BTC USD 83,918.7 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

FBM KLCI dijangka rendah minggu depan

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
KUALA LUMPUR: Prestasi indeks petunjuk pasaran FBM KLCI dijangka meneruskan aliran menurun minggu depan dan menguji paras 1,800 ekoran persekitaran luaran yang lemah.

Naib Presiden Ketua Penyelidik Runcit Affin Hwang Investment Bank, Dr Nazri Khan Adam Khan, berkata beberapa faktor akan memacu turun pasaran minggu depan, termasuk protes berterusan di Hong Kong dan unjuran menurun oleh Dana Kewangan Antarabangsa ke atas pertumbuhan global bagi 2015 kepada 3.8 peratus berbanding 4.0 peratus anggaran awal.

"Secara umumnya pasaran ekuiti akan mengalami turun naik pada Oktober dan akan kembali stabil memasuki November, katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Bajet 2015 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat akan menjadi penampan ke atas pasaran tempatan minggu depan.

FBM KLCI turun 20 mata pada penutup ke paras terendah 10 bulan kepada 1,808.88 pada Jumaat, diheret turun oleh saham-saham kewangan.

Bagi minggu yang baru berakhir, FBM KLCI susut 31.94 mata dan ditutup pada 1,808.88 berbanding 1,840.82 Jumaat sebelumnya.

Indeks Kewangan turun 353.43 mata kepada 16,759.57, Indeks Perusahaan turun 48.24 mata kepada 3,129.38, manakala Indeks Perladangan susut 131.45 mata kepada 8,175.25.

Indeks FBM Emas turun 293.03 mata kepada 12,560.13, Indeks FBMT100 turun 249.24 mata kepada 12,199.18 manakala Indeks FBM Emas Syariah susut 266.21 mata kepada 12,879.22.

FBM 70 pula turun 409.5 mata kepada 13,751.75 dan FBM Ace susut 392.69 mata untuk ditutup minggu ini pada 6,653.25.

Jumlah dagangan minggu merosot kepada 8.80 bilion saham bernilai RM8.77 bilion berbanding 11.39 bilion saham bernilai RM9.43 bilion minggu lepas.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama susut kepada 6.41 bilion unit bernilai RM8.30 bilion berbanding 7.91 bilion unit bernilai RM8.850 bilion yang direkodkan sebelumnya.

Jumlah dagangan waran berkurangan kepada 218.42 juta unit bernilai RM25.34 juta berbanding 303.09 juta unit bernilai RM45.69 juta yang diurus niaga minggu lepas.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE susut kepada 2.14 bilion unit bernilai RM441.44 juta berbanding 3.15 bilion unit bernilai RM532.35 juta yang direkodkan Jumaat sebelumnya.

- BERNAMA


http://www.bharian.com.my/node/10915
 
Back
Top
Log in Register