BTC USD 62,866.7 Gold USD 4,317.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fikir, Zikir dan Doa

Nabi SAW telah berdoa kepada Allah agar Sayyidina Umar RA atau seorang yang lain Allah terima masuk ke dalam Islam. Allah telah terima Sayyidina Umar RA masuk Islam. Doa agar seseorang masuk Islam sunnah Nabi SAW. Mari berdoa agar satu orang masuk Islam hari ini.

Ya Allah, pilihlah seorang dari kalangan orang kafir masuk Islam hari ini.

Atau dengan cara yang lain.
 
Disebabkan orang munafik lebih berbahaya kepada ugama berbanding orang kafir, doa juga untuk orang munafik. Boleh jadi lebih utama dari doa agar orang kafir masuk Islam.

Ya Allah, Engkau pilihlah seorang dari kalangan orang Islam yang munafik bertaubat dengan taubat nasuha hari ini.
 
Last edited:

Ada ke orang islam yang munafik tuan?

Pada saya, kalau orang tu islam, islamlah dia. Takdenya islam yang munafik.
 
(Orang-orang munafik itu) sama sahaja engkau meminta ampun untuk mereka atau engkau tidak meminta ampun bagi mereka. Jika engkau (wahai Muhammad) meminta ampun bagi mereka tujuh puluh kali (sekalipun) maka Allah tidak sekali-kali mengampunkan mereka; yang demikian itu, kerana mereka telah kufur kepada Allah dan RasulNya; dan Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik.
(At-Taubah 9:80)
 
Ada ke orang islam yang munafik tuan?

Pada saya, kalau orang tu islam, islamlah dia. Takdenya islam yang munafik.

Dan janganlah engkau sembahyangkan seorang pun yang mati dari orang-orang munafik itu selama-lamanya, dan janganlah engkau berada di (tepi) kuburnya, kerana sesungguhnya mereka telah kufur kepada Allah dan RasulNya, dan mereka mati sedang mereka dalam keadaan fasik (derhaka).
(At-Taubah 9:84)
 
Pilihkan satu orang Islam yang munafik bertaubat dengan taubat nasuha hari ini ya Allah

Pilihkan satu orang kafir masuk Islam hari ini ya Allah

LA ILAHA ILLALLAH
Hidupkan kami dengan kalimah itu ya Allah
Matikan kami dengan kalimah itu ya Allah
Bangkitkan kami nanti dengan kalimah itu ya Allah
 
Selepas mengirim doa semalam dengan ayat yang tersebut, terdapat perubahan baik ke atas saya. Maka saya ulangi lagi. Perubahan seterusnya tertakluk atas kemampuan dan kebenaran. Terima kasih kepada yang berkongsi. In Sha Allah.
 
Last edited:
Dikatakan Nabi SAW tidak menerima bulat-bulat semua seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT. Ada kalanya Nabi SAW berkata, "Aku fikir elok begini".

Sebelum seseorang jadi munafik, kemunafikan bertambah sedikit demi sedikit hingga akhirnya munafik. Saya bersangka baik bahawa setiap penyakit boleh sembuh melainkan tua dan mati. Termasuk munafik juga boleh sembuh. Allah SWT tidak bertujuan berfirman demikian sebagai suatu ketetapan yang kekal, tetapi sebagai suatu halangan untuk umat Nabi SAW menangi dengan kekuatan iman, percaya dan kasih sayang.

Allahua'lam.
 
Last edited:
Terima hakikat bahawa kita orang Islam. Pujuk diri agar terima hakikat dari semasa ke semasa. Terima hakikat...
 
Daripada hadis, untuk doa di terima mesti ada dakwah. Dakwah orang Islam, doa agar orang kafir masuk Islam. Dengan cara itu, orang Islam yang didakwah dan yang membenarkan dakwah juga terlibat dalam mengembangkan ugama.

Kejayaan dalam ugama.
 
Back
Top
Log in Register