BTC USD 85,533.8 Gold USD 4,131.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS Friendly Harimau Muda 2017

|Perlawanan Persahabatan|FT|
|Harimau Muda 3-0 Sydney FC|
|Hazwan Bakri (2), Gurusamy (1)|
|Sumber:Ong Kim Swee|
|Info:Wan Fakhrul|

pawer nih Hazwan Bakri..
player muda KL ke?..pengganti fakri/thamil kot..hahahaha
 
Tahniah Harimau Muda...
teruskan momentum menang..
 
- Info Perlawanan Persahabatan Antarabangsa -
= Sydney FC (Australia) vs Harimau Muda (Malaysia)
= 13th December 2011
= Sydney, Australia
= Kick Off Jam 8.30 pagi waktu Malaysia
= Tiada Live, Kemungkinan hanya ada Live Score
 
- Info Perlawanan Persahabatan Antarabangsa -
= Sydney FC (Australia) vs Harimau Muda (Malaysia)
= 13th December 2011
= Sydney, Australia
= Kick Off Jam 8.30 pagi waktu Malaysia
= Tiada Live, Kemungkinan hanya ada Live Score

Nih game yg menang td weh... huhuhu....
 
INFO: Skuad Olimpik Malaysia dijadualkan akan menghadapi pasukan Olimpik Arab saudi dalam satu frendly yang telah disahkan oleh FAM, dan akan berlangsung pada 5 feb. mengikut kedudukan selepas tamat pusingan pertama, kelayakan peringkat kumpulan olimpik, kedua dua pasukan berada di kedudukan terbawah kumpulan masing-masing.-FB Harimau Malaya...
 
yup..soklan yang sama kita pun nak tau...

harap-harap ada ler..


INFO: Adalah dimaklumkan bahawa TIADA LIVE di tv untuk semua perlawanan persahabatan yg melibatkan skuad Harimau Muda menentang Kelab Liga Australia di bumi Australia... Kemungkinan ada video highlight sahaja...
 
info yang menarik...teruskan update thread nie....amat berguna untuk peminat2 Harimau Malaya!!!!go tiger go!!!!
 
Harimau Muda uji Sydney FC

TEKA-TEKI sama ada pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee bakal diuji dengan skuad terbaik ketiga-tiga kelab elit sepanjang 'berguru' di Australia bakal terjawab menjelang pertemuan pertama menentang Sydney FC pagi ini.

Apa yang pasti, Kim Swee tanpa berselindung mengakui bakal mempertaruhkan barisan terbaik dalam ketiga-tiga pertemuan itu nanti sebagai persiapan menghadapi saingan Liga Singapura (Liga S) yang akan membuka tirainya Februari tahun depan.

Menurut beliau, mengikut perjanjian asal sebelum ini, ketiga-tiga kelab elit tersebut, termasuk Central South Mariner dan Newcastle Jets berjanji akan menurunkan pemain terbaik pasukan masing-masing ketika menghadapi Harimau Muda.

"Sekiranya mereka sekadar menurunkan skuad simpanan sekalipun, saya tetap mempertaruhkan barisan terbaik dalam ketiga-tiga perlawanan itu biarpun tidak memikirkan sangat mengenai keputusan perlawanan.

"Bagi saya, cabaran daripada ketiga-tiga kelab elit itu tidak boleh di pandang mudah kerana sudah tentu pemain simpanan mereka juga tidak kurang hebatnya kerana tahap permainan mereka amat berbeza, selain beraksi dalam liga yang cukup kompetitif seperti mana Liga Jepun dan Korea Selatan.

"Namun pada masa sama, saya tetap mencuba beberapa pemain baharu dan yang jarang diturunkan sebelum ini pada ketiga-tiga perlawanan itu nanti," katanya kepada Kosmo!.

Hari ini, Harimau Muda bakal berdepan Sydney FC pada pukul 11.30 pagi waktu Australia (pukul 8.30 pagi waktu Malaysia) sebelum menentang Central South Mariner esok dan menutup aksi menentang Newcastle Jets pada 19 Disember ini.

Difahamkan, Central South Mariner merupakan antara pencabar utama Liga Australia (Liga A) musim lepas, manakala Sydney FC dan Newcastle Jets pula merupakan pasukan-pasukan yang menghuni pertengahan liga.

Antara muka lama yang dijangka mendapat kepercayaan Kim Swee dalam kesebelasan utama dalam ketiga-tiga perlawanan itu nanti termasuklah kapten pasukan, Khairul Fahmi Che Mat selain Wan Zack Haikal Wan Nor, Mohd. Irfan Fazail, Mahali Jasuli, Muslim Ahmad, Mohamad Fadhli Shas, Muhammad Nazmi Faiz Mansor, Syahrul Azwari Ibrahim dan Fakri Saa- rani.

Begitupun kata Kim Swee, tahap kecergasan Syahrul Azwari, Mohd. Irfan dan K. Gurusamy masih lagi diragui dan hanya boleh diketahui hari ini.

Dalam pada itu, Kim Swee juga yakin dengan kredibiliti kesemua 23 pemain yang dibawa 'terbang' ke Australia kali ini, termasuk beberapa muka baharu seperti Shahrul Mohd. Saad, S. Sivanesan dan Mohd. Shahril Saari.

"Untuk makluman semua, saya terpaksa membuat keputusan mengetepikan beberapa pemain seperti Shukor Jusoh dan Gary Steven Robbat untuk dibawa ke Australia kali ini kerana masih belum cergas sepenuhnya gara-gara kecederaan, selain pemain seperti Syazwan Yusof juga terpaksa diketepikan kerana saya difahamkan dia masih mempunyai ujian peperiksaan.

"Justeru, saya harap kesemua 23 pemain yang dibawa ke Australia kali ini dapat menimba ilmu yang berguna, bukan sahaja untuk diri mereka sendiri tetapi juga dapat berkongsi ilmu dengan rakan sepasukan yang tidak dapat turut serta," katanya.

Dah menang pon tadi :)cgrock
 
Back
Top
Log in Register