BTC USD 62,807.3 Gold USD 4,464.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

FOREX: Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar US

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
KUALA LUMPUR, 11 Ogos -- Nilai ringgit terus meningkat berbanding dolar US berikutan ketidakstabilan di segi pertumbuhan Amerika Syarikat (AS) serta kebimbangan mengenai hutang euro, kata para peniaga.

Sehingga jam 5 petang, ringgit meningkat kepada 2.9950/9980 bagi setiap dolar US berbanding 3.0050/0080 semalam.

Seorang peniaga berkata para pedagang masih bimbang mengenai reaksi Eropah terhadap krisis hutang berdaulat yang akan mengancam sistem perbankannya dan melimpah ke sektor kewangan AS.

Ringgit juga diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama yang lain.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.4742/4796 daripada 2.4792/4827 Rabu dan meningkat berbanding yen kepada 3.9120/9164 daripada 3.9209/9264 sebelum ini.

Berbanding pound British, ia meningkat kepada 4.8450/8508 daripada 4.8804/8868 pada Rabu dan meningkat berbanding euro kepada 4.2676/2733 daripada 4.3167/3216 Rabu.
 
masak import export.tp hidup zaman rate kena pegg 3.7 dulu lg selesa berbanding sekarang kot.
 
aduss.. sedih macam ni. transfer duit jadi sikit jela nanti.
 
Back
Top
Log in Register