BTC USD 81,089.0 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

FCPO Trading Room

Syukur Alhamdulillah. 19 ticks arini.
Hope boleh terus konsisten
 
Pengeluaran sawit Malaysia dijangka meningkat

KUALA LUMPUR: Pengeluaran minyak sawit Malaysia berada pada landasan tepat untuk meningkat semula tahun ini, selepas terjejas dengan El Nino tahun lalu.


Namun begitu, masih tidak mencapai unjuran awal ia akan mencapai paras tinggi 2015, demikian mengikut peniaga, penanam dan penganalisis.

Menerajui jumlah unjuran penganalisis dan industri bagi pengeluaran Mac 2017 untuk pengeluar kedua terbesar dunia selepas Indonesia pada 19.9 juta kepada 20 juta tan, sejajar dengan paras 2015, sebanyak 19.96 juta tan.

Bagaimanapun, pungutan pendapat dari lapan responden oleh Reuters mengunjurkan pengeluaran tahun ini adalah antara 18.7 juta tan dan 19.5 juta tan, meningkat sekitar 10 peratus daripada 17.3 juta tan pada 2016, tetapi di bawah paras rekod tinggi.

"Pengeluaran tidak begitu kukuh, ada peningkatan tetapi bukan pemulihan semula yang mantap.

"Pengeluaran Indonesia dilihat lebih kukuh kerana mereka mempunyai ladang yang lebih muda," kata Ketua Penyelidik Perladangan Serantau CIMB Investment Bank, Ivy Ng.

Beliau berkata, dijangkakan kekurangan buruh di ladang Malaysia, terutama ketika puncak pengeluaran pada suku keempat, juga akan memberi impak terhadap pengeluaran.

Pengeluaran Malaysia yang lebih rendah daripada dijangkakan akan menyokong penanda aras harga kontrak hadapan minyak sawit mentah (MSM), yang berkurangan hampir 20 peratus tahun ini.

Harga MSM berubah sedikit dengan berada pada paras RM2,508 pada rehat tengah hari hari ini.

Lazimnya, kemuncak pengeluaran minyak sawit adalah pada Ogos dan September, tetapi mungkin beralih ke hadapan kepada Oktober tahun ini kerana kesan El Nino tahun lalu mengubah corak cuaca bermusim.

"Kemuncak pengeluaran sepatutnya pada Oktober...pada sekitar dua juta tan, " kata Ng.

Pengeluaran yang lebih rendah daripada dijangkakan akan mengehadkan stok simpanan di Malaysia, kecuali permintaan jatuh dengan ketara.

"Stok simpanan akhir ketika kemuncak tidak akan melebihi dua juta tan, " kata pengurus dengan syarikat perladangan Malaysia, yang menjangkakan stok simpanan akan meningkat pada November atau Disember.

"Saya menjangkakan stok simpanan akan terus ketat sepanjang tahun ini, " katanya. Reuters


http://www.bharian.com.my/bisnes/pasaran/2017/07/303700/keluaran-sawit-malaysia-dijangka-meningkat
 
bacer sini
http://www.carigold.com/portal/forums/forumdisplay.php?f=197

Perbincangan sesama ahli adalah di dalam forum semata-mata, tanpa perlu mengajak/mempromosi ke tempat perbincangan/kumpulan selain di dalam forum

klu sesapa rasa nk promot grp masing2 tlg eh gune media social lain

forum ni lah tmpt bincg bkn ngajak org ke grp lain

post2 promosi sblm ni sy dah delete k
 
Price tengah TRY BREAKOUT KUMO TF 30...kalau pecah..pancut atas lagi :D


(alhamdullillah...analisa saya Daily Harami & comfirmation..reversal doji nampak comfirmed.. :D

Alhamdullillah..hari ni dah untung lebih RM 1 k :)cgrock



Baca post yg ni, berkobar2 semangat.
Baca yg rugi pulak, terus kecut pecut...

Bila la fcpo ni bole buka akaun sen-sen
mcm porex...:D




.
 
Sebenarnya saya nak BUY kat 2477 tadi,..tapi price lari cepat sgt..letak market oder ..dapat 2481..lari RM 4! (RM 100 )...:D

memang trading FCPO ni kena tangkas !



Helang merah memang kena tangkas...:D



.
 
ty sikit brp harga terkini fcpo sekarang?

kat wenhua nak pilih yg mana utk tengok harga yg betul, semua tulisan cina.
betul ke yg aku pilih ni
&&*^**11(3831)
harga terkini 2717
 
Mana pulak tuan Bateleur ni. Byk persoalan
perlu dijawap ni...:D

Harus kena buat kelas jugak ni tuan
Bateleur. Yuran jgn mahal sangat...:)cgrock



.
 
sy lihat trend kenaikan fcpo hampir keenghujung nyaakan buat pullback sebelum teruskan kenaikaan
 
Back
Top
Log in Register