BTC USD 83,427.8 Gold USD 4,174.07
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fitnah...bahaya & dosa

Status
Not open for further replies.
aduh aku pun sama terjebak niii....bantulah aku, tunjukkan aku jalan kebenaran :((:((:((

nak wat camne beb...dah knock out ni aku rase...

tu yg kau dicop pelawak plak sekarang...
die tak mau ikut nasihat kau qiq..
kan kau ckp baik2 post, nanti makan diri..
ha ni lah die...

takpe qiq..
kau maafakan die qiq....
aku dah maafkan die....
tapi die kate....



Tak perlu kemaafan dari orang seperti kamu !

maybe org seperti kau die maafkan...

arini die tak pm geng2 die ke ek?
 
up.......fitnah....

tuan nak tambah kuantiti posting tuan ker?

takut2 nanti langsung tak leh nak posting.

Saya nasihatkan tuan relekslah, kalau tuan tak puas hati ker apa2

ker, tuan boleh personal chat atau ym jer senang ngan mamaat tuu..
 
tuan nak tambah kuantiti posting tuan ker?

takut2 nanti langsung tak leh nak posting.

Saya nasihatkan tuan relekslah, kalau tuan tak puas hati ker apa2

ker, tuan boleh personal chat atau ym jer senang ngan mamaat tuu..

lawak lagi :eek:
 
Bismihi Ta`ala...Fitnah dalam ertikata yang kita orang melayu fahami adalah menyebarkan atau mengada-adakan berita yang palsu atas tujuan tertentu.

Hakikatnya, maksud sebenar Fitnah bukan begitu. Fitnah bermaksud ujian, azab dan bala`. Tapi oleh kerana Fitnah sudah menjadi `Uruf (kebiasaan) orang melayu sebagai penunjuk kepada berita palsu maka ia tak mengapa.

Saya cuma memberi pendapat. Oleh kerana TT kita cuba mengajak kita menyungkil dosa "Fitnah" maka saya nak menjadi rakan kongsi pahala tersebut. Secara ringkas

Menyebarkan sesuatu berita perlu dilihat dari 2 sudut

1. Jika benar berita tersebut maka kita perlu lihat lagi kepada:

(a) Tujuan dan niat pembawa berita.

- Jika baik niatnya seperti menyebarkan kebaikan atau merapatkan silatur rahim atau seumpamanya maka itu jelas digalakkan oleh islam meskipun isinya bohong dengan syarat mencapai maksud. Orang melayu panggil bohong sunat..:)Sabda Nabi yang diriwayatkan oleh Ummu Kalsum berkata:

ما سمعت رسول الله يرخص فى شيئ من الكذب الا فى ثلاث: الرجل يقول القول يريد به الاصلاح والرجل يقول القول فى الحرب والرجل يحدث امراته والمراة تحدث زوجها​

"Tidak aku mendengar dari Nabi dalam mengizinkan berbohong melainkan pada 3 keadaan iaitu seseorang yang berbohong kerana mahukan pendamaian, seseorang yang berbohong dalam peperangan dan suami berkata (memujuk) isterinya atau isteri berkata (memujuk) suaminya" (Shahih Muslim)

Begitu jugaklah dengan berbohong kerana mendamaikan pasangan suami isteri dan lain2.

- Jika niatnya buruk seperti sengaja menghina, mencari salah orang lain, sengaja membongkar keburukan orang dan seumpamanya, maka itu dinamakan samada Hiqd, Kazzab, Namimah, Ghibah.

Hiqd: Hasad dengki. Kesannya ibarat membotakkan agama. Sabda Nabi:

دب بينكم داء الأمم قبلكم الحسد والبغضاء هي الحالقة, لا أقول الحالقة التي تحلق الشعر وإنما الحالقة التي تحلق الدين
​
"Telah menular diantara kamu penyakit umat2 sebelum kamu iatu Dengki dan permusuhan. Ia (penyakit) yang membotakkan. Aku tidak bermaksud pembotak seperti kamu membotakkan kepala, tetapi ia pembotak yang membotakkan agama" (Sunan Tirmidzi)

Kazzab: Bohong yang merosakkan hubungan dan perpaduan, maka kesannya adalah dicop sebagai Pendusta dan tempatnya di neraka. Sabda Nabi:

ان الكذب يهدي الى الفجور وان الفجور يهدي الى النار وان الرجل ليكذب حتى يكتب عند الله كذابا​

"Sesungguhnya berbohong akan membawa kepada pencabulan (maksiat), dan pencabulan (maksiat) akan membawa kepada neraka. dan seseorang yang suka berbohong kelak di sisi Allah akan di copkan sebagai Pendusta" (Bukhari & Muslim)

Namimah: Menghasut. Membongkar rahsia orang yang tidak disukainya. Kesannya akan jatuh fasiq jika berita tersebut tidak benar. Kesan dari Namimah juga akan menyebabkan hasutan ke atas individu lain. Disebabkan itu Allah berfirman:

يا ايها الذين آمنوا إن جآءكم فاسق بنباء فتبينوا​

"Wahai orang2 yang beriman,apabila datang kepadamu seorang fasiq mebawa khabar berita, maka siasatlah (terlebih) dahulu kebenarannya" (Al-Hujurat: 6)

Orang yang suka mengumpat tidak akan masuk ke syurga Allah berdasarkan hadits Nabi s.a.w"

لا يدخل الجنة نمام
​

"Tidak akan masuk ke syurga orang yang mengumpat" (Bukhari&Muslim)

Ghibah: Mengumpat. Menceritakan sesuatu yang buruk2 tentang orang lain. Allah menibaratkan sikap ini seperti memakan daging bangkai saudaranya sendiri. Firman Allah:

ولا يغتب بعضكم بعضا ايحب أن يأكل لحم أخيه ميتا فكرهتموه
​

"Janganlah kamu saling umpat mengumpat diantara sesama sendiri. Apakah kamu suka memakan daging saudara kamu yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik." (Al-Hujurat: 12)

Wallahu A`lam...

***Mungkin banyak lagi yang boleh disentuh di sini, tapi ditakuti takde yang mahu membacanya kerana "panjang sangat"..tipikal orang malaysia...:)
 
Last edited:
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register