BTC USD 85,533.8 Gold USD 4,131.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fikir, Zikir dan Doa

Keluarkan kebesaran makhluk dari dalam hati, masukkan kebesaran Allah ke dalam hati. Fikir kebesaran Allah, lihat kebesaran Allah, dengar kebesaran Allah, cakap kebesaran Allah. Duduk dalam majlis-majlis yang bercakap tentang kebesaran Allah.

Duduk dalam masjid, fikir bagaimana semua lelaki akil baligh di marhalah ni dapat solat berjemaah 5 waktu. Bagaimana setiap perempuan akil baligh di marhalah ni dapat tutup aurat dengan sempurna.
 
Last edited:
Amalan berdoa tak semestinya memohon hajat tertentu tetapi berdoa perintah Allah dan sunnah Nabi SAW. Berdoa mengelakkan sifat takabbur. Orang yang tak berdoa ialah orang yang takabbur.

Allah faham semua bahasa makhluknya yang berdoa. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya. Berdoa tak susah. Asalkan bukan untuk kebinasaan. Untuk makbulkan doa hak Allah. Allah makbulkan apa didoakan, tangguhkan atau gantikan dengan yang lebih baik.

Allah Maha Besar, sebesar-besarnya tiada had dan tiada batasan. Saya dan tuan-tuan makhluk Maha Kecil, sekecil-kecilnya tiada had dan tiada batasan.
 
Sesetengah orang seakan-akan meletakkan keterbatasannya sebagai makhluk juga sebagai keterbatasan Allah apabila memahami Al-Quran. Seakan-akan Allah juga kecil seperti mereka. Al-Quran ialah firman Allah dengan segala kesempurnaan sifat Allah yang memiliki Arasy, tidaklah sama dengan yang memahami Al-Quran dengan segala kelemahan.

Allahua'lam.
 
Berdoa dengan susunan makna yang tidak berapa tepat juga ada baiknya, kerana bersama-sama doa ada pengharapan disandarkan kepada Allah agar memahami doa yang di pohon, lebih dari yang memohon.
 
Allah mengetahui kehendakNya lebih dari yang mampu diketahui oleh makhlukNya. Makhluk hanya mampu faham dari sisi makhluk itu sendiri, sedangkan dari sisi Allah itu lebih baik dan hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Allahua'lam.
 
Adab berdoa yang dianjurkan ulama ialah seperti berikut:

Puji-pujian kepada Allah, Selawat Dan Salam ke atas Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat Baginda, doa-doa, doa kebaikan di dunia dan di akhirat, Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat Baginda, puji-pujian kepada Allah.

Bukan kesempurnaan adab, hanya dari segi susunan.
Semua lebih maklum, sekadar berpesan-pesan.

Allahua'lam.
 
Last edited:
Khuruj 3 hari bulan ini.

Tarikh: 19-22 Mei 2017
Masa: 8 pagi Jumaat- 8 pagi Isnin
Tempat: Gua Musang penempatan orang asli
Kenderaan: 4 buah 4x4
Kekuatan: 14 orang
Keterlibatan: Bersama-sama Perkim
Tempat berkumpul: Madrasah Dusun Raja

Tertakluk kepada perubahan.
 
Last edited:
Ada kawan TT dia cerita, dia dulu benci abang dia 'tabligh'. Dia komen dan kritik. Tapi akhirnya dia diberi hidayat dan ikut apa abang dia buat.

Kumpulan 'Tabligh' memang di jadikan Allah untuk dikritik, fikir saya.
 
Saya fikir tentang penyakit hati atau syirik kecil. Salah satu tanda seseorang tu ada tanda penyakit hati ialah apabila seseorang yang lain memuji. Memuji banyak cara penzahirannya. Bila fikir-fikir lagi untuk selamat dari penyakit hati, imej mesti busuk, kotor, tak hemsem, tak berpitis, tak pandai, tak kemas, tak berilmu, rendah. Sekalipun berdosa tetapi masih boleh diampuni.

Ya Allah...
 
Last edited:
Moga-moga Allah beri kefahaman kepada insan-insan, ibu-ibu, ayah-ayah, guru-guru, cikgu-cikgu, pemerintah-pemerintah Islam di seluruh alam terutama kepada saya yang kerdil ini.
 
Back
Top
Log in Register