BTC USD 63,592.8 Gold USD 4,461.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fobia Menaiki Bas Ekspres

highway

Active+ Member
Messages
4,418
Joined
Oct 17, 2009
Messages
4,418
Reaction score
298
Points
46
BUKIT MERTAJAM – Seorang pelajar sebuah kolej di Kuala Lumpur fobia untuk menaiki bas ekspres yang mempunyai tempat duduk berkembar berikutan insiden diraba ketika menaiki bas, 3 September lalu.

Mangsa yang berusia 19 tahun itu berkata, kejadian berlaku sekitar jam 8 malam ketika dia dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur menuju ke terminal bas Butterworth.

Menurutnya, ketika menaiki bas terdapat seorang lelaki berusia 48 tahun duduk di sebelahnya dan pada mulanya berkelakuan seperti biasa.

“Sebenarnya saya membeli tiket bas untuk satu tempat duduk, bukannya tempat duduk berkembar. Tetapi, apa yang terjadi adalah bas berkenaan ditukar dengan bas lain dan tiada satu tempat duduk, semuanya tempat duduk berkembar.

“Mahu tidak mahu, saya terpaksa juga naik kerana sudah membeli tiket. Ketika bas sedang bergerak, saya tertidur. Ketika itulah lelaki berkenaan meletakkan tangannya di atas paha saya. Pada mulanya, saya sangka dia tidak sengaja, tetapi selepas itu dia letakkan tangannya di perut saya pula,” katanya ketika ditemui di Pejabat Biro Perkhidmatan Awam dan Pengaduan MCA Negeri, di sini.

Mangsa yang tinggal di Taman Sukun, di sini berkata, dia masih berdiam diri dan berpura-pura tidur untuk melihat apa yang hendak dilakukan seterusnya oleh lelaki berkenaan.

Menurutnya, lelaki itu kemudiannya meraba tangannya dan mula hendak memegang payudaranya.

Merasakan sesuatu tidak kena, dia lantas menepis sekuatnya tangan lelaki itu dan menjerit hingga mengejutkan penumpang lain yang berada di dalam bas itu.

Menurutnya, dia kemudiannya berlari ke tempat pemandu bas dan memintanya memberhentikan kenderaan, tetapi pemandu itu tidak mempedulikan rayuannya.

Menurutnya, pemandu hanya memberhentikan bas setelah lebih lima kali dia merayu dan berhenti di stesen Petornas Simpang Pulai, Perak.

“Lelaki yang meraba saya itu takut dan meminta supaya saya tidak membuat laporan polis terhadapnya, tetapi seorang penumpang yang turut berada di dalam bas yang juga merupakan seorang peguam menelefon polis dan tiba tidak berapa lama kemudian.

“Lelaki itu ditahan untuk siasatan dan saya meneruskan perjalanan hingga ke Butterworth. Ia merupakan pengalaman pertama saya berhadapan situasi sedemikian. Kini saya fobia untuk menaiki bas dan selepas ini tidak mahu lagi duduk di kerusi berkembar,” katanya
 
lmbt bgtau...kalau tau mahu jer nk boh penampaq jer org tua tk sedar diri tu..kuang ajaq..ajak org ramai pakat raba anak bini hang br hang tau..:mad::mad::mad:
 
patut kena tinggal kat tgh highway je
 
mintak jauhlah ngan orang2 gni .....
 
ikat jer kat belakang bas tu...pas tu jalan laju laju..baru padan muka dia..
 
saya pun dah lama tak naik bas ekspress....
fobia punya pasal...
 
Back
Top
Log in Register