BTC USD 86,505.9 Gold USD 4,350.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Forum poligami dapat sambutan luar jangka

direct aje tajuk...x ada selindung2 lagi....

satu perkembangan yang baik untuk beri lebih kefahaman tentang poligami...

nak bagitahu...isteri k-2,3 atau 4 itu bukan perampas.....

tanggapan masyarakat isteri ke-2,3 atau 4 itu perampas suami orang...itu satu tanggapan yang silap

itu yang aku hairan kalau ada perempuan yg berstatus anak dara berminat dgn suami org digelar perampas..x tau lah kalau agama lain dibenarkan kahwin lbh dr satu selain agama islam
 
itu yang aku hairan kalau ada perempuan yg berstatus anak dara berminat dgn suami org digelar perampas..x tau lah kalau agama lain dibenarkan kahwin lbh dr satu selain agama islam

x ada agama lain yang membenarkan poligami....

lagi pun perintah poligami ini turun selepas islam datang....

walaupun sebelum itu dah ada umat2 terdahulu...tetapi ia hanya sesuai pada umat zaman itu....

kalo kita tgk..fitrah manusia bernama lelaki....sbb itu Allah membenarkan poligami...

kalo dalam agama lain...tidak membenarkan poligami...masalah yang berlaku apabila mereka mampu...mereka akan ada perempuan simpanan...ini fitrah manusia....

dan perempuan simpanan ini sama spt bini mereka....

islam datang untuk bawa ke adilan kepada kaum wanita...iaitu poligami...

iaitu apabila poligami...hak wanita terjaga apabila isteri kedua, ke3 dan ke4 mempunyai hak yang sama dalam perkahwinan yang mengamalkan poligami....


tetapi bila masyarakat semakin jauh dengan agama...mereka melihat poligami itu sesuatu yang menzalimi perempuan....

sedangkan yang menzalimi perempuan bukan poligami...tetapi lelaki yang mengamalkan poligami bukan seperti agama suruh
 
bak kata org indonesia.. nak kawin 2.. hati kena tegar pakkk.. haha
 
41849029_10156242937114998_2712446193031446528_n.jpg


Sayang sayangku, bangunlah. Abang nak sarapan apa pg ni kalau kamu berdua tak bangun lagi??
 
Suami perlu buktikan kemampuan sebelum poligami

BH0512HS002_1537501614.jpg


POLIGAMI sah di sisi syarak tetapi polemik mengenainya terus diperkatakan kerana sebahagian rakyat negara ini yang sudahpun berkahwin, memilih bernikah di luar negara terutama di lokasi popular seperti di Selatan Thai.

Tidak hairanlah ramai yang memandang curiga kepada pasangan khususnya lelaki yang berkahwin di luar negara kerana menganggapnya sebagai muslihat untuk mengelakkan diri daripada kebertanggungjawaban.

Peguam Syariah, Fakhrul Azman Abu Hassan, berkata salah faham mengenai poligami masih berlaku dalam kalangan masyarakat khususnya yang bertanggapan suami yang ingin berpoligami perlu mendapat kebenaran terlebih dulu daripada isteri pertama.

“Pernikahan poligami tidak memerlukan kebenaran isteri tetapi apa yang sebenarnya diperlukan adalah kebenaran mahkamah. Prosedur ini seragam di Mahkamah Syariah di negeri.

“Mereka yang ingin berpoligami, pejabat kadi pun tidak akan mengeluarkan surat kebenaran, sebaliknya perintah itu dikeluarkan Mahkamah Syariah.

“Apabila memohon kebenaran mahkamah, kita akan memfailkan satu permohonan poligami, manakala defendan dalam kes ini ialah isteri pertama,” katanya kepada Ibrah BH di Kuala Lumpur.

Sebagai defendan, Fakhrul Azman berkata, isteri pertama secara tidak langsung akan dimaklumkan mengenai permohonan poligami berkenaan menerusi proses perbicaraan.

Suami perlu buktikan kemampuan

Menurut Fakhrul Azman, ini antara sebab ramai suami yang berkahwin di luar negara kerana undang-undang syariah menetapkan mereka perlu membuktikan kemampuan untuk berpoligami.

“Pada peringkat ini biasanya berlaku pelbagai kejadian termasuk kejar-mengejar, selalunya bagi kes yang suami sebenarnya tidak mampu pun untuk berpoligami.

“Bayangkan jika duit bulanan kereta dan rumah pun dibayar secara kongsi dengan isteri, jadi biasanya permohonan sebegini tidak diluluskan kerana memudaratkan isteri pertama.

“Ada sesetengah kes pula, calon isteri kedua sanggup tanggung kehidupan suami yang kurang mampu itu. Biasanya kes sebegini juga tidak lulus kerana tugas mencari nafkah itu adalah tanggungjawab suami,” katanya.

Selain soal kemampuan yang mungkin tidak menjadi masalah bagi sesetengah pemohon poligami, mahkamah turut melihat kriteria lain seperti kemungkinan isteri pertama mengalami penyakit kemurungan atau tekanan emosi disebabkan hal berkenaan.

“Mahkamah Syariah tidak akan menyukarkan permohonan poligami, cuma ia bergantung penuh kepada suami bagaimana dia boleh membuktikan kemampuannya dan memastikan kesan daripada perkahwinan itu tidak pula membawa kesusahan kepada isteri pertama.

“Bagi kes yang poligami itu dipersetujui isteri pertama biasanya tidak menjadi masalah dan mahkamah akan memberi kebenaran,” katanya.

Jalan ‘selamat’ nikah luar negara

Mengulas lanjut, Fakhrul berkata, sehingga kini majoriti suami yang bernikah di luar negara berada dalam situasi terdesak kerana tidak mendapat persetujuan isteri, bahkan yang lebih penting ia dianggap jalan paling ‘selamat’ kerana pendaftaran semula pernikahan di Mahkamah Syariahnya tidak meletakkan sebarang syarat.

“Sebelum ini, cuma di Pulau Pinang saja yang prosedurnya agak berbeza berbanding Mahkamah Syariah di negeri lain. Bagi yang ingin mendaftarkan semula pernikahan di luar negara, salinannya perlu diserahkan kepada isteri pertama.

“Bagaimanapun, sejak awal tahun lalu, Mahkamah Syariah Pulau Pinang menggugurkan arahan itu kerana banyak aduan diterima, antaranya mendorong kepada berlaku perceraian dan konflik dengan isteri pertama,” katanya.

Pada masa sama, prosedur itu mungkin dilihat agak berat sebelah kepada kaum lelaki kerana mereka masih lagi boleh menyembunyikan poligami dan cuma perlu membayar denda kerana tidak mengikut prosedur pernikahan yang betul.

Fakhrul Azman mencadangkan perlu ada bidang kuasa yang menentukan hak isteri pertama dan anak-anak.

“Apabila pendaftaran semula pernikahan di Mahkamah Syariah ini tidak mewajibkan suami memaklumkan isteri pertama, jadi ada yang mengambil kesempatan.

“Perkara ini banyak berlaku, jadi saya harap prosedur ini dipinda supaya poligami tidak dilihat mendatangkan kesusahan kepada isteri pertama khususnya berkaitan kewajipan seperti tempat tinggal dan nafkah.

“Dalam banyak kes, ramai suami yang terlepas daripada beban tanggungjawab. Ada isteri pertama yang terabai, hilang tanpa khabar berita kerana suami lebih memberi fokus kepada isteri muda,” katanya.

Tambahnya, menyembunyikan poligami kebiasaannya akan berakhir dengan konflik yang lebih besar terutamanya perceraian.

“Dalam satu kes, si suami ini orang yang kaya-raya memutuskan untuk berpoligami dan merahsiakan pernikahan keduanya hampir 15 tahun.

“Rumah tangganya aman bahagia sehinggalah isteri pertama tahu mengenai hal ini dan akhirnya memfailkan perceraian.

“Jadi bagi saya, lebih baik berterus-terang dalam hal membabitkan poligami ini kerana ia tanda kita menghargai pengorbanan isteri pertama yang banyak mencurahkan pengorbanan pada saat sukar dan senang,” katanya.




Utamakan hak isteri, anak

BH160918SH005_1537501618.jpg


Sementara itu, pendakwah, Mohd Jaafarudin Md Ali, berkata pernikahan di luar negara bagi kes poligami perlu dibendung kerana ia cenderung memberikan implikasi negatif kepada institusi perkahwinan itu sendiri terutama hak isteri dan kebajikan anak.



Ia bukan hanya tertakluk pada hak ketika suami masih hidup, bahkan yang lebih menyukarkan adalah selepas kematian termasuk konflik tuntutan harta pusaka, sepencarian dan pembahagian faraid.

Secara dasarnya, ramai lelaki memilih untuk menjalankan pernikahan di luar negara kerana ia disifatkan ‘selamat’ dan salah satu cara bagi menyembunyikannya daripada pengetahuan isteri pertama.

“Selagi mana menyorok, ia bermakna sedang menipu. Dalam kitab al-Kabair, tulisan ulama besar, Imam al-Zahabi menipu disebut sebagai salah satu dosa besar.

“Cuba kita bayangkan, apabila satu ibadat itu dimulakan dengan penipuan. Pastinya si suami akan memberikan seribu satu alasan, pergi ke luar negara kerana urusan kerja dan melancong ketika membuat perancangan bernikah satu lagi, jadi daripada situ sudah hilang keberkatan dalam perkahwinan.

“Sedangkan, poligami sebagai satu sunnah itu mesti ada elemen kasih sayang, bukannya memutuskan silaturahim. Jadi apabila ia disembunyikan akhirnya, hilang kepercayaan bukan saja isteri, bahkan keluarga mentua dan orang sekeliling terhadapnya,” katanya.

Suami tidak harus takut

Mohd Jaafarudin berkata, sekiranya pernikahan di luar negara dilihat sebagai jalan akhir kerana bimbang rumah tangga yang sedia ada berantakan, maka ia tidak wajar dijadikan alasan untuk terus menyembunyikan perkahwinan berkenaan.

Sebaliknya sebagai suami, mereka perlu kuat untuk berterus-terang kerana daripada situ akan terbit kenikmatan berpoligami yang sebenar.

“Saya sendiri beristeri dua dan berpandangan tidak patut ia terus disembunyikan. Bagi yang berkahwin di luar negara, segeralah daftarkan semula pernikahan mengikut prosedur ditetapkan Mahkamah Syariah dan berterus-terang dengan isteri pertama.

“Biarlah berperang pun, tetapi sebagai lelaki, kita ialah pemimpin dan perlulah mempertahankan kelelakian dengan melakukan setiap perkara dengan telus .

“Sebagai ketua keluarga, apa yang patut dilakukan ialah tunjukkan komitmen, pamerkan keadilan termasuk dalam soal nafkah, kebajikan dan penjagaan keluarga.

“Jika kita tunjukkan contoh yang baik, luruskan diri sendiri dulu termasuk solat tidak tinggal, nafkah sentiasa diberi setimpal setiap bulan, jadi lama-kelamaan pasti isteri mula hormat, redha dan tidak menganggap poligami ini penganiayaan kepada kaum wanita,” katanya.

Mahkamah Syariah perlu mesra poligami

Bagaimanapun, Mohd Jaafarudin melihat, Mahkamah Syariah juga perlu lebih mesra kepada munakahat perkahwinan bagi mengurangkan jumlah pernikahan membabitkan poligami di luar negara.

“Misalnya, bagi memohon kebenaran poligami, isteri akan dipanggil oleh mahkamah.

“Saya cadangkan mahkamah supaya tidak hanya memanggil isteri pada hari perbicaraan, sebaliknya mungkin boleh dibuat sesi kaunseling kepada pihak isteri mengenai poligami sebelum itu supaya dapat diberikan penjelasan yang tepat mengenainya.

“Selain itu, jika boleh perbicaraan tidak dilakukan di dewan terbuka kerana masyarakat kita hari ini masih belum bersedia menerimanya,” katanya.

Beliau mencadangkan perbicaraan dibuat di kamar tertutup kerana sebelum ini ia dibuat setempat dengan urusan perkahwinan lain termasuk perceraian, sekali gus turut memberi kesan negatif khususnya kepada emosi isteri pertama.

Perkara ini penting untuk dilihat semula terutama bagi kes poligami yang berat, iaitu tidak dipersetujui isteri pertama.

Mengulas pengalamannya sendiri, ketika perbicaraan permohonan kebenaran poligami dijalankan, walaupun ia lancar kerana dipersetujui isteri pertama tetapi situasi sedikit terganggu kerana pandangan orang awam yang melihatnya dengan pelbagai persepsi tersendiri.

Beri pendedahan tepat, jelas

Pada masa sama, beliau melihat setiap peringkat dalam masyarakat perlu diberikan pendedahan ilmu kepada mengenai poligami supaya tidak disempitkan dengan tanggapan ia penganiayaan terhadap golongan wanita, akibat daripada lelaki gila seks dan menjual sunnah atau agama.

Beliau turut menyokong inisiatif Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) yang akan melancarkan modul poligami pada bulan depan.

“Ramai yang tidak ada ilmu jelas mengenainya. Saya lihat dalam hal ini, semua peringkat masyarakat perlu difahamkan mengenai poligami ini daripada bakal mentua, isteri pertama, isteri kedua sehinggalah kepada anak-anak.

“Sebenarnya dalam Islam tidak ada perbezaan taraf bagi isteri sama ada pertama, kedua, ketiga atau keempat kerana kedudukannya dalam hierarki perkahwinan tetap sama.

“Apabila orang perempuan faham konteks sebenar poligami dan suami juga benar-benar menjalankannya dengan cara betul, maka tidak akan wujud istilah isteri kedua perampas atau perosak rumah tangga,” katanya.

Menurutnya lagi, penerangan mengenai poligami secara menyeluruh amat diperlukan bukan saja dalam bentuk modul, bahkan ketika khutbah Jumaat dan dalam kursus praperkahwinan.

https://www.bharian.com.my/rencana/...ami-perlu-buktikan-kemampuan-sebelum-poligami
 
Perak rancang mudahkan poligami

8db50fac0856bb2da427423024adff9e.jpeg


Bernama | Diterbitkan 30 Okt 2018, 11:14 malam |


Kerajaan negeri Perak bercadang meminda Seksyen 23 Enakmen Keluarga Islam (Perak) 2004 bagi memudahkan individu melakukan urusan untuk berpoligami.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Industri, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri Asmuni Awi berkata di bawah peruntukan sedia ada, mahkamah terikat untuk membuat sebarang keputusan selagi isteri pertama tidak hadir ke mahkamah memberikan penjelasan.

“Ada sesetengah isteri setuju benarkan suami berpoligami, tetapi keberatan ke mahkamah.

“Jadi sekiranya keadaan itu (seksyen) dipermudahkan seperti menukar perkataan “hendaklah” menjadi “bolehlah” maka mahkamah boleh guna budi bicara sama ada hendak panggil isteri pertama itu datang atau tidak untuk memudahkan proses poligami berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan laman sesawang mencari jodoh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dan Modul Pemahaman Poligami Negeri Perak di sini hari ini.



Seksyen 23 antaranya menyatakan apabila menerima permohonan poligami, mahkamah hendaklah memanggil pemohon, isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada, bakal isteri, wali kepada bakal isteri, jika ada, dan mana-mana orang lain yang difikirkan boleh memberi keterangan mengenai perkahwinan yang dicadangkan supaya hadir apabila permohonan didengar dalam mahkamah tertutup dan mahkamah boleh memberi kebenaran yang dipohon jika berpuas hati.

Mengenai kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa semalam bahawa kerajaan sedang berusaha menyeragam dan menyelaras undang-undang Syariah di seluruh negara, Asmuni berkata: "Saya tengok tak banyak beza, ada sedikit perbezaan pindaan".

Semalam, Mujahid berkata antara usaha yang sedang dilakukan adalah mengkaji keperluan meminda beberapa undang-undang Syariah yang sedang diguna pakai di negeri-negeri bagi memastikan peruntukan undang-undang sedia ada relevan dengan suasana semasa tanpa mengetepikan hukum syarak dan prinsip-prinsip keadilan.

- Bernama

https://www.malaysiakini.com/news/4..._lC1UwqEVhtoAnDkCRoHQedfq19IKqc2LEQ-EBvSZQ51s
 
'Seronok beraya dengan 4 isteri, 14 anak'

fazildali1_1559805809.jpg


KUALA TERENGGANU: “Memang seronok dapat beraya dengan empat isteri dan 14 anak, dan saya menganggap ia rezeki diberikan Allah SWT.”

Mohd Fazil Mohd Dali, 44, bersyukur menyambut Aidilfitri bersama empat isteri, iaitu Harlinda Suparman, 44; Suhana Mokhtar, 40; Nur Izzati Mad Wazi, 33; dan Khairatul Azwa Khairul Anwar, 36, serta 14 anak berusia antara dua hingga 18 tahun daripada enam perkahwinannya.

Setiap tahun, Mohd Fazil berkata, keluarga besarnya merayakan Hari Lebaran secara beramai-ramai tanpa timbul sebarang masalah.

Beliau berkata, mereka lazimnya berkumpul di rumah isteri pertama pada malam raya untuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri, selain memenuhi amalan akhir Ramadan dengan pengisian keagamaan yang menjadi kunci kebahagiaan.

“Selepas bertakbir raya, kami berkumpul di ruang tamu untuk membaca kitab taalim fadilat amal selama 90 minit sebelum mula membuat persiapan menyambut Aidilfitri dan saling bermaafan,” katanya yang juga pemilik gimnasium ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pandan, di sini.

Mohd Fazil berkata, persiapan wajib seperti baju raya untuk semua isteri dan anak sudah dibuat dari awal Ramadan bagi membolehkan ahli keluarganya memberi tumpuan kepada amalan 10 malam terakhir Ramadan.

“Ramai yang bertanyakan rahsia kebahagiaan saya dan jawapannya ialah bergantung pada sejauh mana amalan serta tanggungjawab ditunaikan sebagai seorang ketua keluarga dan bapa.

“Saya menyatukan semua isteri dan anak bukan melalui kekerasan atau paksaan tetapi secara berhemah serta kasih sayang, selain mengerjakan suruhan Allah SWT dan meninggalkan larangan-Nya.

“Selain solat berjemaah dan membabitkan semua isteri serta anak dengan majlis ilmu agama di masjid, amalan makan di dalam talam dan saling menyuap juga antara rahsia pengikat kasih sayang kami sekeluarga,” katanya.

Setiap tahun, Mohd Fazil berkata, mereka sekeluarga akan beraya di rumah mentua secara bergilir-gilir di Perak, Melaka, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

“Walaupun kami beraya bersama, saya tidak mewajibkan isteri atau anak berpakaian sedondon. Mereka bebas memilih warna mengikut cita rasa masing-masing.

“Biasanya, kami akan berkonvoi ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri sebelum berkunjung ke rumah saudara terdekat selepas bersarapan,” katanya.

Sementara itu, Harlinda berkata, beliau seronok beraya bersama tiga madu dan semua anak, malah mereka saling membantu dalam segala urusan keluarga.

“Setiap anak dilayan sama rata dan isteri juga tiada iri hati terhadap satu sama lain kerana keutamaan kami ialah muafakat, kerjasama dan saling menghormati serta membahagiakan.

“Kami bertuah kerana dianugerahkan seorang suami yang rajin berusaha mencari rezeki untuk keselesaan keluarga, terutama anak, tetapi pada masa sama tidak mengabaikan tanggungjawab mencurah kasih sayang kepada kami,” katanya.

https://www.bharian.com.my/wanita/keluarga/2019/06/571818/seronok-beraya-dengan-4-isteri-14-anak
 
sapa x mau menikah dua.. nak nak dapat yang bini sulung suka bikin problem dan bebai cam palat x tentu hala.. lg la cepat rasa nak ada bini muda..
 
Back
Top
Log in Register