BTC USD 63,955.6 Gold USD 4,467.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fida Anggap Lelaki Kelakar Terapi Diri

Mail Aziz

Active+ Member
gem
Messages
2,689
Joined
Dec 27, 2012
Messages
2,689
Reaction score
1,122
Points
101
Fida-Ibrahim.png

KUALA LUMPUR – Pelakon dan penyanyi, Fida Ibrahim menganggap mengenali lelaki dalam kalangan pelawak mampu memberi terapi dalam kehidupannya.

Jika sebelum ini dia pernah bercinta dengan Mamat Sepah, kali ini dia memilih pula pelakon komedi, Zalif Sidek.

Akui Fida yang dipetik dari Sinar Harian Online, dia lebih menyenangi lelaki berperwatakan kelakar dan periang.

“Memang saya mudah tertarik dengan lelaki yang suka berlawak jenaka dan periang. Jenaka mereka mampu membuatkan saya lupa akan masalah yang ada.

“Secara tidak langsung, ia boleh menjadi terapi untuk saya dalam melupakan seketika segala masalah,” katanya.

Tidak berselindung mengenai hubungan cintanya yang baru berputik bersama Zalif, baru-baru ini, Fida akui keterbukaan itu nyata membawa lebih kekusutan.

Sejak hubungan mesra itu diketahui umum, Fida dikatakan telah diganggu wanita yang mengaku dirinya sebagai kekasih Zalif.

“Ia memberi pengajaran buat saya supaya berhati-hati dalam perhubungan. Walaupun saya tidak pasti siapa wanita itu, namun cukuplah setakat ini.

“Malah, sejak peristiwa itu, saya lebih selesa menganggap Zalif sebagai kawan biasa sahaja,” jelasnya.

-mynewshub
 
la budak kuning digi dah ada awek lagi nak mggatal
 
pulop....ade chance lagi la camni..
 
cari la yg sepadan ngan fida... elok fida cari yg beriman sikit supaya dapat membimbing dan menasihati fida yg macam tergelincir sedikit dari landasan muslimah sejati. ditambah pulak dengan aktiviti nyanyian dan gaya bertudung fida yg macam bukan muslimah sejati :( :( #:-S

sama-sama kita perbetul mana yg xbetul noooooo (cakap kedah) :D
 
comei tgk pipi tu
 
terapi dgn abam myrul nak x..?? keh³
 
nsb baik aku dh kawin,kalau x,silap2 mmg dia leh terpikat dgn aku:">
:)):)):))
 
Back
Top
Log in Register