BTC USD 83,126.9 Gold USD 4,179.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fibo goblin

dlm pukul 6 lebih dah leh set kan TT (jika open market pukul 8:00am)?

Xleh.. kalau broker kul 8 kene set kul 8. Tapi kalau rasa nak set gak kul 6, kene wat analisa di broker 6am tp entry di broker 8am.
 
Jam berapa paling sesuai pakai fibo goblin ni?

Seawal close candle daily dan terbentuk cs daily yg baru. Beza broker 6am atau 8am duduk pada pair aktif waktu Asia Session mcm AudUsd EuJpy etc. So better cari broker 6am atau pilih pair aktif waktu London atau Euro Open mcm EU GU.
 
Esok kita cuba live dgn Excel. Sebab saya kerja waktu siang. PTT. Jadi saya lebih memilih pair aktif waktu petang macam EU GU EG. Jadinya saya gunakan Excel utk memudahkan kerja.
 
Esok kita cuba live dgn Excel. Sebab saya kerja waktu siang. PTT. Jadi saya lebih memilih pair aktif waktu petang macam EU GU EG. Jadinya saya gunakan Excel utk memudahkan kerja.

Screenshot_2016-03-06-23-14-33_zps3545da60.jpg
 
Hari nie setup EU GU dan EG yg aku pilih sbb yg nie lebih volatile dan lebih exotic. Hu6. Setup EU GU BUY. Manakala setup EG SELL. Nanti aku share analisis.
 
abam..btui tak den tarik ni..

Tarik tue betul dah. Cuma nak tau jugak, mana Pivot Point dia? Open daily berada dekat mana? Pair apa? Kalau boleh bagi detail.
 
FIBO GOBLIN​

ASSALAMUALAIKUM W.B.T​

TEKNIK FIBO GOBLIN, 1 FIBO PADA 1 CANDLESTICK DAILY (1 MALAYSIA), INTRADAY SIGNAL, MULTIPAIR STRATEGY​

Fibonacci merupakan kalkulasi matematik yang sering digunakan di dalam pelbagai bidang termasuk di dalam trading Forex. Dalam FIbo GOblin kita menggunakan kaeadah, 1 Fibo at 1 Candle. Caranya seperti berikut.

1.Buka Timeframe (TF) Daily, kemudian cari Daily Pivot Point berdasarkan pair yang anda pilih. Kalkulasi untuk Pivot Point kita gunakan ((HIGH+LOW+CLOSE)/3).

EURUSDDaily_zpse965b786.png


2.Lihat pada OPEN DAILY (candle daily terkini), jika Open Daily berada di atas Pivot, maka kita cari peluang BUY. Jika Open Daily berada di bawah Pivot, maka kita cari peluang SELL.

EURUSDH12_zps4ec88928.png


3. Setelah kita kenal pasti setup SELL atau BUY, maka kita akan tarik fibo mengikut setup2 tertentu:
a) Jika setup BUY, maka gunakan tool FIbonacci Retracement, kemudian tarik dari LOW ke HIGH Yesterday CS DAILY.(default Setting).
b) Jika setup SELL, maka gunakan tool Fibonacci Retracement, kemudian tarik dari HIGH ke LOW Yesterday CS DAILY. (default Setting).

EURUSDH123_zpse96317fd.png


4. Untuk ENTRY, anda hanya perlu ENTRY di Zon 61.8 dan/atau zon 50.0 Stoploss di Zon 100.

EURUSDH1234_zps594971cc.png


5. Untuk menentukan Takeprofit kita akan gunakan tool Fibonacci Expansion(default Setting) (PC) atau Extension (android,ios) dengan cara tertentu:
a) Untuk mencari Takeprofit BUY, tarik Point 1 di LOW CS Daily kemudian Point 2 pada HIGH CS Daily, dan Point terakhir di ENTRY POINT.
b) Untuk mencari Takeprofit SELL, tarik Point 1 pada HIGH CS Daily kemudian Point 2 pada LOW CS Daily, dan Point terakhir pada ENTRY POINT.
c) Level Takeprofit 1= 61.8 Takeprofit 2= 100 dan Takeprofit 3= 161.8. (Sila setkan Trailing Stop atau BE+ pada level 61.8 jika anda memilih untuk set Takeprofit pada level 100 atau 161.8).

EURUSDH12345_zpsb056fba8.png


6.Maka siaplah setup untuk Intraday Signal. Semudah ABC. Jimat RM50k untuk beli signal. Sekarang anda dah pun boleh jual signal anda. Ekekekeke...jahat tul..

EURUSDH1_zps846947ec.png


7. Setiap teknik adalah prediction atau ramalan. Sebarang kemungkinan boleh berlaku. Antaranya:
a) Hit Stoploss.
b) Entry tidak trigger.
c) Belum Hit Takeprofit, market balik arah dan Hit Stoploss.

8. Signal Valid dalam tempoh 24jam sahaja. Jika tidak trigger dalam masa 24 jam sila delete PO anda. Satu hari hanya akan keluar satu signal sahaja untuk satu pair. Jika dah trigger, kita boleh close selepas 24 jam atau boleh set BE atau trailing stop.

9. Oleh itu, pastikan anda sentiasa meletakan Stoploss dan memastikan anda menjaga Money Management dengan betul. Risk and Reward (R:R) dalam Teknik Fibo Goblin sentiasa 1:2 atau 1:3. Insya Allah akan menghasilkan result yang konsisten.

10. Saya ada sediakan Kalkulator Excel Signal Fibo Goblin untuk memudahkan trader untuk membuat ENTRY STOPLOSS dan TAKEPROFIT tanpa perlu menarik Fibo secara manual.

11. Sebarang pertanyaan atau cadangan untuk penambahbaikan teknik oleh kongsikan dalam thread ini. Saya juga mengalu2kan jika ada sesiapa yang boleh membina Indicator atau EA base teknik ini.

Mohon follow step by step dalam langkah2 yg ditetapkan. Jangan skip. Utk excel lak ada sedikit ralat. Nanti saya betulkan balik. So sapa guna excel, amik entry dgn SL sahaja. Tp kene manually amik guna Fibo Extension.
 

Latest Posts

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.13829
USD / JPY
157.677
GBP / USD
1.32413
USD / CHF
0.83035
USD / CAD
1.41547
EUR / JPY
179.482
AUD / USD
0.70232
Back
Top
Log in Register