BTC USD 86,251.4 Gold USD 4,358.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Forum poligami dapat sambutan luar jangka

marvelous

Legendary Member
gem
Messages
17,046
Joined
Aug 21, 2006
Messages
17,046
Reaction score
2,972
Points
261
image.jpg


KUALA LUMPUR - Majlis Makan Malam dan forum bertajuk Mengapa Saya Memilih Suami Orang anjuran Pertubuhan Keluarga Harmoni (Pakar) di sebuah hotel di sini mendapat sambutan luar jangka.

Presiden Pakar, Datuk Md. Lutfi Yusof memberitahu, sasaran penyertaan awal hanya seramai 50 orang tetapi jemputan yang hadir lebih daripada 150 orang.


"Ini memang di luar jangkaan. Walaupun kami menetapkan peserta perlu buat pendaftaran awal tetapi ada juga yang datang tanpa membuat tempahan," katanya ketika ditemui di sini sebentar tadi.

Jelasnya, forum itu mendapat perhatian selepas kenyataan salah seorang ahli panel pada majlis tersebut, seorang usahawan, Haryani Ithnen tular di laman sosial Facebook baru-baru ini.

Dalam perkongsian tersebut, Haryani berkongsi pandangannya sebagai isteri ketiga yang mendapat banyak maklum balas daripada pelbagai pihak.

Selain Haryani, turut menjadi ahli panel ialah penceramah bebas, Nurul Adni Adnan; Peguam Syarie, Sharifah Mohd. Jahaya dan penceramah bebas, Sumaiyah Sulaiman.

Sementara itu, menurut Md. Lutfi forum tersebut diadakan bagi mengetengahkan isu-isu berkenaan poligami secara harmoni.

"Tujuan kita bukan untuk menyuruh orang berpoligami tetapi mahu memurnikan syariat poligami," katanya.
 
skarang drama2 pun banyak citer pasal tambah cawangan nih..
hehe..sape yg untung? suami jugak
 
skarang drama2 pun banyak citer pasal tambah cawangan nih..
hehe..sape yg untung? suami jugak

suatu perkembangan yang sihat....untuk poligami yang baik...:D:D
 
hehe tajuk pun direct gitu Mengapa Saya Memilih Suami Orang :D

direct aje tajuk...x ada selindung2 lagi....

satu perkembangan yang baik untuk beri lebih kefahaman tentang poligami...

nak bagitahu...isteri k-2,3 atau 4 itu bukan perampas.....

tanggapan masyarakat isteri ke-2,3 atau 4 itu perampas suami orang...itu satu tanggapan yang silap
 
istilah perampas kena tukar dengan sharing baru lebih lembut dan manis hehehe...
 
Tunggu gugurl CG komen plak dalam ni hahahahaha
 
rupa nya dah famous akak ni ya...:D:D:D

VUX6NK.png

oh dia ni yg tulis yg ni https://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=681580&page=67

Haryani Ithnen

Kenapa saya pilih nikah dengan suami orang?

Sebab

Pertama..
Saya nak masa saya bersendiri, saya suka golek-golek kat katil sampai tengahari, lapar saya ke dapur, dah kenyang saya tonton filem. Itu adalah terapi paling best dalam yang tak boleh dibayar walau semahal mana sekalipun.

Kedua..
Bila berjauhan dengan suami, rasa teruja nak jumpa dia. Rindu. Mungkin peringkat permulaan rasa janggal tapi bila fikir ramai je sahabat-sahabat yang amalkan perkahwinan jarak jauh(pjj) ok je, kenapa kita tak boleh plak.. kan..

Ketiga..
Untuk wanita lewat usia.. samada janda atau perawan, cabaran terbesar dia adalah bagaimana mana nak cari lelaki bujang yg lebih tua dari dia dan baik.

Selalunya lelaki yang baik-baik ni, kat universiti dah nikah dah. Tak pun sebelum umur 30 mereka dah tamatkan zaman bujang mereka. Jadi, suami orang adalah pilihan paling tepat.

Keempat..
Saya tak suka jadi isteri sepenuh masa. Hehehe... penat nak kena sediakan semua keperluan suami 24 jam. Saya suka jadi isteri separuh masa.

Kelima..
Saya akan ada banyak masa dengan keluarga saya.

Oleh itu, Saya pilih poligami.

:: siapa yang belum jumpa manisnya
berpoligami
:: itu tanda masih kurang ilmu.
:: teruskan belajar

#yaninen
 
Back
Top
Log in Register