BTC USD 60,726.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Feri bertembung bot kargo di Tawau

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
Tawau: Seorang lelaki hilang manakala sembilan lagi diselamatkan selepas feri penumpang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bot kargo di perairan Simpang Tiga, Tawau, jam 6.30 petang semalam.

Mangsa yang hilang dikenali sebagai An Zulkarnain Als Zoel dan operasi mencari dan menyelamatkan sedang giat dijalankan oleh Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Tawau dan beberapa agensi yang berkaitan.

Ketua Penguatkuasa APMM Daerah Tawau Kepten Maritim Anor Jaafar berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian pelanggaran antara sebuah feri penumpang dengan bot karga di perairan Simpang Tiga pada jam 11.45 malam tadi.

"Dalam kejadian itu, seramai 10 orang penumpang feri terjun ke laut untuk selamatkan diri.

"Bagaimanapun semua mangsa berjaya diselamatkan oleh kru feri berkenaan kecuali satu mangsa gagal diselamatkan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, bot kilat 45 diarah ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dilaporkan hilang.


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/11614#sthash.cj4gX3L9.dpuf
 
kat lautan yg punya lah luas tu, cmne boleh bertembung jgk ye? :-?
 
Back
Top
Log in Register