Melaka itu menegaskan satu perlawanan belum mencukupi untuk menilai mereka namun ketiga-tiga menunjukkan aksi positif.

“Saya harap Fakri akan lebih kerap bermain bersama pasukan baru untuk mempertajamkan sentuhannya. Kami juga akan buat perancangan memperbaiki kemampuan Hazwan dan Thamil. Saya percaya berdasarkan aksi ditunjukkan pemain ini, kita mampu terus mencapai kejayaan selepas ini,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register