Bagus thread ini.
Ini antara point yg perlu dipertimbangkan:
-Elakkan mendapatkan personal coaching secara online dgn individu yg tdk pernah kita face to face secara live.
-Jika ingin mencari guru jumpa dulu secara live dan nilai gaya dan attitute beliau. Lihat perwatakannya dan gaya percakapan. Biasanya jika org itu terlalu bercakap besar dan cerita berapi2 belum tentu org itu boleh menjadi guru forex yg baik bagi kita. Carilah guru yg ikhlas dan sudah tentu kita boleh nampak keikhlasannya dgn cara beliau itu.
-Jangan mudah terpengaruh dgn statement atau cerita org lain, do your own research first.
-Jangan pernah meminta org lain manage akaun anda. Better trade at your own risk.
-Elakkan membeli EA yg digembar gemburkan oleh sesetengah pihak kerana EA tersebut belum tentu membuahkan hasil seperti yg diharapkan. Lakukan perbincangan diforum dahulu dan minta pandangan pada sesiapa yg menggunakannya. Pandangan yg patut dipertimbangkan ialah dari member forum yg berpengalaman dan tdk ada kepentingan sesuatu terhadap EA itu.
so ada lagi pendapat sila continue perbincangan...
-----------------------
Setuju sangat.
Sy nk kongsi penglman. Masa tu sy blum join CG lg. Blum register wp slalu jg curi2 masuk.
Ceritanya mcm ni.
Sy pnah kenal secara online dgn seorang trader ni. Sifu kononnya.. Pelawa sy kursus forex secara online. Melalui YM. Yurannya tak la mahal.
Mula2 tu, sy tak berminat. Tp sbb slalu sgt dia YM, sy setuju. Mula2 dia cakap, sy akan diajar sampai bila2, sampai pandai (amboi, manis janji tu... jaminan sepanjang hayat). Sekali bayar yuran, servis seumur hidup.
Kmudian, sy pun mula la kursus. Dlm 2 jam. Ada la dia bg ebook. Kemudian kursus terhenti. Dia sibuk pi sana pi sini buat kursus. Semuanya oversea. Dia janji nk sambung. Seblm sambung, dia slalu duk tanya, ada ke kwn2 lain yg nk belajar lg. Amboi, sy pn blum habis diajar, baru satu sesi, dh sibuk cari org lain.
Kemudian yg menariknya, sy kena lafaz ikrar / akujanji yg sy tak akan, tak boleh, tak dibenarkan ajar org lain kecuali anak isteri saja. Wow, baik punya ilmu ni.
Lg satu yg lawak, sifu ni akan bg signal melalui YM. Cthnya, Buy GJ sekrg, Buy kaw2.. Kemudian, bila trend GJ jd sell, dia akan offline YM... aduhai sifu, kami tahu la, sifu tak selalu betul. Jgn la offline YM. Kmudian lg, katalah trend td tiba2 jd buy balik, maka YM dia akan online.



Kdg2, sampai 3 4 kali YM dia on off....
Entahlah.. kursus sy tu cuma jd satu sesi je la nampaknya. Dua jam je. Sy tak kisah pn. Sy faham. Sifu sibuk.
Tp yg paling sy risau, akujanji tu... tak boleh langgar tu... hehehehe
Nak sambung sikit lg, sejak join CG bulan Mei lepas, sy slalu explore forum demi forum. Laaa... akhirnya sy jumpa teknik sifu internasional sy tu dlm salah satu thread di CG... TT tu ajar free je. Tak ada akujanji pn. Ok la tu, walaupun tiada jaminan sepanjang hayat spt yg sifu internasional sy tu janjikan..
(alahai sifu... sifuuuu)