BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sabah Aset Strategik Pacu Malaysia Sebagai Hab Halal Global - HDC

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Sabah Aset Strategik Pacu Malaysia Sebagai Hab Halal Global - HDC​

bdeefc58d738ec2ad69f2503be3d20cd6a6eb7d34d61c

Pengerusi Halal Development Corporation Berhad (HDC), Prof Dr Mohd Afandi Salleh.

Kekayaan sumber semula jadi dan bakat tempatan menjadikan Sabah aset strategik penting dalam merealisasikan hasrat menjadikan Malaysia sebagai hab halal global, kata Pengerusi Halal Development Corporation Berhad (HDC) Prof Dr Mohd Afandi Salleh.

Beliau berkata sektor Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di negeri ini turut memiliki keunikan tersendiri serta berpotensi besar untuk diketengahkan ke pasaran antarabangsa.

Mohd Afandi berkata potensi berkenaan menjadi rasional utama agensi itu memilih Sabah sebagai lokasi penganjuran Program Jelajah Halal Malaysia 2026 dan membantu mengetengahkan PMKS tempatan ke pasaran lebih luas antaranya melalui pensijilan halal.

“Pensijilan halal merupakan satu ‘tiket’ penting untuk menawarkan pasaran yang lebih luas kepada usahawan tempatan walaupun ia bukan satu-satunya faktor penentu kejayaan,” katanya kepada Bernama pada program jelajah itu yang berlangsung selama dua hari dan berakhir semalam.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata HDC komited memudah cara permohonan usahawan tempatan menerusi bantuan dari sudut pematuhan proses, sokongan teknikal serta pendedahan kepada peluang bantuan kewangan.

Mengenai keperluan khusus usahawan di negeri ini, Mohd Afandi mengakui cabaran utama dihadapi oleh komuniti perniagaan tempatan adalah berpunca daripada faktor geografi.

Beliau berkata keluasan Sabah menyebabkan penyebaran maklumat mengenai kepentingan, objektif dan peluang dalam industri halal tidak sampai sepantas negeri-negeri lain.

Bagi menanganinya, HDC mengambil pendekatan menghimpunkan usahawan di lokasi tumpuan dan merancang siri jelajah susulan ke kawasan setempat mereka di seluruh negeri.

“Langkah turun padang itu penting bagi membina kefahaman usahawan bahawa pensijilan halal adalah sebahagian daripada strategi asas untuk membesarkan skala perniagaan.

 
Back
Top
Log in Register