BTC USD 83,006.6 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

FCPO Trading Room

tak pelik tuan...
sebab apabila rugi, ramai yang segan nak cerita. apabila untung, biasanya terus buka fb, cg, sembang untung la...


terima kasih sudi jenguk thread ini.

harap tunjuk ajar Tuan :D
 
Kepada yang berminat nak join seminar ekonomi kelapa sawit bole join ni http://portal.mpob.gov.my/BROSURPALMEROS.pdf
Fee : RM990 hehe..



Terima kasih Tuan.

Tuan mded dgn MPOB ke?

Berkenaan soalan Tuan tentang margin RM 10 K tu...apa pulak pandangan Tuan?..Harap Tuan dapat bagi komen.
Harap juga pandangan/panduan Tuan cara money mgt terbaik trading FCPO ni..


p/s : kalau Tuan kat MPOB..Dr Astimar kawan baik my wife kat U..:D
 
Terima kasih Tuan.

Tuan mded dgn MPOB ke?

Berkenaan soalan Tuan tentang margin RM 10 K tu...apa pulak pandangan Tuan?..Harap Tuan dapat bagi komen.
Harap juga pandangan/panduan Tuan cara money mgt terbaik trading FCPO ni..


p/s : kalau Tuan kat MPOB..Dr Astimar kawan baik my wife kat U..:D

sy dalam proses nak apply akaun maybank ib futures. mgg depan br nk jumpa officer kat dataran maybank bangsar. hehe..

ye saya dkt mpob. dr Astimar tu lain bahagian dgn sy.
 
Assallamualaikum FCPO Traders


DATA HARI JUMAAT LEPAS ( 8/1/16 )

Open : 2433

Hi : 2440

Lo : 2409

Closed : 2433


V : 13 575



Komen saya... Jumaat lepas volum hanya 13 575 , maksudnya ..traders ramai yg tak trade .
Munkin tak pasti?.

Harga pun tak jalan jauh..hanya NAIK RM 10.



Untuk hari ni.

Inventory minyak sawit dijangka turun, ..kemunkinan nak naik harga ..ada :D

(Tapi..kalau harga turun pun kita boleh buat duit juga )

Sikit data :

Res: 2447, 2459 dan 2490

Support : 2416, 2397 dan 2366

walau report macam nak kata harga naik, tapi saya personally kata turun :D

Apa pun, naik ka turun, kita masih boleh buat duit..& sebagai scalpers, saya tak peduli sgt .

Yg penting bagi saya, bagaimana "tinkah laku" market..pada tika dan saat ini...(saat saya masuk pasaran) :D

O.K..selamat berdagang

pada kawan kawan & sifu2 sekalian, silalah bagi tunjukajar/komen :D
 
Salam

HARI NI REPORT MPOB

munkin Tuan mded boleh bagi komen sikit..:D

(tapi..traders buat jangkaan bullish report drp MPOB.. ) :D
 
biasanya report mpob keluar pukul berapa?



Maaf Tuan, saya tak pasti..kalau tak silap pagi ini ( setiap 11 hb..sebelum 12.00 th ...apa pun kita tunggu Tuan Mded bagi fakta :D


Saya memang tunggu FBR saya je.. (Maybank Investment bank )

MPOB Report :

Dec Output Turun 15.4 % .

Export Turun 1.1 %

End Stocks Turun 9.5 %

Output Turun..selalunya..menaikkan harga, sedang export turun..menurunkan harga..:-?

Tapi..nampak harga naik sikit ya..

(Pagi tadi saya BUY 2427, untung RM 200.

Dan sekejap tadi saya SELL 2445 ..closed kat 2441..untung RM 100.

Hari ni cukuplah kot RM 300..Alhamdullillah..

Macam serammm je nak buka position lagi..:p
 
FCPO hari ni "Kapal terbang terhempas" :))

kalau saya simpan SELL 2445 tadi, dah untung RM 1500 sekarang :((

tapi, itulah nasib diri ku seorg scalpers.

tapi..macam takut pulak tengok harga junam
 
Back
Top
Log in Register