BTC USD 84,509.0 Gold USD 4,287.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

FCPO Trading Room

Maaf....berkenaan ASB/ASN

Majlis Fatwa kebangsaan kata HALAL..

Sedangkan Majlis penasihat SC (senarai di atas)..kata tak lulus Syariah.

Atas sebab ini...Majlis Fatwa bersidang balik...&
kata

HALAL..

Merujuk kpd faktor2 "kepentingan" dsbnya..

Tapi..menghormati keputusan Penasihat Syariah SC tak memasukan dia dlm "patuh Syariah" atas dasar SC perlu buat keputusan berdasarkan Fakta shj..

Sedang Majlis Fatwa mengambil kira faktor2 lain..

Rujuk sini.. :D

ISU:


Sebagaimana dimaklumi bahawa pelaburan ASB dan ASN telah difatwakan harus oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Namun pada akhir-akhir ini ada pihak-pihak yang menyebarkan surat daripada Suruhanjaya Sekuriti dan juga kenyataan daripada pihak-pihak tertentu yang mengatakan bahawa ASB dan ASN adalah haram. Bagaimana percanggahan hukum seperti ini boleh berlaku?



KESIMPULAN :


Kedua-dua badan iaitu Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan Suruhanjaya Sekuriti adalah badan yang berautoriti dalam bidang kuasa dan peranan masing-masing. Suruhanjaya Sekuriti mempunyai hak untuk tidak menyenaraikan ASB dan ASN sebagai patuh syariah kerana asas penyenaraian adalah tanda aras yang telah ditetapkan.

Selaras dengan fungsi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan selaku badan yang bertanggungjawab dalam penentuan hukum hakam di peringkat nasional, maka keputusan hukum yang dikeluarkan adalah berpandukan kepada Ijtihad Jama’i dan konsensus semua ahli Jawatankuasa yang terdiri daripada mufti, alim ulama' dan pakar dalam pelbagai bidang, berasaskan kepada kajian pakar-pakar ekonomi Islam dan penjelasan terperinci oleh pihak PNB sendiri (yang juga mempunyai Majlis Penasihat Shariah bagi meneliti semua aspek pelaburan yang dilaksanakan) tanpa terikat dengan garis panduan atau metodologi badan lain yang jelas mempunyai fungsi yang berbeza.

Pelaksanaan peranan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ini adalah sepertimana yang diperuntukkan di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-Negeri, iaitu sekiranya isu yang berlaku menyentuh kepentingan nasional, maka pandangan/keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan perlu dirujuk terlebih dahulu sebelum sebarang fatwa dikeluarkan oleh negeri kerana matlamatnya ialah bagi mewujudkan penyelarasan dalam hukum hakam yang dikeluarkan di Malaysia.

Oleh itu, dalam isu hukum pelaburan ASB dan ASN ini, keputusan yang telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada tahun 2008 tidak sewajarnya dipertikai atau dibanding-bandingkan dengan keputusan mana-mana badan lain atau kenyataan pihak-pihak tertentu yang jelas berbeza samada dari segi fungsi dan autoriti, metodologi atau garispanduan yang digunakan.

Wallahu A’lam.
 
PENJELASAN HUKUM ASB/ASN . HALAL

PENJELASAN:

Perkara pertama yang perlu difahami dalam isu ini ialah perbezaan peranan antara Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan merupakan badan pengeluar dan penyelaras hukum hakam dalam apa-apa perkara berkenaan dengan agama Islam yang bersifat nasional yang melibatkan kepentingan seluruh umat Islam.

Manakala Suruhanjaya Sekuriti pula adalah badan yang antara peranannya ialah membuat keputusan sama ada sesuatu sekuriti diklasifikasikan sebagai patuh syariah atau tidak patuh syariah (bukan hukum atau fatwa) berdasarkan garispanduan yang ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Sekuriti.

Metodologi yang diguna pakai oleh kedua-dua badan tersebut dalam membuat keputusan juga adalah berbeza.

Sebagai badan pengeluar hukum, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menggunakan kaedah-kaedah istinbat yang muktabar dalam membuat keputusan dengan bersumberkan kepada al-Quran, as-Sunnah, Ijmak dan Qiyas, serta dalil-dalil lain yang diiktiraf syarak. Hukum atau fatwa yang dikeluarkan juga mengambil kira aspek-aspek lain yang muktabar seperti kepentingan umum, keperluan dan maqasid syariyyah dan siasah syar’iyyah.

Berbeza dengan metodologi Suruhanjaya Sekuriti dalam penyenaraian sekuriti patuh syariah yang antara lain mengadaptasi pendekatan kuantitatif yang mengguna pakai tanda aras aktiviti perniagaan dan tanda aras nisbah kewangan. Sebagai contoh, tanda aras lima peratus (5%) diguna pakai bagi perniagaan perjudian dan perbankan konvensional, dan tanda aras 20% diguna pakai bagi perniagaan pembrokeran saham dan operasi hotel serta rumah penginapan. Untuk tanda aras nisbah kewangan, nisbah 33% diambil kira sebagai tanda aras.

Oleh itu sekuriti-sekuriti akan diklasifikasikan sebagai patuh syariah apabila aktiviti perniagaan dan nisbah kewangan mereka berada di bawah tanda aras. Tanda aras tersebut yang diletakkan oleh Suruhanjaya Sekuriti adalah tanda aras umum bagi memudahkan penyenaraian sekuriti patuh syariah dan tidak patuh syariah. Tanda aras tersebut adalah berasaskan kepada ijtihad Suruhanjaya Sekuriti yang bukan bersifat qat’ie dan statik. Ia boleh berubah dengan berubahnya ijtihad. Bahkan, tanda aras tersebut baru sahaja dibuat perubahan pada tahun 2013, di mana sebelum itu tanda aras yang diguna pakai untuk aktiviti perniagaan adalah 5%, 10%, 20% dan 25%, dan tidak mengambil kira nisbah kewangan.

Sebagai badan berautoriti dalam penyenaraian sekuriti patuh syariah, Suruhanjaya Sekuriti mengambil pendekatan yang objektif dalam mengklasifikasikan sekuriti patuh syariah berasaskan tanda aras yang telah ditetapkan, tanpa dipengaruhi elemen-elemen lain seperti siasah syar’iyyah, keperluan dan maslahat umum.

Justeru, Suruhanjaya Sekuriti tidak membuat sebarang pengecualian terhadap sekuriti yang tidak menepati tanda aras mereka.Oleh yang demikian, apabila skim pelaburan ASB dan ASN didapati tidak mematuhi tanda aras sebagaimana ditetapkan, ia tidak disenaraikan oleh Suruhanjaya Sekuriti sebagai patuh syariah.

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam keputusannya tidak terikat dengan tanda aras yang diletakkan oleh Suruhanjaya Sekuriti. Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan berdasarkan hujah-hujah syarak dan kaedah-kaedah fiqhiyyah dalam pengeluaran hukum, mempunyai ijtihad secara jama’i dalam menilai sekuriti yang bercampur dengan aktiviti tidak patuh syariah khususnya dalam isu ASB dan ASN ini. Dalam hal ini, pandangan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan adalah:

“... PNB tidak melabur dalam sektor yang berkaitan dengan arak dan judi. Percampuran hanya berlaku dalam sektor kewangan di mana 70% pelaburan menepati syariah, hanya 30% sahaja pelaburan dalam Maybank yang dianggap masih tidak comply dengan syariah. Dalam keadaan ini, pelaburan dalam sektor yang halal lebih banyak daripada yang haram. Menurut sebahagian besar fuqaha’ iaitu Hanafi, Maliki, Shafi‘i dan Hanbali, pendekatan untuk mengharuskan masyarakat Islam melabur dalam saham syarikat yang bercampur aktiviti halal dan haram adalah berasas. Ini kerana fuqaha’ muktabar tidak mengharamkan syarikat sedemikian ketika menilai status syarikat yang dikongsi oleh orang Islam dan bukan Islam”.

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan juga menimbang faktor maslahat dan mudarat yang dijangka berlaku kesan daripada hukum yang dikeluarkan. Antara lain:

“... Maybank adalah satu institusi perbankan Islam terbesar di Asia Pasifik. Sekiranya PNB melepaskan pegangan dalam Maybank, ia bukan hanya akan meruntuhkan ekonomi pemegang saham yang majoriti adalah orang Melayu Islam, bahkan ia juga akan memberi kesan besar kepada situasi ekonomi negara dan banyak organisasi berkaitan orang Islam. Begitu juga peluang pekerjaan yang melibatkan 16,531 kakitangan Bumiputera Islam juga akan turut terjejas”.

Dalam apa jua isu hukum hakam yang dibincang dan diputuskan yang melibatkan kepentingan nasional, faktor-faktor kemaslahatan, kemudaratan, kepentingan awam, siyasah syar’iyyah dan seumpamanya adalah perkara yang telah lama diamalkan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Tidak terkecuali dalam isu ASB dan ASN, faktor-faktor tersebut juga diambil kira. Hifz al-mal merupakan salah satu masalah dharuriyah yang perlu diberi perhatian serius oleh pemerintah (Ulil Amri). Soal kekukuhan ekonomi umat adalah merupakan faktor penting kepada penerusan kemajuan umat Islam. Agama Islam menegah umatnya menjerumuskan diri dalam kemudharatan dan kefakiran yang boleh menggugat kekuatan ummah.

Dalam menentukan hujah keharusan Islam dalam pelaburan ASN dan ASB ini, adalah tidak tepat hujah bersandarkan maslahah ummah ditafsirkan sebagai mengenepikan prinsip-prinsip Islam kerana maslahah juga adalah prinsip Islam yang perlu dipegang dalam penentuan sesuatu hukum.

Prinsip pensyariatan Islam yang telah digariskan iaitu kewajipan menjaga lima(5) perkara iaitu agama, nyawa, akal, zuriat dan keturunan serta harta benda perlu dipertahankan kerana ia menjadi tunjang kehidupan seluruh umat Islam. Sekiranya terjejas salah satu daripada perkara ini, maka umat Islam akan ditimpa kehinaan yang akan menjejaskan agama dan kehidupan. Dalam hal ini, hukum ke atas pelaburan ASN dan ASB tidak boleh dilihat dari aspek tertentu sahaja, tetapi perlu mengambilkira semua kesan yang akan dihadapi oleh agama dan umat Islam.
 
HURAIAN PENUH HUKUM TRADING FCPO :


CRUDE PALM OIL FUTURES CONTRACT
RESOLUTION


At its 11th meeting on 26 November 1997, the SAC resolved that the futures
contract on crude palm oil is permissible as it is in accordance with Shariah
principles.



INTRODUCTION


In general, there are two types of futures contracts: commodity futures
contract and financial futures contract. However, this resolution only takes
into consideration the views of Islamic jurisprudence regarding commodity
futures contract. This contract can be defined as an exchange-traded
agreement to buy and sell a commodity in an actual market (cash market) in
a standard quantity, at a future date and at a determined place of delivery. In
Malaysia, there is only one type of commodity futures contract – the crude
palm oil futures contract. It is a financial product innovation for those involved
in crude palm oil trading to manage risks more efficiently and effectively,
especially the risk of price fluctuation.




ARGUMENTS THAT SUPPORT THE PERMISSIBILITY OF CRUDE
PALM OIL FUTURES CONTRACT

The SAC, assisted by the Islamic Capital Market Department (ICMD)
conducted an in-depth study on this instrument and related Shariah issues.
Among the issues were:
76
Resolutions of the Securities Commission Shariah Advisory Council





Gambling

There were doubts about this instrument based on the requirement imposed
on a market player to place a deposit as a margin of payment before he
begins trading. This action is regarded as a prohibited bet.
The SAC resolved that such a trading activity does not constitute gambling
because the fluctuation of the value occurs due to the change in demand in
the crude palm oil futures market. It is also a common phenomenon in the
trading world. It is not appropriate to judge a contract whose value fluctuates
due to the changing demands for crude palm oil futures market as a gambling
activity. This is because gambling activities depend solely on luck and are not
related to demand and offer.





Gharar

Gharar185 is defined as something that is not certain.186 This instrument relates
to the uncertainty in obtaining goods that have been bought and in receiving
potential profits. The SAC is of the opinion that profit and loss in business is
a common factor, although traders aspire to earn profits.

This is stated by
Allah s.w.t. in several verses, such as Surah al-Fatir verse 29 which describes
the aspiration of traders of not incurring losses.

Allah s.w.t. states:
Meaning: “For them, they secretly and openly hope for a commerce
that will never fail.”
(Surah Fatir: 29)

Similarly, in Surah al-Taubah verse 24 which describes the worry over a losing
concern. Allah s.w.t. states:
Meaning: “… the commerce in which you fear a decline.”
(Surah Al-Taubah: 24)

185 See SAC resolution on gharar for further details.
186 Afzalur Rahman, Economic Doctrines of Islam, Islamic Publications, Lahore, vol. 2, pp. 73–75. Taqi alUthmani,
“‘Uqud al-Mustaqbaliyyat fi al-Sil`ah fi Dhau’ al-Syari`ah al-Islamiyyah”, OIC, Majallah Majma’
al-Fiqh al-Islami, no. 7, vol. 1, pp. 353–355.
77
Capital Market Products According to Islamic Jurisprudence
This shows that profit and loss is a characteristic of trading and a trader
should take steps to minimise loss.
The main question in a crude palm oil futures contract is whether gharar
really exists. An important element in trading raised by Islamic jurists is the
element of ghalat.
187 This must be clarified as there is a misunderstanding
that it is similar to the principle of gharar. The Islamic jurists see ghalat
from the view point of maslahah istiqrar ta`amul which means that market
players are given the freedom to trade, accept and trust each other in their
transactions to ensure that the market runs smoothly. Factors that can
disturb the market operations are cheating and manipulation. Ghalat that
involves a wrong assessment of an individual (ghalat `aqid) cannot be used
as a basis to terminate a contract. The factor that can terminate a contract is
ghalat wadhih, which is a mistake caused by apparent cheating.188
When a crude palm oil futures contract is offered, specifications such as
quantity, type, price and delivery date are made known to the market players.
Therefore there is no element of gharar in the contract. All specifications are
made clear in the contract, and surveillance and regulation are provided to
ensure there is no cheating.189
Buying Something That Does Not Exist (Bai` Ma`dum)
Ibn Qayyim had studied the issue of bai` ma`dum190 and clarified that the
prohibition of bai` ma`dum was actually due to presence of the element of
uncertainty to hand over the goods sold. Such transactions can take place
regardless of whether the goods exist or not. Nevertheless, bai` ma`dum that
involves something that exists and the seller can obtain it or in the form that
can be made tangible, is approved and valid. This often occurs in Shariah,
such as salam (forward sale) and istisna` (contract of manufacture). Therefore,
bai` ma`dum is prohibited because of the element of gharar rather than the
element of ma`dum.
191
The above situation does not occur in the crude palm oil futures market. The
contract can be settled in cash before the due date or settlement by delivery
187 It means mistake. See SAC resolution on ghalat for further details.
188 Al-Zarqa’, Al-Madkhal al-Fiqhi, vol. 1, pp. 390–405.
189 See Futures Industry Act 1993, Business Rules (Exchange and Clearing House).
190 See SAC resolution on bai` ma`dum for further details.
191 Ibnu al-Qayyim, I`lam al-Muwaqqi`in, vol. 2, pp. 8–10.
78
Resolutions of the Securities Commission Shariah Advisory Council
on the due date. In addition, the clearing house ensures the delivery and
settlement of a transaction. Therefore, the element of gharar does not exist
or is insignificant.
Speculation
Speculation is also one of the issues that cast doubts on the permissibility of
crude palm oil futures contracts according to the Shariah.192
Speculation193 refers to making profits out of the price movements of goods.
In fact, speculation exists in all forms of businesses and is not limited to
futures transactions. The concern is whether it is excessive or conducted
under normal circumstances.
No Exchange of Goods (`iwadh)
Present Islamic scholars194 put forward the issue that `iwadh does not occur
in crude palm oil futures transactions. `Iwadh means the exchange in buying
and selling, but in this context no purchase of goods in the actual sense has
occurred. Therefore, there is no increase in the value of economic activities.
Crude palm oil futures contract trading, in actual fact, gives an increase in
value to market players. For example, when producers of crude palm oil
hedge,195 they endeavour to cut costs. This will indirectly improve company
profits and make their products more competitive.
Based on the studies, claims such as gharar, bai` ma`dum, non-existence of
`iwadh, etc. do not occur. The SAC thus resolved that crude palm oil futures
contracts are in accordance with the Shariah, for as long as they are free
from the element of riba and gambling. So, investors who are concerned
with Shariah practices can benefit from these facilities used as instruments
for risk management.
192 Al-Uthmani, “`Uqud al-Mustaqbaliyyat”, vol. 1, pp. 353–354.
193 See SAC resolution on speculation for further details.
194 Al-Uthmani, “`Uqud al-Mustaqbaliyyat” vol. 1, p. 354. E-Kotby Hussein, Financial Engineering for Islamic
 
Last edited:
Saya teringat Pak DI (Suzardi Maulan ) pernah tulis dlm blog dia..


Nota Penting

1. Hukum pelaburan skim haram jadah, skim cepat miskin berkaitan pasaran hadapan adalah tetap haram sebab kontraknya bersifat menipu.

Justeru, pastikan tuan-tuan terlibat dalam pelaburan pasaran hadapan yang sah sahaja di sisi undang-undang (syarikat broker, syarikat fund management yang mempunyai lesen dan sebagainya).

2. Begitu juga pelaburan futures (soy bean, oil, gas etc) melalui broker yang berpengkalan di luar negara, yang mana pasaran tersebut bukan di luar Bursa Malaysia dan bukan di bawah seliaan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, fatwa ini TIDAK boleh digunakan.

p.s. Saya TIDAK membenarkan artikel ini disalin untuk sebarang promosi skim pelaburan yang tidak berlesen. Saya haramkan dunia akhirat.




**** nota saya : Pak Di minta kita menolak sama sekali trading FCPO ditempat yg salah..iaitu selain drp Participant yg dilantik BURSA MALAYSIA.
 
Last edited:
Pandangan saya :


1. Urusan penetuan hukum...kita wajib ikut Ulama,so..Alhamdullillah..Trading FCPO ..HALAL.

2.
Pelaburan saham2 syarikat : ada yg disahkan "Patuh Syariah" dan ada yg "TIDAK PATUH SYARIAH".



3. Walau pun disahkan 'PATUH SYARIAH"..kalau saya melabur dlm saham syarikat..bermakna saya bertanggungjawab dgn apa yg dilakukan syarikat.
Tapi, sebagai pemegang saham sikit, saya tak tau bagaimana urusan2 syarikat dijalankan ..so saya rasa kurang yakin.

4. Trading FCPO.
Saya yg trade, urusan nya 100 % saya yg jalankan.

Sebab tu saya rasa lebih yakin.
 
BAGAIMANAPUN, trading FCPO sebagaimana juga Trading Forex, sangat sangat sangat berisiko.

Spt kata sahabat saya, pendapatan Traders boleh mencecah pendapatan melebihi Doktor malah menteri, jadi, sptmana susah dan tak semua org mampu jadi Doktor, begitu juga susah nak jadi trader.


Bagi yg benar2 tak mampu trading dgn baik, makanya, jauhilah diri drp menjatuhkan diri kpd kebinasaan juga wajib.
 
tudia panjang lebar penerangan. terbaik :)paid

btw saya tertanya mcm mana rupa chart tu. ada gambar? atau sama je dgn mt4?
 
tudia panjang lebar penerangan. terbaik :)paid

btw saya tertanya mcm mana rupa chart tu. ada gambar? atau sama je dgn mt4?

:D

maaf Tuan, saya masukan Isu ASN/ASB bukan apa..

Munkin ada orang yg akan kata SC memanglah akan kata Halal FCPO, sebab ini produk dia..

Jadi..saya bawakan sekali isu ASB/N..yg mana..walau ASN/B memang merupakan antara produk terpenting SC..tapi..SC tak pilih bulu..dia tetap senaraikan sebagai "Tidak patuh Syariah"

Manakala Trading FCPO..yg di tanya..PATUH SYARIAH.. :D

Bagaimana pun..saya puas hati dgn penjelasan Majlis Fatwa..dan sangat jelas yg ASN/ASB ADALAH HALAL.

(bukan pertikai..cuma nak tunjuk tegasnya Penasihat Agama SC )



P/S : Ya..chart lebih kurang MT4
 
kiranya akaun demo tak ada la kan ..mcm broker forex tuh ...

plg kurang kena letak dlm acc. dlm RM2.5k selepas daftar kat broker ...
 
salam ..pada air pinang hamba boleh giiii...sampai 2300..:-?

Waalaikumussalam

wah, !

Air pinang Tuan Hamba ni, buat meminang puteri gunung ledang ka bro akaifx..:D

boleh ribu ribann ni..


bro trade "swing" ke?..

teropong jauh ni

saya pakai microscope je :p
 
Back
Top
Log in Register