BTC USD 63,425.3 Gold USD 4,334.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fikir, Zikir dan Doa

Apabila satu orang mengajak seseorang yang sedang melakukan sesuatu yang sia-sia kepada suatu kebaikan, maka dia telah mengajak kepada kebaikan dan pada masa yang sama mencegah kemungkaran.

Apabila satu orang mengajak seseorang kepada solat berjemaah, maka dia telah melakukan amal makruf dan nahi mungkar.

Dakwah atau mengajak kepada kebaikan secara khusus atau umum ialah amal makruf dan nahi mungkar.
 
Last edited:
Kalau beriltizam untuk dakwah, kali ni aku nak dakwah satu ayat. Nak dakwah pasal apa ya? Hari2 orang kena solat, dakwah pasal solat la. Macam mana nak dakwah orang kepada solat? Dakwah ertinya mengajak. Mengajak secara tersurat diungkapkan dengan perkataan "Mari". Dakwah kepada solat jadi "Mari solat". Thread Fikir, Zikir dan Doa dibuka untuk sesiapa sahaja. Aku fikir untuk dakwah. Maka thread tu untuk aku. Masuk thread tu, bukan new post window, taip sahaja, "Mari solat" dan submit. Tertunailah satu niat dakwah kerana Allah.
 
Last edited:
Beberapa bulan lepas saya keluar 3 hari ke Cameron Highlands satu jemaah dari Kelantan. Salah seorang ahli jemaah ialah muallaf. Beliau meminta kebenaran amir jemaah untuk dakwah orang bukan Islam. Amir jemaah kata, ulama berpendapat keutamaan dakwah kepada orang Islam dulu. Ramai lagi orang Islam yang tak mengikut ajaran ugama, bagaimana nak ajak orang bukan Islam. Tapi kalau dia nak teruskan juga terpulanglah.

Fikir saya, yang dirisaukan ulama ialah apabila tumpuan usaha diberikan kepada pertambahan bilangan orang Islam, sedangkan kerosakan di kalangan orang Islam tidak diperbaiki, mengakibatkan kerosakan dalam ugama semakin menular kepada lebih ramai orang Islam.
 
Last edited:
Beberapa bulan lepas saya keluar 3 hari ke Cameron Highlands satu jemaah dari Kelantan. Salah seorang ahli jemaah ialah muallaf. Beliau meminta kebenaran amir jemaah untuk dakwah orang bukan Islam. Amir jemaah kata, ulama berpendapat keutamaan ialah kepada orang Islam dulu. Ramai lagi orang Islam yang tak mengikut ajaran ugama, bagaimana nak ajak orang bukan Islam. Tapi kalau dia nak teruskan juga terpulanglah.

Fikir saya, yang dirisaukan ulama ialah apabila tumpuan usaha diberikan kepada pertambahan bilangan orang Islam, sedangkan kerosakan di kalangan orang Islam tidak diperbaiki, mengakibatkan kerosakan dalam ugama semakin menular kepada lebih ramai orang Islam.

Sokong yang ni tuan.....kita sibuk nk cari pahala mengislamkan org bukan islam....saya ada tgk satu video sorang pendakwah terkenal yg mengislamkan org bukan islam...keutamaan dia hanya utk bukan islam..bila ada org islam nk bertanya mengenai sesuatu dia boleh sound mcm ni "pls give priority to non muslim 1st" maka berubahlah muka si muslim yg ingin bertanya tadi.seolah olah hak nya di ragut utk mendalami islamnya..bagi pendakwah tersebut "pahala" mengislamkan lebih besar dari memberi ilmu kepada saudara seislamnya......sepatut nya kita bantu sedara kita dulu..pahala tu tetap ALLAH bagi....
 
Hakikatnya usaha tiada apa-apa. Tak boleh bagi manfaat tak boleh bagi mudarat. Tak boleh bagi sesiapa hidayat. Tak boleh perbaiki sesiapa.

Tetapi usaha perintah Allah sunnah Nabi SAW. Dakwah syarat kabul doa sepertimana disabdakan Nabi SAW.
 
Fikir sebaik-baiknya tertumpu kepada perkara baik-baik sahaja. Fikir yang baik-baik, sangkaan yang baik-baik, percakapan yang baik-baik, kelakuan yang baik-baik. "Sebaik-baik kurun ialah kurunku", sabda Nabi SAW. Berilah tumpuan hati kepada kurun Baginda SAW dalam erti kehidupan Nabi SAW dan para sahabat.
 
Last edited:
Syirik dikatakan secara amnya ialah peraturan-peraturan dunia. Peraturan-peraturan dunia di sini maksudnya mempercayai makhluk boleh bagi manfaat boleh bagi mudarat.
 
Kalau percaya nak kabul doa kena dakwah. Itu bukan syirik kerana syarat itu ditetapkan oleh Allah, disabdakan oleh Nabi SAW.

Kalau silap tolong sesiapa perbetulkan.
 
Kalau percaya nak lintas Titian siratul mustaqim sepantas kilat kena jaga solat. Juga bukan syirik tetapi iman.
 
Kalau dakwah syarat kabul doa bererti tak semestinya dakwah orang Islam sahaja, dakwah orang tak Islam pun dakwah juga. Cumanya lebih selamat kalau dakwah orang Islam, doa untuk semua. Nabi SAW menasihatkan sahabat merahsiakan keislaman mereka walaupun ada sahabat yang mengisytiharkan keislaman mereka. Nabi SAW juga berhati-hati memikirkan keselamatan sahabat.

Allahua'lam.
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register