BTC USD 63,485.5 Gold USD 4,339.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ford Focus 2.0 TDCi

abang kassim hensem punyer citer ni sama mcm citer salesman auto lumina bagitau kat saya..ntah2 org yg dia bagitau tuh abang kassim kot
 
Tadi den konfirmkan dgn SDAC... TDCi ada dalam 3 ke 4 unit lagi masih available.

Ada member pakai... dia buat:

1) Ubah hose air intake pipe ke atas (free of charge cuma pakai screw driver saja).
2) Mountune Air Box (RM 700)
3) K&N Air Filter (RM 300)
4) Exhaust (RM1,500)
5) Remap (RM 2,800) - ini kunci performance untuk kereta ini.

Kos total RM 5,300.

Spec asal 130HP / 320Nm naik jadi 200HP / 402Nm on wheel.

Dengan Sciroco R pun boleh main. Kalau setakat FD2R / DC5 Type R / Mazda RX-8 memang tak dapat kejar langsung Ford Focus TDCi remapped. Kalau stock vs stock boleh main on-par sampai speed 180km/h (tried and tested).

Kelebihan Ford Focus TDCi adalah sebab engine Duratorq dia pakai turbo.. banyak parameter boleh ubah semasa remap sebab itu gain daripada remap sangat tinggi.

Asalkan maintain dan dapatkan aliran udara stabil yg cukup byk.

Cuma masa aku beli mmg aku tgk torque tinggi... tapi aku x ada pun tahu yg kereta ini sebenarnya performance car spec.

Tujuan asal nak berulang malam-malam tertentu setiap minggu ke KL - JB.

So nak cari kereta yang selesa. FD2R masuk dalam cadangan nak ambil sbb price yang tak jauh lari dari Focus TDCi ni dulu (beza RM 20k).. nyaris nak ambil FD2R atau RX-8 tapi lepas tu ubah fikiran sbb nak penjimatan minyak yang TDCi offer.

Lepas dah bawak baru aku tau rupanya kereta nih speed demon jugak (pada kadar minyak 6 liter / 100km.. mana nak dapat mcm ni dgn kereta lain yg ada performance on par dgn FD2R ke atas??)

Sekarang aku berani cakap... aku dah main dan cuba banyak kereta semenjak zaman dapat lesen dulu... era Internet Marketing / MLM dulu sampai sekarang. Dan dari dulu sampai sekarang inilah dia kereta paling aku puas hati pakai walaupun asalnya aku x tahu pun yg kereta ini sebenarnya mcm ini.

1) Minyak sangat jimat. B0 (pure diesel) boleh dapat 1,000km lebih kurang (harga dlm RM 60 - RM 70 jer full tank). B5 (bio-diesel) boleh dapat sampai 650km - 700km per full tank.

2) Performance torque yang monstrous. Even stock standard pun langsung tak ada masalah nak keep up dan cucuk angin FD2R. Kelemahan pada HP (130HP sahaja) tapi aku sendiri try... kelemahan HP ni hanya ketara pada speed 180km/h. Pada sesetengah orang mungkin speed 180km/h penting tapi lebuhraya Malaysia ni berapa lama sangat nak duduk stay 180km/h? Mesti brake punya lah kat depan.

3) Handling sedap. Layan korner on the way naik Cameron Highlands langsung tak rasa goyah.

4) SELESA. 2.0 engine.. seat leather. Ruang cabin cukup luas dan selesa untuk perjalanan jauh.

Soo TT.. kalau rasa ada berkenan... try la tanya SDAC boleh secure tak sebijik lagi TDCi? Sepatutnya SDAC Petaling Jaya masih ada a couple few unit sementara nak tunggu new Focus ni.

abg kassim mmg rawksss.....terbaik la explaination nya....:)cgrock:)cgrock
 
abang kassim hensem punyer citer ni sama mcm citer salesman auto lumina bagitau kat saya..ntah2 org yg dia bagitau tuh abang kassim kot

cerita mana?

den x penah pegi sana pun.

Selalu deal dgn SDAC PJ jer...
 
dgr cite yang model ford focus ni boleh auto parking kan?mcmana dia berfungsi dan mmg berguna ke?sdg berfikir utk belikan adik yg sdg study...masih berfikir samada ford focus/polo/civic hybrid atau vios je.harap dpt penerangan dr yang pakar ttg ford focus.

*sorry..yg aku maksudkan ialah ford fiesta dan bukannya ford focus..sebarang typo dikesali..
 
Last edited:
adik aku pakai focus tdci ni. kesimpulan dia... tarbaekkk
 
dgr cite yang model ford focus ni boleh auto parking kan?mcmana dia berfungsi dan mmg berguna ke?sdg berfikir utk belikan adik yg sdg study...masih berfikir samada ford focus/polo/civic hybrid atau vios je.harap dpt penerangan dr yang pakar ttg ford focus.

*sorry..yg aku maksudkan ialah ford fiesta dan bukannya ford focus..sebarang typo dikesali..

bertuah btl adik bro...:D
 
hi abang.. chak chak..
adik pun nak keter sebijik dari abg jugak.
tak dapat ford focus, myvi pun adik ok je :D
 
ganas upenye ford ni. Tp malangnya malaysian terlalu taboo terhadap toyoda n hando..
 
dgr cite yang model ford focus ni boleh auto parking kan?mcmana dia berfungsi dan mmg berguna ke?sdg berfikir utk belikan adik yg sdg study...masih berfikir samada ford focus/polo/civic hybrid atau vios je.harap dpt penerangan dr yang pakar ttg ford focus.

*sorry..yg aku maksudkan ialah ford fiesta dan bukannya ford focus..sebarang typo dikesali..

Yup ford focus ada auto park assist cam dlm video "malaysian driver"?. Atau boleh tgh sini demo auto park assist:

Back
Top
Log in Register