BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

FDA AS Luluskan Ujian Darah Baharu Bagi Saringan Kanser Kolon

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,773
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,773
Reaction score
289
Points
146
6e66f9f5d942cc889c18b927bbb18ad163880ba98d926


Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) pada Isnin meluluskan ujian darah baharu untuk mengesan kanser kolon, lapor Agensi Berita Xinhua.

Syarikat bioteknologi yang berpangkalan di California, Guardant Health memaklumkan bahawa ujian yang dinamakan 'Shield' diluluskan untuk saringan dalam kalangan dewasa berumur 45 tahun ke atas yang berisiko menghidap kanser kolorektum.

Syarikat itu merancang untuk melancarkan produk ini dalam masa terdekat.

Kajian yang diterbitkan dalam The New England Journal of Medicine menunjukkan bahawa Shield berkesan 83 peratus dalam mengesan kanser kolorektum.

Pakar juga menegaskan bahawa ujian baharu ini bukan pengganti kolonoskopi, tetapi menyediakan pendekatan saringan yang bukan invasif.

"Kolonoskopi masih dianggap sebagai piawaian emas untuk saringan, terutamanya bagi pertumbuhan prakanser," menurut pakar kesihatan.

Kanser kolorektum adalah penyebab kematian kanser kedua tertinggi di Amerika Syarikat, tetapi kebanyakan kes boleh dicegah dengan peningkatan saringan.

Persatuan Kanser Amerika menganggarkan lebih 150,000 orang di negara ini akan didiagnosis dengan kanser kolorektum pada 2024.

 
Back
Top
Log in Register