BTC USD 60,259.9 Gold USD 4,318.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fibo goblin

salam rakan2 cg
sy kurang jelas part FIBO GOBLIN BREAKOUT

dah buka template semua
tapi x jelas nak guna

ada yg sudi ajar x?
 
FIBO GOBLIN

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

TEKNIK FIBO GOBLIN, 1 FIBO PADA 1 CANDLESTICK DAILY (1 MALAYSIA), INTRADAY SIGNAL, MULTIPAIR STRATEGY

Fibonacci merupakan kalkulasi matematik yang sering digunakan di dalam pelbagai bidang termasuk di dalam trading Forex. Dalam FIbo GOblin kita menggunakan kaeadah, 1 Fibo at 1 Candle. Caranya seperti berikut.

1.Buka Timeframe (TF) Daily, kemudian cari Daily Pivot Point berdasarkan pair yang anda pilih. Kalkulasi untuk Pivot Point kita gunakan ((HIGH+LOW+CLOSE)/3).

EURUSDDaily_zpse965b786.png


2.Lihat pada OPEN DAILY (candle daily terkini), jika Open Daily berada di atas Pivot, maka kita cari peluang BUY. Jika Open Daily berada di bawah Pivot, maka kita cari peluang SELL.

EURUSDH12_zps4ec88928.png


3. Setelah kita kenal pasti setup SELL atau BUY, maka kita akan tarik fibo mengikut setup2 tertentu:
a) Jika setup BUY, maka gunakan tool FIbonacci Retracement, kemudian tarik dari LOW ke HIGH Yesterday CS DAILY.(default Setting).
b) Jika setup SELL, maka gunakan tool Fibonacci Retracement, kemudian tarik dari HIGH ke LOW Yesterday CS DAILY. (default Setting).

EURUSDH123_zpse96317fd.png


4. Untuk ENTRY, anda hanya perlu ENTRY di Zon 61.8 dan/atau zon 50.0 Stoploss di Zon 100.

EURUSDH1234_zps594971cc.png


5. Untuk menentukan Takeprofit kita akan gunakan tool Fibonacci Expansion(default Setting) (PC) atau Extension (android,ios) dengan cara tertentu:
a) Untuk mencari Takeprofit BUY, tarik Point 1 di LOW CS Daily kemudian Point 2 pada HIGH CS Daily, dan Point terakhir di ENTRY POINT.
b) Untuk mencari Takeprofit SELL, tarik Point 1 pada HIGH CS Daily kemudian Point 2 pada LOW CS Daily, dan Point terakhir pada ENTRY POINT.
c) Level Takeprofit 1= 61.8 Takeprofit 2= 100 dan Takeprofit 3= 161.8. (Sila setkan Trailing Stop atau BE+ pada level 61.8 jika anda memilih untuk set Takeprofit pada level 100 atau 161.8).

EURUSDH12345_zpsb056fba8.png


6.Maka siaplah setup untuk Intraday Signal. Semudah ABC. Jimat RM50k untuk beli signal. Sekarang anda dah pun boleh jual signal anda. Ekekekeke...jahat tul..

EURUSDH1_zps846947ec.png


FIBO GOBLIN BREAKOUT

1. Kesinambungan dari sistem Pivot Point, maka kajian demi kajian dibuat. Untuk mempermudahkan gaya trading.
2. Dalam Fibo Goblin Breakout, cara penarikan fibo adalah sama, yang membezakan adalah entry. Di mana kita perlu menunggu price berada di dalam zon 50:50 iaitu di tengah-tengah candlestick. Kerana di dalam pergerakan price, price seringkali bermain-main di area 50:50 sebelum melakukan breakout.
3. Langkah-langkah menggunakan Fibo GOblin Breakout:
a) Fibo dipecahkan kepada 3 Zon.. Bull Zone Middle Zone (GOBLIN) dan Bear Zone
b) Perhatikan Trend Harian dan Trend di H1, jika UT fokus pada BUY. Jika DT fokus pada SELL.
c) Tunggu price betul2 berada pada zon Goblin, baru stop order dibuat berdasarkan trend.
4. Saya belum berkesempatan untuk SS. Jadi, boleh gunakan indicator dan template yg saya sediakan di sini. Peringatan, indicator ini adalah percuma.
5. Kipidap
6.---> Download link: https://drive.google.com/open?id=0B5I44dTp_Y9JRk9TYUV3QUdtYTA

(sebab tak reti nak upload zip)

Pengurusan Risiko:

1. Setiap teknik adalah prediction atau ramalan. Sebarang kemungkinan boleh berlaku. Antaranya:
a) Hit Stoploss.
b) Entry tidak trigger. Audacity Find My iPhone Origin
c) Belum Hit Takeprofit, market balik arah dan Hit Stoploss.

2. Signal Valid dalam tempoh 24jam sahaja. Jika tidak trigger dalam masa 24 jam sila delete PO anda. Satu hari hanya akan keluar satu signal sahaja untuk satu pair. Jika dah trigger, kita boleh close selepas 24 jam atau boleh set BE atau trailing stop.

9. Oleh itu, pastikan anda sentiasa meletakan Stoploss dan memastikan anda menjaga Money Management dengan betul. Risk and Reward (R:R) dalam Teknik Fibo Goblin sentiasa 1:2 atau 1:3. Insya Allah akan menghasilkan result yang konsisten.

3. Saya ada sediakan Kalkulator Excel Signal Fibo Goblin untuk memudahkan trader untuk membuat ENTRY STOPLOSS dan TAKEPROFIT tanpa perlu menarik Fibo secara manual.

4. Sebarang pertanyaan atau cadangan untuk penambahbaikan teknik oleh kongsikan dalam thread ini. Saya juga mengalu2kan jika ada sesiapa yang boleh membina Indicator atau EA base teknik ini.

Active Member
 

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.15253
USD / JPY
160.182
GBP / USD
1.33381
USD / CHF
0.79605
USD / CAD
1.39428
EUR / JPY
184.614
AUD / USD
0.70452
Back
Top
Log in Register