BTC USD 84,395.2 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fibo goblin

teman reti teknik ni..tu pun jasa tunjuk ajar tok dalik...
 
Asslamualaikum,

Tujuan thread ini dibuka adalah untuk berkongsi sedikit teknik trading menggunakan One Candle One Fibo yang dinamakan sebagai Fibo Goblin.

Saya akan sharekn dan update cara bagaimana untuk menganalisa menggunakan trading style ini. Mohon keizinan pihak Carigold untuk hamba perturunkan ilmu cap ayam yang tak seberapa.

Berikut adalah setting original Fibo Goblin:
Default setting fibonacci retracement, cuma tambah level 76.4,138.2 dan 150.0

Aturannya:
1. Gunakan Timeframe Daily atau Weekly
2. Jika candle BULL, sila tarik dari High ke Low Candle.
3. Jika candle BEAR, sila tarik dari Low ke High Candle.
4. Tekan atau tandakan "Ray" pada Fibo properties.
5. Buka Timeframe lebih kecil. Jika Daily, sila buka Timeframe H1. Jika weekly, sila buka Timeframe H4.
6. Di H1 lihat price action seperti Resistant Become Support (BUY) atau Support Become Resistant (SELL) di level level 23.6 hingga 76.4 jika ada bounce (rejection) maka anda boleh letakan PO pada level tersebut. Level 0 adalah Stoploss, manakala 100 138.2 150.0 dan 161.8 adalah level2 exit.
6. Untuk letakan PO ada dua cara, pertama dengan meletakan PO limit order pada level Fibo. Kedua dengan meletakan stop order pada High Candle yang reject level Fibo (BUY) atau Low Candle yang reject level Fibo (SELL).
7. Pastikan R:R sentiasa 1:2 atau 1:3 supaya anda sentiasa konsisten.

Nantikan rajahnya. Saya akan post nanti.

ekekeke, tok dalik ada jgk dalam ni..
 
cantek nama teknik ni.. goblin COC tu,,, keje mmg rembat duit..
 
Candle yang close breaking high atau low previous. Candle doji atau inside bar kene guna setup lain. Saya terangkan setup mudah faham je. Jadi tiada jarak tepat untuk berapa pips. Cuma suggestion bila Daily Average mencecah lebih dari 100 hingga 150pip better avoid pair tersebut.
yup sebab ADR pair mostly 144pips..kekadang jer klu ada impact news besau dia boleh pergi 233 pips..dulu tahun 2013 EU pernah jejak 377pips + 34 pips per day..heheee...
 
Setiap level Fibo adalah garisan yang berfungsi sebagai SNR.Level 0 100 200 300 adalah garisan SNR terkuat. Manakala 50 150 250 biasanya adalah level2 perhatian jika balik arah atau u turn. Level 38.2 61.8 138.2 161.8 238.2 261.8 pulak adalah level2 golden ratio di mana di sini adalah zon2 pullback dan entry
1,2,3,5,8,13,21,34,55,89,144,233,377...
ADR 144..retracement sideway 13-34,motive expension 55-144 terbaik fibo ni dengan sedikit seni ianya menarik..tertarik.deboom..kipidap TT
 
hanya tarik sebatang cs daily dari high atau low dari permulaan swing...boleh layan selama seminggu. Nanti aku jelaskan lagi. Tue muqaddimah bagi pening dulu. Yang dah mahir price action mngkn senyum tengok fibo tue.

kipidap..terbaikk
 
disebabkan forex is a game of probability, teringin jugak nak tau berapa winning rate kalau guna risk:reward 1:2 pair EU candle daily? atau dalam bahasa lainnya, sejauh manakah keberkesanan rejection pada level 23.6-76.4?
 
Hanya tarik sebatang CS Daily dari High atau Low dari permulaan swing...boleh layan selama seminggu. Nanti aku jelaskan lagi. Tue muqaddimah bagi pening dulu. Yang dah mahir price action mngkn senyum tengok fibo tue.

Terbaiklah TT, mohon teruskan untuk newbie mcm kami ni...nk focus to one step saja.

Kalau nk tarik fibo yg daily..hari apa yg nak ambil..coz TT kata leh layan seminggu...mohon pencerahan
 
Last edited:

Latest Posts

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.14250
USD / JPY
157.245
GBP / USD
1.32505
USD / CHF
0.82827
USD / CAD
1.41455
EUR / JPY
179.652
AUD / USD
0.70550
Back
Top
Log in Register