Nukilan sifu saya
pagi ini
Awanygterpilu
terbaik buat panduan
#8 LUKISAN HATI SEORANG TRADER
HAI JIWA YANG TENANG
Apabila kita rasa macam nak give up sebab dunia urusniaga ni kelihatan tak seindah seperti yang diuar-uarkan, penuh dengan jerangkap samar, tipu daya, manipulasi, sepak terajang, dibilas sampai bersih duit kita…
Ingatkan diri bahawa kita boleh menjadi contoh perubahan yang memberi inspirasi kepada orang lain untuk hidup sebagai seorang trader selaras dengan reality in trading.
Ceritakan kebenaran, bagaimana urus risiko, berpijak di bumi nyata bukannya pamer keuntungan yang melangit sebab langit tak selalu cerah.
Trader yang pernah dicampak ke laut dalam, ujian melawan emosi dalam badai yang bergelora saja yang tahu betapa bernilainya saat hatI masih terdetik mengingati diri tentang pentingnya pengurusan kewangan, memelihara modal dan tidak mendedahkan posisi yang melampau.
Tapi tak ramai yang macam tu sebab nafsu ketamakan dan nak keuntungan yang besar dalam jangkamasa yang singkat.
Apabila kita berdagang, berdaganglah dengan harapan keuntungan yang munasabah, berpadanan dengan nilai margin.
Jiwa kita akan lebih tenang.
Hai jiwa yang tenang,
Didiklah hati dalam setiap saat, setiap waktu dan setiap hari, untuk sentiasa bersyukur dengan setiap kesempatan, setiap peluang, serta setiap keuntungan yang diperolehi.
Kejayaan itu datang dari ketenangan fikiran, hati dan jiwa. Semua itu berasal dari sikap yang selalu bersyukur.
Trader yang dapat menguasai nafsu tamak haloba, nafsu itu akan sentiasa kalah.
Ayuh... Marilah kita menuju kejayaan.
Selamat Maju Jaya.