BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

FINAS Di Fasa Akhir Rangka Skim Wajib Tayang 3.0, Tangani Isu Industri Pawagam

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

FINAS Di Fasa Akhir Rangka Skim Wajib Tayang 3.0, Tangani Isu Industri Pawagam​

6c2e8ed2ee8478574bcf90035a7e6ae168dbd754ecd78

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Azmir Saifuddin Mutalib ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaian Insentif Tayangan Filem Cereka (ITFC 2.0) Bil. 2/2025 di FINAS, Hulu Kelang, hari ini. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sedang berada di fasa akhir untuk memperkenalkan Skim Wajib Tayang 3.0 yang lebih dinamik bagi mengimbangi keperluan tayangan filem komersial dan filem festival di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif FINAS Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata draf dasar baharu itu kini dalam rangka akhir untuk dibentangkan kepada Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil bagi mendapatkan kelulusan, selain memastikan ia tidak menjejaskan perniagaan pengusaha pawagam.

"Kita sudah mengadakan beberapa siri perbincangan bersama pengusaha pawagam dan Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM).

“Polisi baharu ini akan selari dengan peraturan-peraturan di bawah Akta FINAS yang dijangka diperkenalkan tahun ini," katanya kepada Bernama selepas menghadiri mesyuarat yang dipengerusikan Fahmi bersama ketua-ketua pegawai eksekutif pawagam Malaysia di Menara Maxis, di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, Pengerusi FINAS Datuk Hans Isaac serta Pengerusi Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) Datuk Afdlin Shauki.

Mengulas mengenai prestasi industri pawagam, Azmir Saifuddin berkata terdapat jurang perbezaan yang ketara antara prestasi kutipan filem tempatan dengan jumlah kemasukan penonton ke pawagam secara keseluruhan.

Katanya, walaupun industri mencatatkan prestasi membanggakan apabila lima hingga enam filem tempatan berjaya meraih kutipan pecah panggung (box office) melebihi RM10 juta tahun ini, namun sektor perniagaan pawagam secara amnya masih berdepan cabaran kelangsungan selepas pasca-pandemik COVID-19.

“Terdapat pengusaha masih bergelut untuk melunaskan beban pinjaman yang diambil bagi mengekalkan operasi syarikat. Data daripada pihak pawagam menunjukkan trend penurunan penonton sekitar 16 peratus bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas.

“Antara faktor penyumbang adalah persaingan daripada platform penstriman digital serta tekanan situasi ekonomi semasa," katanya.

 
Back
Top
Log in Register