BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

FFM35, tiba masa ‘pemenang’ pilih pemenang

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40

FFM35, tiba masa ‘pemenang’ pilih pemenang​

HANS-FFM35.jpg

MALAM kemuncak Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35) yang dijadual berlangsung di Istana Budaya pada 21 November nanti akan menyaksikan 30 kategori bakal dipertandingkan.

FFM35, tiba masa ‘pemenang’ pilih pemenang" FESTIVAL Filem Malaysia ke-35 (FFM35) menjadi medan penting dalam memperkukuhkan landskap perfileman tempatan agar lebih berdaya saing di pentas antarabangsa.

Edisi musim ini turut menyaksikan pelbagai pembaharuan yang diyakini mampu meningkatkan kredibiliti anugerah paling berprestij dalam industri perfileman negara itu.

Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi, Bahria Mohd. Tamil berkata, kerajaan komited memperkasakan industri kreatif melalui kerjasama erat dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) khususnya dalam pembangunan bakat, penghasilan kandungan berkualiti serta promosi naskhah lokal ke pasaran global.

Menurutnya, industri filem merupakan sektor strategik yang bukan sahaja mampu menjana pertumbuhan ekonomi dan peluang pekerjaan, bahkan berperanan memperkukuh identiti budaya negara melalui karya dihasilkan.

“Setiap penghasilan filem bukan sekadar mencerminkan kreativiti dan identiti negara, malah menggerakkan rantaian ekonomi yang melibatkan ribuan tenaga kerja daripada peringkat pembangunan idea sehingga pemasaran dan pengedaran.

“FFM35 bukan sekadar platform mengiktiraf penggiat seni, malah menjadi pemangkin untuk melahirkan lebih banyak karya berkualiti yang mampu bersaing dan bersinar di peringkat antarabangsa,” katanya pada majlis pengumuman FFM35, baru-baru ini.

Beliau turut menggesa semua penerbit yang memenuhi syarat penyertaan agar merebut peluang menyertai festival tersebut.

Jelasnya, pengkarya boleh memanfaatkan FFM35 sebagai platform membina jaringan profesional dan mengangkat martabat sinema Malaysia ke tahap lebih tinggi.

Pemenang jadi juri

Sementara itu, Pengerusi FINAS, Hans Isaac berkata, FFM35 tampil dengan sistem pemarkahan baharu yang lebih telus apabila membabitkan dua peringkat penilaian.

Kongsinya, peringkat pertama dikendalikan panel juri profesional yang identitinya dirahsiakan, manakala peringkat kedua pula melibatkan pemenang-pemenang FFM terdahulu bagi memastikan keputusan lebih adil dan diyakini industri.

“Pendekatan ini memberi peluang lebih besar kepada pemain industri untuk bersama-sama menentukan karya terbaik, sekali gus meningkatkan kredibiliti FFM sebagai anugerah tertinggi perfileman negara.

“Cadangan ini bukan datang daripada Finas, sebaliknya diusulkan aktor berbakat besar Bront Palarae berdasarkan pengalaman beliau menghadiri pelbagai festival filem antarabangsa,” katanya.

Tambah beliau, sebanyak 30 kategori anugerah akan dikekalkan selain mengumumkan hadiah keseluruhan bernilai RM1 juta sebagai ganjaran seperti edisi terdahulu.

Malam kemuncak FFM35 dijadual berlangsung di Istana Budaya pada 21 November depan, sekali gus menjadi edisi pertama dianjurkan di venue berprestij itu selepas kerja-kerja naik taraf selesai.

Masih ada waktu, pencalonan dan penghantaran penyertaan festival filem terbesar tanah air ini dibuka bermula 29 Julai hingga 11 Ogos nanti.

==============================
Adoii, harap la FFM35 ni bukan macam acara syok sendiri je. 😜 Hans Isaac sibuk nak buat perubahan tapi tak tau lah kalau hasilnya betul2 memberi impak. Agaknya Bront Palarae pun dah pening tengok macam mana nak mantapkan lagi. Moga2 ada la perubahan baru kan. 🙄

 
Back
Top
Log in Register