BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

FELCRA Perkukuh Peranan Sebagai Institusi Strategik Pacu Pembangunan Luar Bandar

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
1436b37562dc1dd8a4f54d02a677cc6c69cf221a14375

Pengerusi FELCRA Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub

FELCRA Berhad terus memperkukuh peranan sebagai peneraju pembangunan luar bandar dengan memberi tumpuan kepada pemerkasaan peserta, keterjaminan makanan dan transformasi agroekonomi yang mampan serta berdaya saing sempena ulang tahun penubuhan yang ke-60.

Pengerusi FELCRA Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub berkata selepas enam dekad penubuhan, FELCRA kini berdiri sebagai sebuah institusi strategik negara yang bukan sahaja memacu pembangunan tanah tetapi membentuk ekosistem sosioekonomi luar bandar secara menyeluruh.

“Pengiktirafan FELCRA sebagai ‘pembina negara strategik’ memperkukuh kedudukan agensi ini sebagai antara tonggak utama dalam agenda pembangunan negara, khususnya dalam memperkasa komuniti desa melibatkan lebih 104,000 peserta secara inklusif dan mampan.

“FELCRA komited untuk memastikan setiap peserta FELCRA bukan sahaja mendapat manfaat ekonomi tetapi turut menjadi sebahagian daripada rantaian nilai yang lebih besar, sekali gus mengangkat martabat komuniti luar bandar sebagai penyumbang signifikan kepada kemakmuran negara,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata syarikat itu akan terus melangkah ke hadapan dengan hala tuju yang jelas di samping memperkukuh kedudukan sebagai peneraju pembangunan agroekonomi luar bandar yang berimpak tinggi dan berdaya tahan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Mohamed Ismi Abdul Majid berkata FELCRA kini memberi fokus kepada agenda keterjaminan makanan negara melalui pendekatan agroekonomi yang lebih menyeluruh dan berimpak tinggi.

Beliau berkata FELCRA sedang mempergiat usaha meningkatkan produktiviti ladang melalui penggunaan teknologi moden, amalan pertanian terbaik serta pengurusan operasi yang lebih cekap bagi memastikan hasil yang optimum dan mampan.

“Selain itu, penglibatan dalam sektor agromakanan terus diperkukuh dengan pembangunan rantaian nilai yang merangkumi pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran bagi menyumbang kepada kestabilan bekalan makanan negara.

“Usaha penambahbaikan berterusan dalam pengurusan ladang dan pembangunan kapasiti warga kerja serta peserta akan menjadi pemacu utama kepada transformasi FELCRA pada masa hadapan.

 
Back
Top
Log in Register