BTC USD 75,703.4 Gold USD 4,329.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fort Cornwallis

Kalau dulu pernah digunakan untuk pertahanan perang, sekarang mesti port tu akan berhantu. :D
 
salah satu bukti penjarahan penjajah Inggeris terhadap bumi Kedah dan Pulau Pinang. Banyak peristiwa pahit serta penghinaan terhadap umat Islam di Kedah di sebalik kesan peninggalan penjajah tersebut.

Perpecahan negeri Kedah kepada Pulau Pinang, Perlis dan Satun yang serah kepada Siam.

Pakatan Inggeris-Siam dalam menghancurkan bumi Kedah dan banyak lagi....

Seberang Perai yang asalnya dalam wilayah Kedah diserahkan kepada British menjadi wilayah Pulau Pinang seperti sekarang.
Perlis pula asalnya dalam wilayah Kedah, kemudian diambil oleh Siam sebagai tanah jajahan, kemudian diserahkan semula kepada British.
 
yg aku tahu...
kat penang ade Muzium perang...
mmg meremang bulu masuk situ...woihh...
 
9 peluru lebih 200 tahun dijumpai di kubu George Town

20180220SZ4.jpg

Dua meriam sepanjang 2.35 meter dan 2.2 meter dibongkar berhampiran Padang Kota Lama di bahagian barat kota itu. — Foto oleh Sayuti Zainuddin


GEORGE TOWN, 4 Mac — Ahli arkeologi Universiti Sains Malaysia (USM) menjumpai sembilan butir peluru meriam di tapak arkeologi Fort Cornwallis, di sini.

Noridayu Bakry berkata sembilan butir peluru itu bagaimanapun bukan milik dua meriam yang ditemui pada 19 Februari lalu.

“Semua sembilan butir peluru meriam ini ditemui secara berperingkat iaitu antara 26 hingga 28 Februari lalu dan saiznya juga lebih kecil iaitu antara 6 sentimenter (cm) hingga 3 cm sahaja.

“Sembilan butir peluru meriam ini juga dipercayai berusia sekurang-kurangnya 200 tahun dan ia akan dibawa ke USM bagi tujuan mengesan lebih banyak data dan maklumat,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Dua meriam berkembar dipercayai berusia lebih 200 tahun ditemui di tapak ekskavasi sama, di Fort Cornwallis di sini bulan lepas.

Meriam berkenaan dipercayai digunakan pada era pemerintahan King George III.





sumber: http://www.themalaymailonline.com/p...umpai-di-kubu-george-town#Ys8zujH3ZrAGAujo.99


.
 
Sejarah kedah tua dikaburkan sebabnye kedah tua antara empayar islam terbesar zaman tu. Cuba cek nama2 tempat kat kedah. Dan kenapa hukum tubuh negeri kedah diharamkan penerbitannya.
 
Back
Top
Log in Register