BTC USD 86,251.4 Gold USD 4,358.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Forum poligami dapat sambutan luar jangka

sapa x mau menikah dua.. nak nak dapat yang bini sulung suka bikin problem dan bebai cam palat x tentu hala.. lg la cepat rasa nak ada bini muda..

itu tambah masalah tuan...

nak bini lebih dari seorang..pasti kan isteri pertama sudah tip top perangai nya....baru lah layak isteri 2...

selagi belum kita dapat mendidik isteri pertama dengan baik..selagi tu belum layak poligami...

lari dari masalah dan pergi kepada masalah lain...
 
fazildali1_1559805809.jpg


KUALA TERENGGANU: “Memang seronok dapat beraya dengan empat isteri dan 14 anak, dan saya menganggap ia rezeki diberikan Allah SWT.”

Mohd Fazil Mohd Dali, 44, bersyukur menyambut Aidilfitri bersama empat isteri, iaitu Harlinda Suparman, 44; Suhana Mokhtar, 40; Nur Izzati Mad Wazi, 33; dan Khairatul Azwa Khairul Anwar, 36, serta 14 anak berusia antara dua hingga 18 tahun daripada enam perkahwinannya.

Setiap tahun, Mohd Fazil berkata, keluarga besarnya merayakan Hari Lebaran secara beramai-ramai tanpa timbul sebarang masalah.

Beliau berkata, mereka lazimnya berkumpul di rumah isteri pertama pada malam raya untuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri, selain memenuhi amalan akhir Ramadan dengan pengisian keagamaan yang menjadi kunci kebahagiaan.

“Selepas bertakbir raya, kami berkumpul di ruang tamu untuk membaca kitab taalim fadilat amal selama 90 minit sebelum mula membuat persiapan menyambut Aidilfitri dan saling bermaafan,” katanya yang juga pemilik gimnasium ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pandan, di sini.

Mohd Fazil berkata, persiapan wajib seperti baju raya untuk semua isteri dan anak sudah dibuat dari awal Ramadan bagi membolehkan ahli keluarganya memberi tumpuan kepada amalan 10 malam terakhir Ramadan.

“Ramai yang bertanyakan rahsia kebahagiaan saya dan jawapannya ialah bergantung pada sejauh mana amalan serta tanggungjawab ditunaikan sebagai seorang ketua keluarga dan bapa.

“Saya menyatukan semua isteri dan anak bukan melalui kekerasan atau paksaan tetapi secara berhemah serta kasih sayang, selain mengerjakan suruhan Allah SWT dan meninggalkan larangan-Nya.

“Selain solat berjemaah dan membabitkan semua isteri serta anak dengan majlis ilmu agama di masjid, amalan makan di dalam talam dan saling menyuap juga antara rahsia pengikat kasih sayang kami sekeluarga,” katanya.

Setiap tahun, Mohd Fazil berkata, mereka sekeluarga akan beraya di rumah mentua secara bergilir-gilir di Perak, Melaka, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

“Walaupun kami beraya bersama, saya tidak mewajibkan isteri atau anak berpakaian sedondon. Mereka bebas memilih warna mengikut cita rasa masing-masing.

“Biasanya, kami akan berkonvoi ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri sebelum berkunjung ke rumah saudara terdekat selepas bersarapan,” katanya.

Sementara itu, Harlinda berkata, beliau seronok beraya bersama tiga madu dan semua anak, malah mereka saling membantu dalam segala urusan keluarga.

“Setiap anak dilayan sama rata dan isteri juga tiada iri hati terhadap satu sama lain kerana keutamaan kami ialah muafakat, kerjasama dan saling menghormati serta membahagiakan.

“Kami bertuah kerana dianugerahkan seorang suami yang rajin berusaha mencari rezeki untuk keselesaan keluarga, terutama anak, tetapi pada masa sama tidak mengabaikan tanggungjawab mencurah kasih sayang kepada kami,” katanya.

https://www.bharian.com.my/wanita/keluarga/2019/06/571818/seronok-beraya-dengan-4-isteri-14-anak

Allahamdulillah.. hebat nih..

aku kira nih cth lelaki yg berjaya pada zaman skrng.. :))

klo setakat ada juta2 dlm bank, 10 biji rumah sewa, 4 acct asb full, bisness profit 2-3 juta setahun..
isteri cuma seorang..
anak 2-3 orang..

belum ckup power.. :">

aku listkan visi/misi yg sepatutnya setiap lelaki muslim impikan..

1) berkahwin 4
2) menambah zuriat yg berkualiti (anak2 soleh solehah)
3) berkongsi ilmu dgn family
4) bimbing 1 family masuk syurga

indahnya hidup dunia akhirat..
klo sampai masa ajal pun x rse nyesal.. :))

berbaloi dgn tindakkan..

___

namun x semua dpt nikmat tersebut..

ianya hanya kpd insan2 yg terpilih yg mampu untuk menerima ujian nya..

akhir sekali apa yg kita nak capai di dunia cuma nak redho Allah sahaja selebihnya add on bonus..
 
itu tambah masalah tuan...

nak bini lebih dari seorang..pasti kan isteri pertama sudah tip top perangai nya....baru lah layak isteri 2...

selagi belum kita dapat mendidik isteri pertama dengan baik..selagi tu belum layak poligami...

lari dari masalah dan pergi kepada masalah lain...

kalo setel masalah pun.. zahiriah ja nampak senyum.. :(
 
Malam tadi sorang kawan aku kawen lagi , sat lagi nak pi reception nye pulak 😁. Dah bbrp orang sepupu dan dan kawan2 aku kawen 2 dan 3 , aku? Sedang menuntut ilmu dengan depa2 ni. Calon? Pun dah ada 😁
 
Allahamdulillah.. hebat nih..

aku kira nih cth lelaki yg berjaya pada zaman skrng.. :))

klo setakat ada juta2 dlm bank, 10 biji rumah sewa, 4 acct asb full, bisness profit 2-3 juta setahun..
isteri cuma seorang..
anak 2-3 orang..

belum ckup power.. :">

aku listkan visi/misi yg sepatutnya setiap lelaki muslim impikan..

1) berkahwin 4
2) menambah zuriat yg berkualiti (anak2 soleh solehah)
3) berkongsi ilmu dgn family
4) bimbing 1 family masuk syurga

indahnya hidup dunia akhirat..
klo sampai masa ajal pun x rse nyesal.. :))

berbaloi dgn tindakkan..

___

namun x semua dpt nikmat tersebut..

ianya hanya kpd insan2 yg terpilih yg mampu untuk menerima ujian nya..

akhir sekali apa yg kita nak capai di dunia cuma nak redho Allah sahaja selebihnya add on bonus..
Betul n tepat skali apa yg bro cakapkan tu
Aku sokong dan berharap ke arah visi n misi tersebut
 
kalo setel masalah pun.. zahiriah ja nampak senyum.. :(

nak poligami kena menuntut ilmu dengan mereka yang mengamalkan poligami mengikut kaedah islam ajar...

jika poligami hanya bersandarkan nafsu...memang akan berdepan dengan masalah....kerana dia hanya tuntut ilmu nafsu sahaja dalam berpoligami
 
pada aku, benda ni atas individu sendiri....
kalu mmg cukup ilmu dan mampu, teruskan...
kalu tak mampu dan takde ilmu, baik lupakan....

sebab, aku rasa kawin sorg pun, rasa dah mcm tali gantung ketat jerut leher skrg, hahahah.....
 
Pendapat aku,orang kita ni dah tak macm dulu bila nak kawin...zuriat pun kena ambil kira gak...
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register