BTC USD 81,888.3 Gold USD 4,145.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Franchise Business

Aku pon minat gak ngan sistem franchise nih..
kan per...kalu amik franchise brand dah ader..
org dah kenal..so marketing x susah sangat..

byk sangat dah aku dengar citer org yg kayo ngan wat franchise..
ader satu contoh aku nak bagi...
adik aku masa tunggu result spm dulu penah keje part time kat secret recipe yang franchise..

pemilik franchise org melayu kita..
adik aku cakap daily average sales dalam RM9K..
kalu hari cuti boleh dapat lebih RM10K sales..

untung ke tak untung korang leh pk sendri ler..
adik aku yg dah benti 2bulan keje pon dier leh panggil untuk majlis makan2 b4 ramadan..siap leh dapat duit raya lagi RM300..
aku yg keje tetap pon dapat duit raya lebih sikit jer dari tuh..

so apa yg aku nampak memang pemilik franchise tuh wat untung kaw2tuh..kalu tidak xkan ler leh bg lg duit raya kat staff yg dah resign...

sapa boleh bgtau detail tentang potential income dr sistem franchise nih?contohnya braper kene bayar kat tuan punya brand setiap bulan..profit kire camner?..pembahagian profit tuh kire lepas dapat net profit or dr gross sales?

bleh x share2 kat sini...nak tau gak...menarik gilor nih...
 
Tu lah pasal...

Aku pun dok tengah berangan nak bukak franchise biz...
antara brand yang aku tengah fikirkan sekarang ni...KFC n Smart Reader...

:D
 
1. Apa itu francais
Francais bermaksud satu bentuk pemasaran atau pengagihan di mana sebuah syarikat induk memberikan kebenaran, hak atau keistimewaan kepada seseorang individu atau syarikat untuk menjalankan perniagaan mengikut tatacara yang ditentukan untuk jangkamasa tertentu dan pada lokasi yang ditentukan dalam proses mengedarkan barang atau perkhidmatan yang sedia wujud.

Dengan kata lain francais adalah perkongsian perniagaan di antara pemilik produk dan pelabur. Di mana pemilik produk akan menyediakan produk dan sistem perniagaan. Manakala pelabur akan menyediakan modal dalam bentuk dana, sumber manusia dan usaha yang berterusan.

2. Apakah dia definisi francais mengikut Akta Francais 1998?
Definisi perniagaan francais mengikut tafsiran di bawah Akta Francais 1998 adalah sesebuah perniagaan yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:-

a) Pengendalian perniagaan mengikut sistem yang ditetapkan

b) Dalam tempoh yang ditetapkan

c) Hak menggunakan cap / rahsia dagangan dsbnya

d) Mengenakan kawalan berterusan

e) Tanggungjawab memberi bantuan

f) Bayaran / apa-apa bentuk balasan

g) Perniagaan secara berasingan

3. Apakah kebaikan perniagaan francais?
Francaisi:
- Risiko perniagaan yang lebih rendah

- Peluang memasarkan barangan atau perkhidmatan yang diterima ramai

- Faedah ekonomi bidangan

- Bimbingan pengurusan perniagaan yang cekap

- Khidmat sokongan yang berterusan daripada Francaisor, agensi Kerajaan dan institusi kewangan
Francaisor:

- Berpeluang meluaskan perniagaan tanpa penggunaan modal sendiri

- Faedah ekonomi bidangan

- Pengkongsian risiko

- Mengurangkan masalah pengurusan sumber manusia

- Mendapat maklumbalas perniagaan yang luas

- Lebih tumpuan kepada kerja-kerja Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)

4. Bagaimana saya hendak menjadi seorang francaisi?
Cara menjadi francaisi adalah seperti berikut:
i. Kenalpasti terlebih dahulu produk francais yang sesuai dengan kemampuan dan minat.

ii. Dapatkan maklumat terkini terbaru mengenai produk yang dipilih daripada francaisor.

iii. Mengadakan kajian untuk mengenalpasti:

a. Kesesuaian lokasi

b. Kesesuaian pasaran

c. Modal perniagaan

d. Pakej francais yang ditawarkan

e. Tahap sokongan francaisor menerusi francaisi sedia ada

iv. Memohon kepada francaisor untuk menjadi francaisi.

v. Keputusan permohonan daripada francaisor.

iv. Jika terpilih, memulakan perniagaan berdasarkan garis panduan francaisor.

5. Bagaimana dengan rancangan perniagaan, adakah perlu disediakan bagi memohon menjadi francais?
Keperluan Rancangan Perniagaan (RP) bergantung kepada keperluan francaisor. Namun begitu, RP perlu untuk memohon pinjaman dari agensi pembiayaan.

6. Bagaimana dengan premis perniagaan, perlu cari sendiri atau disediakan?
Premis perlu cari sendiri oleh francaisi. Pihak francaisor akan membantu dari segi panduan pemilihan lokasi dan akan menilai kesesuaian lokasi sebelum perniagaan francais dimulakan. Kementerian pula membantu dari segi mendapatkan premis di bawah bidang kuasa Kementerian. Sebagai contoh, premis MARA, PKEN dan PKKM.Persediaan Menjadi Francaisor

7. Adakah saya perlu berdaftar dengan Bahagian Francais sebelum memulakan perniagaan francais?
Hanya mereka yang mempunyai produk untuk difrancaiskan sahaja (francaisor) diwajibkan berdaftar di bawah Akta Francais 1998.

8. Apakah jenis perniagaan francais yang paling popular?Jenis perniagaan yang paling popular ialah bidang makanan.

9. Sekiranya saya ada pertikaian berhubung dengan perniagaan francais, kepada siapakah saya harus merujuk?
Tuan boleh rujuk kepada Unit Pendaftaran & Penguatkuasaan Francais. Tuan terlebih dahulu mengisi Borang Aduan yang boleh didapati di Unit Pendaftaran & Penguatkuasaan Francais untuk diambil tindakan yang sewajarnya.

Nak tau pasal skim francais.. KFC dah lama tak bukak francais..

1. Perbadanan Nasional Berhad

2. Prosper
 
franchaise nie best.. nak plak klu produk mmg org awam dah kenal.. tapi lebih elok klu ambil org melayu punya...

klu nak buka alatan sukan leh ambik aL-iKHsan
ada banyak lagi yg kita bleh tengok kat website MFA tu.

klu nak biz fund pasal sistem franchaise ni pulak.. leh try tanya kat PNB. Kalau PUNB tu aku tak sure la plak depa support program franchaise nih...
 
aku sokong lipas..
franchise ni mmg sgt best,
tolak tepi ar pasal modal..
ada dana khas utk franchise semata2...
dana/pinjaman utk franchise ni asing ngan bisnes lain..
berita baiknye: ramai gile orang pegi kursus franchise, tapi lepas abis kursus, tak mintak pon pinjaman, TERLALU banyak dana utk franchise yang tak berusik. Depa pon dah pening duit tu duduk tak begerak2, hehe.
 
Last edited:
Francais ni kalau kena gaya boleh maju, tgk macam 1901 hotdog. begitu maju berkembang. cuma kitala sebagai orang yang nak mencebuekan diri dalam perniagaan francais ni perlu mempunyai daya tahan yang kuat untuk berjaya. Tanpa usaha dan cita-cita yang tinggi di samping keazaman yang tinggi, agak sukar untuk bersaing, berapa banyak dah perniagaan francais yang lingkup.
 
Francais ni kalau kena gaya boleh maju, tgk macam 1901 hotdog. begitu maju berkembang. cuma kitala sebagai orang yang nak mencebuekan diri dalam perniagaan francais ni perlu mempunyai daya tahan yang kuat untuk berjaya. Tanpa usaha dan cita-cita yang tinggi di samping keazaman yang tinggi, agak sukar untuk bersaing, berapa banyak dah perniagaan francais yang lingkup.

aku ada nampak stall 1901 kat airport klia departure area... untung mamat tu.. mat salleh je penuh kat kedai dia... untung tau mamat tu.. sebab bape aku kata untung.. sebab ada setengah foreing pax bayar pakai US dollar tu.. keep the change.. lagi.
sebab mamat tu xde duit US nak bayar baki balik. nak xnak keep the change la yee... tapi xdela.. smp keep the change US50...
mamat tu ckp kdg2 je la.. us3 dolar ke.. us5 dolar ke.. kira untung sket..la..
 
Ape pendapaat korang ttg jukebox? Aku ada dpt offer utk jd francaisi jukebox. Modal mula dlm 155k. Ada training 2bln. Dpt elaun 1k. Jukebox mmg byk kt kl tp aku cdg nk bkak d perak. Belum ada cawangan lg.
 
KFC tak offer franchise.
AYAMAS ye.

SMART READER ok..

JUKEBOX tak tau..

takutnya kalau bab-bab kasut ni, kang saiz yang tak brapa laku tu diletaknya kat kedai kita. benda ni dah terjadi kat franchisee BATA dulu-dulu.

Franchise kena bayar royalti..ada promotional..ada marketing punya bayaran.. dapat byk byr byk gak.. :D

Contoh:
Royalti 5% daripada gross sale..
gross sale dapat la 100k..
jadi 5k dah bagi franchisor.
tu baru royalti.
caj-caj lain?

* saje nak timbulkan sikit keburukan perniagaan franchise ni..kang orang tau yang baik je sampai lupa pada keburukan. :)
 
kita up balik thread ni,jom berkongsi ape saje pasal francais ni..

kalau nak wat avon,capital kene ader 200k..
 
Back
Top
Log in Register