BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

FB muslim Hackers Group

http://www.facebook.com/MCAAUA

terbaik utk kepingin nak tamnah2 ilmu dan juga nak join the group..
yg pastinya ramai gak indon..

Dasyat hacker Muslim yea..

PENGGONDAM MUSNAHKAN LAMAN WEB HINA RASULLAH SWT

by Angkatan Penggodam Malaysia (APM) on Saturday, August 20, 2011 at 11:46pm


DAMMAM: Seorang mahasiswi yang belajar di Amerika Syarikat mengaku bertanggungjawab memusnahkan 23 laman sesawang Denmark yang menghina Nabi Muhammad, menurut laporan Al-Madinah, semalam.



Nouf Rashid berkata, dia menggodam laman sesawang Denmark yang merujuk kepada kartun Nabi Muhammad dan kandungan yang pada pandangannya, meragukan.



Katanya, dia turut memusnahkan beberapa sesawang porno dan menggodam sistem komputer lelaki yang cuba memeras gadis dengan mengugut akan menyiarkan gambar peribadi mereka.

Dia belajar menggodam kerana mahu mencuba sesuatu yang baru di dalam bidang Teknologi Maklumat.



Nouf berkata, dia memasuki dunia penggodaman untuk menyelamatkan seorang gadis dari seorang lelaki yang mahu mengahwini gadis itu dan telah memperolehi foto peribadinya.

Kawan kepada gadis itu telah meminta tolong daripada Nouf yang berada di Amerika Syarikat untuk mencari siapa penggodam itu. “Saya telah menghubungi kawan-kawan penggodam dan belajar daripada mereka cara-cara untuk menggodam internet,” katanya.



“Sejak itu saya membantu ramai gadis yang telah diperas ugut melalui gambar peribadi mereka. Dengan izin Allah, saya berjaya pecah masuk ke sistem mereka dan memadam gambar-gambar itu.” katanya. Kata Nouf, dia berjaya menggodam beberapa laman sesawang Denmark yang memburukkan Rasulullah dan terus menutupnya. - AM

kredit : hmetro.com.my
 
patut lagi ramai yang macam dia kerana ini dinamakan jihat IT , so aku harap lagi ramai yang macam dia bukan saja
PENGGONDAM MUSNAHKAN LAMAN WEB HINA RASULLAH SWT MALAH YANG MENHINA AGAMA ISLAM JUGA
 
ini...kuasa di hujung jari jer....x payah pegi angkat senjata
 
Back
Top
Log in Register