BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fort Cornwallis

king_diamond

Legendary Member
gem
Messages
10,160
Paid Membership
Joined
Sep 3, 2008
Messages
10,160
Reaction score
360
Points
131
120px-Fort_Cornwallis_Penang_Dec-3.jpg
120px-Fort_Cornwallis_Penang_Dec-2.jpg
120px-Fort_Cornwallis_Penang_Dec-1.jpg
120px-Fort_Cornwallis_Penang_Dec_20.jpg
180px-Fort_Cornwallis_Penang_Dec_20.jpg



Kota Cornwallis adalah kota lama berbentuk bintang yang terletak ditimur laut Pulau Pinang. Ia didirikan pada tahun 1786, dan dinamakan sempena Gabenor Jeneral India masa itu. Ia dibina oleh Kapten Francis Light pada mulanya dengan menggunakan kayu nibong tanpa binaan kekal yang melitupi kawasan seluas 417.6 kaki persegi.

Pada tahun 1804, kota ini dibina semula dengan batu-bata dan batu dengan menggunakan tenaga buruh tahanan India semasa perkhidmatan Kolonel R.T. Farquhar sebagai Gabenor Pulau Pinang. Kota Cornwallis siap sepenuhnya pada tahun 1810 semasa perkhidmatan Norman Macalister sebagai Gabenor Pulau Pinang dengan kos sebanyak $80,000. Ia bertujuan bagi mempertahankan kepentingan British dari serangan Perancis.

Kini matlamat utama kota ini adalah sebaliknya, ia kini merupakan tumpuan pelancong utama di Georgetown, Pulau Pinang, Malaysia. Pada masa kini ia memiliki galeri sejarah, dan kedai cendera hati. Di dalam kota itu juga terletak meriam Sri Rambai yang merupakan salah satu meriam yang mashyur yang digunakan oleh Francis Light semasa tempoh pemerintahannya di Pulau Pinang.

Meriam ini pada asalnya adalah kepunyaan Syarikat India Timur Belanda, dan jata syarikat tersebut masih jelas tertera pada meriam Sri Rambai itu

Sungguhpun kota ini pada asalnya dibina bagi kegunaan tentera dan pasukan artileri Diraja, dalam sejarah, fungsinya lebih kepada pentakbiran berbanding pertahanan. Sepanjang sejarahnya, kota ini tidak pernah terbabit dalam sebarang pertempuran. Selain digunakan oleh pasukan artileri Diraja United Kingdom, kota ini pernah diduduki oleh Polis Sikh Negeri-negeri Selat pada tahun 1920s. Kini, ia merupakan salah satu tarikan pelancong utama Pulau Pinang.




maaf gambar kecik, kalau nak tengok yang betul2, sila la berkunjung ke pulau pinang
 
perkongsian yang menarik..thanks TT
 
salah satu bukti penjarahan penjajah Inggeris terhadap bumi Kedah dan Pulau Pinang. Banyak peristiwa pahit serta penghinaan terhadap umat Islam di Kedah di sebalik kesan peninggalan penjajah tersebut.

Perpecahan negeri Kedah kepada Pulau Pinang, Perlis dan Satun yang serah kepada Siam.

Pakatan Inggeris-Siam dalam menghancurkan bumi Kedah dan banyak lagi....
 
salah satu bukti penjarahan penjajah Inggeris terhadap bumi Kedah dan Pulau Pinang. Banyak peristiwa pahit serta penghinaan terhadap umat Islam di Kedah di sebalik kesan peninggalan penjajah tersebut.

Perpecahan negeri Kedah kepada Pulau Pinang, Perlis dan Satun yang serah kepada Siam.

Pakatan Inggeris-Siam dalam menghancurkan bumi Kedah dan banyak lagi....

Itulah, memang pahit sungguh kenangan lalu... terasa sehingga kehari ini... kerana kuman-kumannya masih ada...
 
kenapa sumber2 sejarah empayar srivijaya,langkasuka dan kedah tua jarang kita dapat yer?

semua sejarah yg kita dapat dari permulaan kota melaka jer...
 
Back
Top
Log in Register